Identity Crisis ~


Assalamualaikum :3
Lately , princess teddy macam mengalami identity crisis pulak . Err , sebenarnya memang dari kecik kot . yelah , masa kecik saya kan hensem . tak percaya ?


ohh , siapakah gerangan jejaka yang macho itu ? muahahaha . of coz lah saya kan . betul tak ? saya dulu dulu hensem . tu lah , korang tak nak percaya . 
*tolonglah cakap gamba atas ni ada gaya perempuan*

heh , masa kecik princess teddy memang boyish -,-''
tapi tak pe , sekarang dah normal . comel lagi . hik hik *gelak sopan* . tapi sekarang , bukan mengalami crisis identity pasal dahku ni gadis ke jejaka . wahh , macam best je guna perkataan gadis dengan jejaka tu . macam cornetto uda dan dara je . cett , sabit .

tapi mengalami crisis nak jadi apa bila besar nanti . seperti yang diketahui umum (bagi yang baru tahu , sila menahukan diri ya . bukan tauhu tapi tahu) , princess teddy tak ada cita cita . sadis . tapi baru baru ni princess teddy dah jumpa cita cita tu ! yeay for me :D

I wanna be a chemist :3

tapi..... kelmarin , princess teddy ada pergi program hari kerjaya anjuran petronas . and ada dua o\rang engineer dok membebel pot pe pot pet pasal kerja dia tuh dekat petronas . actually bukan tugas dia tu yang menarik minat princess teddy . ye lahh , jurutera mekanik , dok kerja repair paip bocor . perempuan pulak tu . memang tak la kan . i mean , hello , imma princess okay , mana boleh buat kerja macam tu . \sila sekeh kepala saya sekarang/

tapi yang bestnya... GAJI . muahahaha . okay nampak sangat aku materialistik kan . tapi peduli apa . money is everything and everything  need money . ada sorang tu chemical engineer . habis SPM , bulan satu terus sambung study dekat UTP . lima tahun keluar , terus jadi engineer dekat petronas . gaji first dalam RM4000 . sekarang dia dah tujuh tahun kerja . ce korang agak berapa gaji dia sekarang ^^

so , princess teddy nak jadi chemist . chemical engineer macam best je . tapi.... entah la .

then tadi , main game surgery . hehe , hobi di masa lapang . then rasa macam , 'eh kalau aku jadi surgent ok jugak kan . macam sonang je . potong potong badan orang je pun' . and tak de lah princess teddy rasa ngeri ke apa main game macam tu . adik princess teddy kat sebelah dah terpejam pejam mata ngeri tengok . padahal game je kot -,- tapi walaupun game dia tetap ikut procedur yang sebenarnya .

lagi , baru baru ni ada sukantara . heh , tak payah tanya , of coz princess teddy tak lepas bab bab larian pecut ni kan . lompat jauh laginye lah . kirim salam . ya , saya tahu kaki saya panjang :P
tapi yang princess teddy dapat sumbang mata , lontar peluru and lempar cakera . i was like , oh katang jugak aku ni . muahaha . maybe boleh tukar cita cita jadi superhero . supergirl . atau , supercuna . tapi , macam tak realistik pulak . tak pe lah , princess teddy jadi supercute je lah . kekeke :P

So true :D



first day....
ohh , sayang gila phone . tido letak elok elok kat tepi . bila nak letak , letak dengan penuh berhati hati . macam phone tu fragile gila kan .

seminggu kemudian....
dah mula berani campak phone sopan sopan atas katil

sebulan kemudian....
main baling je phone atas katil . kalau tidur letak lek lok tepi bantal . tapi sekarang , tidur dah tak sedar apa . siap tidur atas phone lagi .
kalau jatuh ,,
alamak phone jatuh ! Noooo !

setahun kemudian...
phone terjatuh...
alamak , jatuh pulak . *kutip dan pasang balik*
habisla rosak nanti . tapi biarlah . jatuh sikit je pun .

tiga tahun kemudian....
phone jatuh and terburai . habis terkeluar bateri segala .
erm ,, ala phone jatuh la pulak . malasnya nak kutip balik . biar je lah dulu...
tak lama kemudian , datang adik kutip phone then masukkan dalam mulut . lepas tu main ketuk ketuk phone tu kat lantai...
*jeling je tanpa perasaan*
biar je lah budak tu nak main .

dat's me :P

Photobucket

Upgrade ourselves~


astaghfirullahalazim . sekarang memang trend kan ? tudung bawal ~ comel :3
pergi mana mana mesti nampak orang pakai tudung bawal printed . kalau dulu femes tudung ekin , then syria , lepas tu ala ala hana tajima .

baguslah kan kalau orang nak bertudung . but.... tengok gambar kat atas tu . bertudung , tapi baju sendat . nampak lurah . menyedihkan betul . kadang kadang tu , bila princess teddy keluar jalan , rasa malu tengok orang perempuan pakai tudung , tapi baju kecik , lengan pendek pulak tu . then jeans gila babeng punya skinny . nak lagi best , pakai tudung , then pakai lengging . haih , bagus sangat lettew ~

girls , please . Islam tak wajibkan kita pakai jubah pun . jugak tak wajibkan kita pakai tudung labuh sampai ke bawah punggung . bila kena tiup angin melayang layang je kan . dan lagi tak tak mewajibkan pakai purdah . buktinya , kalau kerjakan haji kan tak boleh pakai purdah and sarung tangan . means , Islam tak lah membebankan umatnya . Islam is simple . you can wear anything you like . polka dot ke , cheetah ke , zebra ke , mahupun corak zirafah sekali pun lantak kau la . tapi... haruslah longgar dan tak jarang . tu je . rasanya tak lah susah . lagipun lagi selesa kot pakai baju longgar dari pakai baju ketat . perut dah la buncit , pakai baju ketat . nampak je perut terbonjol . huduh beno -,-''

lagi sedih bila ada orang yang pakai tudung dengan niat untuk ikut trend je . padahal sebenarnya dia tak pakai tudung pun . macam.....qwertyuiop


Photobucket

My New Sayang ♥

Ehem..
Anda , anda nak tahu tak ? Saya dapat sayang baru . awww >,<
and absolutely walaupun my new sayang ni tak secomel sayang yang lama tu(-,-) tapi dia lagi hensem tau ! and dont worry , saya boleh make up dia jadi lagi comel dari my old sayang . heh , sayang lama , hang toksah nak jeles lah . tu lah , dulu time I sayang kat you , you buat khianat dekat I . you selalu problem time I sangat sangat perlukan u . dah banyak duit i laburkan untuk ubah sikap u yang tak bertanggungjawab tu . tapi shit , you ulangi lagi .

hey , you ingat free ke I nak dapatkan you ? mahal tau . I ni walaupun tuan puteri , but still miskin tau . Negara Husnaland dah la selalu mengalami kegawatan ekonomi . tapi you tak pernah nak memahami . so , so long good bye . mulai sekarang , you bukan lagi sayang I . you cuma spare part je . muahahaha *gelak jahat*

so , this is my new sayang 


gambar credit to pakcik gugel .
princess teddy tak sempat lagi nak snap gambar sayang baru ni . tapi takpe , sebab memey sebijik sejibun macam dalam gambar ni . hensem kan beliau ? kuning gitu .

see , princess teddy nak download beberapa apps untuk comelkan sayang ni . hik hik


cute kan ? i mean , asdfghjkl super cute kan ?? memang semalam seharian dari balik sekolah princess teddy geledah app store tuh , nampak je theme app ni terus dengan kadar lipas kudung download . huhu . dengan keyboard sekali jadi pink . i loike :3

sesiapa yang nak phone korang jadik super cute macam ni , boleh la download GO Launcher EX .  search je dekat apps store tuh . then download la segala kaum kerabat yang ada perkataan GO kat depan dia . then boleh download ribu riban theme comel tahap heaven . tapi diingatkan , hanya untuk pengguna android je . phone siapa tak dak android boleh gigit kuku sambil jeling penuh jeles dari jauh jaa . kekeke ~


so , selamat tinggal sekali lagi my old sayang ~


walaupun you warna pink , tapi you tak pernah kasi I download game . sayang baru I kasi I download banyak game tau . best ~ huw huw huw .

Photobucket

Jom masak ayam goreng sedapest !

Assalamualaikum :D
hey , sebelum princess teddy mengheret diri ke padang sekolah untuk latihan sukan pukul 5 satgi , apa kata princess teddy share satu resepi ayam goreng yang paling sedap . peh , wa cakap lu bhai , kalah KFC . 

kfc cuma ada original and hot & spicy je . tapi ayam goreng wa ada rasa macam macam . BBQ ada , spicy ada , season ada , rasa mushroom ada , macam macam ah !

cara nak buat dia sonang jo. mula mula a, celup ayam dalam minyak panas . untuk cepatkan proses memasak , boleh beli booster and boleh picit booster tu sampai ayam tu cukup masak . then cepat cepat angkat . lepas tu , picit sos yang anda nak . ingat , kuantiti sos tu mesti berpatutan dengan bilangan ketul ayam . lepas tu , tutup bola besi (bekas simpan ayam tadi) then pusing pusing bola besi tu . sampai la sos tu sekata . lepas tu boleh susun ayam tu keliling pinggan . siap !!

wohhoooo . best . nak masak kentang guna cara ni pun boleh . kacang je . tak percaya ? try la buat sendiri . nak link >CLICK SAYA !!<

so , apa tunggu lagi , jom ramai ramai main game ni . best . ohoho

 hah , ni lah saat saat getir nak picit sos dalam bola besi tu . lepas tu kita akan golek golek bola ni untuk sekatakan sos . hehe .


jadik tawan tawan , meh la titew masak ayam goreng sodap came came . hik hik *gelak bajet comel*

Tornado tomorrow ~


Assalamualaikum :D
Heh , sila abaikan blog yang huduh kemain ni . tengok lah , esok lusa tulat mahupun tahun depan kalau princess teddy rajin insyaallah blog ni jadi macam dulu semula . isk isk . sadis betullah . malam tadi entah apa kes gatal tangan pergi tekan mende tah dekat template tu . habis hilang segala coding . demm -..-''

oh yeaa , semalam , sepatutnya princess teddy sedang 'bergembira' hadir ke kelas fizik . tapi... jeng jeng jeng . pukul 8.20 malam (ye , saya dah lambat lima minit) princess teddy sampai dekat sekolah . tapi tengok keadaan sunyi sepi je , takde satu pun makhluk yang layak digelar kanak-kanak kat situ . makmal yang sepatutnya bercahaya dan penuh dengan kanak kanak sejagat pun gelap gelita . cuma ada kereta cikgu kat situ . and cikgu fizik sedang duduk tercongok dalam kereta dengan muka tegang .

rupa-rupanya.... baru princess teddy sorang yang sampai . orang lain semua tak datang ! cikgu dengan muka tacing habisnya suruh princess teddy call kawan kawan yang lain .

calling....

cute me : wey mira ! ko kat mana tu ?
mira hipo : aku kat rumah la . tengah makan ni ? apsal ?
cute me : ehh , tak pergi kelas fizik kerrr ??
mira hipo : eh , bukan kelas batal ke ? semua orang cakap kelas batal . kau tak tau ke ?
cute me : habis yang cikgu nua tercongok kat sini apsal ??
mira hipo : mana aku tau...
cute me : -..-''

and semua yang princess teddy call pun , semua cakap diorang ingat kelas batal . tak lama lepas tu Abang Po pun sampai . oh yes , bagus sangat lettew . kami dua je yang datang . 
setelah disiasat oleh detektif Husna dan detektif Taufiq , kami dah dapat kenal pasti siapa punca utama satu kelas ingat kelas batal . suspek utamanya... encik Fazlan . 

rupanya pagi tu dia ada jumpa cikgu dekat kenduri then tanya ada kelas ke tak . cikgu pulak pergi kias cakap dia penat , tapi tak pe lah . petang nanti boleh rehat . means ada la kelas nye tu . tapi dia salah interprate data . and apa yang dia faham dari ayat cikgu tu : saya penat la . kelas batal la malam ni .

then dengan kadar laju laju dia text girlfriend dia cakap kelas fizik malam ni batal . girlfriend dia text best friend dia cakap kelas batal . bestfriend dia text geng dia cakap kelas malam ni batal . geng dia text semua orang cakap kelas batal . dan begitulah seterusnya. tapi tak pulak orang text princess teddy cakap kelas batal -,-'

last last , cikgu isytihar kelas batal . habis takkan kami berdua je nak belajar . sweet betul . hahak .

cute me : siyes la cikgu nak batal kelas ? cian cikgu dah penat penat datang
dalam hati ~ yes kelas batal !! yeaaaah ~
cikgu : tu la , kesian saya . habis tu dah tak de orang datang , terpaksa batal la :(

so esok , ada waktu fizik . my dear classmate , ready ready lah ye dengan tornado yang bakal menimpa . korang semua tau kan macam mana kalau cikgu mengamuk . memang bergegar kelas . kelas kelas dari blok sebelah pun sampai terjenguk jenguk pelik kenapa dengar ada orang menjerit jerit . amat dahsyat you know ~ so esok , memang princess teddy akan buat persiapan bawak kapas siap siap dari rumah . tak nak ambil risiko telinga pekak sebab dengar bunyi yang terlampau kuat .

SHIT


Assalamualaikum -,-
Cuba tengok blog ni . CANTIK GILA KAN ? ye saya tau cantik . tenkiu :)

waaaa ~ why why why ? budus betul la . silap tekan . habis semua coding berterabut . hasilnya ? ni lah . heee ~ memang berbulan lagi lah baru blog ni cantik semula T_T

Photobucket

Chill down ~


Assalamualaikum cinta :D
(jawab waalaikumussalam rindu cepat !!)

hari ni jadual princess teddy memang padat , mampat lagi sendat . pagi pagi seawal pukul lapan dah ada kelas add math . balik kelas pukul 11 pagi . then , pergi kenduri . makan free bhai , mana boleh miss . best tadi , ada ayam golek , acar jeruk , keladi , bla bla bla cendol dan jering pun ada . peh , rugi budak budak ni pergi KFC balik kelas tadi . wa dapat makan bukan setakat ayam goreng je , macam macam . yang penting FREE . hehe 

sampai rumah pukul 12 tengah hari . belum lagi sempat sambung buat peta mahupun berhibernasi atas tilam empuk dan bermanja mesra bersama bantal harum and bear bear sejagat , dah kena pergi kelas kimia pulak pukul 2 petang . haishh . habis kelas insyaallah pukul 4.30 petang . kalau cikgu baik hati maybe pukul empat dah habis . kalau jahat hati ? pukul lima la baru dapat balik .wuuu ~ ni yang start nak fikir lima enam kali ni nak meneruskan cita cita jadi chemist .

malam nanti pulak , ada kelas fizik . yeah , i loike . gembira sungguh hati beta pabila seharian berada di sekolah nan permai . bersama rakan rakan taulan . bersama guru guru yang menawan . duduk di kerusi kayu oren nan empuk . kelas ada aircond . selang lina minit ada pelayan handsome serve air . huuu , sangat suka . FAKE =..=''

habis , time bila nak menyelitkan diri di gempak astro ? time bila nak pergi tawaf expo yang baru buka tu ? time bila nak mengopakkan purse beli segala jenis makanan kat pasar malam ? time bila pulak princess teddy nak tengok sin chan dan doraemon ? nak tengok cerekarama rama lagi . nak tengok master chef lagi . 

waaaa ~ mengapa dunia begitu kejam ?? why you ragut my suppose to be heaven holiday ? sepatutnya hari sabtu ni diisi dengan pelbagai jenis aktiviti laghoo yang menyeronokkan . tapi demm , terpaksa berkorban masa yang jiwa raga demi SPM .

patut la pun sekarang ni ramai pelajar jadi sewel akibat tekanan melampau . yeaa , baru baru ni kanak kanak kat sekolah princess teddy kena isi satu borang soal selidik dari pejabat kesihatan . kalau soalan dalam borang tu tanya 'anda suka makan coklat cadbury tak?' ok la jugak . ni dok tanya , "adakah tangan ada selalu terketar ketar ?" "anda rasa hidup ini tidak bermakna lagi" "anda sering berdebar debar tanpa sebab?" "anda cepat panik ?" and macam macam lagi lah . sumpah rasa macam jawab borang soal selidik untuk orang gila . maybe diorang nak selidik senyap senyap kot siapa antara kami yang dah gila pasal stress sangat belajar . and nanti maybe dia akan datang balik naik lori besar dan sumbat kami semua dalam tu then bawa kami pergi sel orang gila then pakaikan kami baju hijau yang tak boleh gerak tangan tu . oh nooooooo !!!

ok , imaginasi melampau -,-''

tapi memang betul pun , pasal dalam kelas princess teddy ada sorang budak ni dia kemurungan . dia ni baru je pindah sekolah ni , dari MSRM kot . agaknya stress sangat kot kena pressure kat sana . asyik kena study je untuk SPM . last last mereng . kesian kot tengok dia . dalam kelas time cikgu buat lawak , kami semua dah tahan sakit perut sambil gelak mengekek sambil mengalir air mata . tapi dia senyap je . ketawa sikit pun tak . senyum pun kadang kadang . err , macam psyco je . ibu cakap kemurungan ni macam cakap sorang sorang . nanti nak usha lah , kot kot nanti dalam kelas dia cakap sorang sorang ke . kalau ya princess teddy nak cepat cepat call tanjung rambutan . ekekeke ~ \classmate yang kejamm/

Photobucket

WORDLESS WEDNESDAY


Kisah Hari Pembalasan..


ini penceritaan tentang hari kiamat . insaf sekejap baca ni . terfikir agaknya lepas ke saya yang banyak dosa ni lalui hari kiamat . 1000 orang yang melintas , 999 orang jatuh ke dalam api neraka . saya termasuk 999 orang tu ke ? Astagfirullah :'(



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.

Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
... 
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” 

Tiada siapa yang menjawab. 

Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. 

Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. 

Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. 

Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. 

Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). 

Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka - nafsi-nafsi

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. 

Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. 

Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. 

Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. 

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. 

Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. 

Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. 

Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. 

Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. 

Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. 

Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. 

Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. 

Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. 

Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". 

Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. 

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. 

Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. 

Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. 

Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. 

Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. 

Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. 

Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . 

Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. 

Lalu dimulakan timbangan amal. 

Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. 

Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. 

Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. 

Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. 

Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. 

Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. 

Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. 

Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. 

Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. 

Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. 

Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. 

Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 

5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. 

Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. 

Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. 

Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 

999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani




Photobucket

Kem Kimia Report ~


Assalamualaikum 
Nampak tak muka sememeh tapi cover cun di atas . dengan pakai baju batik asramanya . dengan muka berminyaknya . sampai rumah terus terkam lappy and tangkap gambar sendiri guna webcam . apa motif ?

sebenarnya saja nak tunjuk , princess teddy pakai baju batil asrama ni ! HAHA . well , siyes rasa bangga pakai baju yang sangat suka berkedut ni . mungkin faktor umur kot . banyak betul garis garis halus yang tak dapat dihilangkan walaupun dah tonyoh dengan seterika panas patpuluhnam kali . maklumlah , saya kan dah keluar asrama . mana layak lagi pakai baju batik yang cantik sangat ni .

tapi sebab ada kem kimia tu , memang last day kena pakai baju batik . terpaksalah saya pakai juga . mujur belum pas baju ni dekat orang lain . comel kan saya pakai baju batik ? hik hik 

*okay sila muntah pink sekarang*

so , sepanjang petang jumaat saaampai tengah hari ahad , princess teddy ada kem kimia . peh , memang tepu ah otak ! elok elok dari alkene terus jadi alkane . haish , sungguh la program ni dia pakai proses hydrogenation kot . habis semua orang jadi saturated . rate of reaction pun makin lama makin lower . sebabnya tak ada catalyst . cuba bagi fasi handsome handsome sikit , baru la semangat sikit nak belajar . kekekeke

maaf kalau korang tak faham apa yang princess teddy merepek kat atas . maklumlah , baru balik kem kimia :P

so , overall equation is 
Husna + Kem Kimia ---> alkane + happy

kira okay lettew . princess teddy tak kesah nak belajar lama mana pun . yang penting dia bagi makan enam kali sehari . i loike . hue hue hue . tapi tadi sumpah tak lalu nak makan . pasal tadi lauk ikan patin masak tempoyak , but dia bagi semua bahagian kepala . i mean , kepala ikan tu besar kot . dah la hitam . nampak macam..... katak . last last pusing kepala ikan tu jangan bagi nampak bahagian depan dia then makan laju laju . eee , yucks . 

and yang paling best sekali kami belajar step senamrobik yang super best . comel jer step dia . tapi macam ala ala tarian kpop pun ada jugak . siap ada kiraan manja lagi . ololo tomey tomey . nanti boleh la download lagu senamrobik tu then menari sorang sorang dalam bilik . kekekeke ~

tapi yang penting , objektif kem ni tercapai . wa sekarang dah pro kot chapter 1~5 kimia form 4 . so lepas ni boleh la action buat latihan tanpa perlu buka buku rujukan . jeling pun tak nak . ceh , action ! so , sesiapa yang ada problem dengan kimia , boleh la call I . I pro kimia yuh . wakaka . wadefak bapak koyanyer . ok sila abaikan saya !

bubbye ~

P/S : peserta dari sekolah lain semua pakai tudung labuh and berstoking . nampak comel je . sejuk mata tengok . terasa kami ni jahil sangat . lepas ni nak try pakai stoking lah . tudung labuh..... err.... insyaallah , suatu hari nanti :D



Photobucket

WORDLESS WEDNESDAY ♥ Untuk Dia ♥

Oh my BM !


Assalamualaikum :D
Marcapada , meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru dunia memperkatakan tentang MBMMBI . Tapi , semenjak pihak sekolah pilih subjek English sebagai kebitaraan sekolah dan semua orang asyik cakap Oh my english ! , ramai cikgu cikgu BM yang tacing . tak dak pun orang cakap Oh my BM ! padahal dah sah sah tak ada seorang pun yang cakap dalam BM dengan betul . semua pakai bahasa pasar rojak segala . 


dan semalam , wuu , teruk betul kami semua kena bebel . pasal markah BM teruk sangat . highest pun baru 75 . aiyooo ~ bila cikgu dok pot pet pot pet semalam , baru lah princess teddy tersedar , memang teruk betul BM kami . 

ejaan pun banyak salah .

peribahasa pun edisi sendiri . ada udang disebalik mee . sudah diketuk baru terngadah . menyimbah air ke daun keladi . bagai aur dan tebing , dan banyak lah lagi . memang nampak betul muka cikgu macam nak ketuk dan nak simbah kami semua . haha . sabar cikgu sabar .

dan part yang paling lawak setiap kali exam is : bina ayat .
baru ni kami dapat soalan pasal pokok-pokok gitu . menakik , menebang , menebas , merumput , menarah and memangkas .
yang paling lawak kami buat ayat is pasal menarah . cuba bayangkan , boleh ada ayat ayah menarah rumput , nenek menarah pokok kelapa , abang menarah pokok getah and banyak lagi lah . walhal menarah ni sesuai untuk bukit je . menarah bukit baru betul . nampak betul dah lupa dulu masa form 3 pernah belajar bbukit kena tarah untuk buat jalan . hahah .
tapi ada juga mahkluk yang tahu menarah tu untuk bukit , tapi dia buat ayat yang gila superb . Abang menarah bukit dengan menggunakan cangkul . yeah , tarah bukit sorang sorang . guna cangkul pulak tu . hebakk sungguh abe tu . badang kah ? kahkahkah

kalau dulu pasal kuncup . sepatutnya semua orang mesti buat pasal bunga kuncup lah kan ? tapi ada orang tu pergi buat menguncup tangan . haha , tak tahu lah siapa orang tu kan . ngeee :P

bahagian komsas pun teruk kena bebel dengan cikgu . pasal soalan dia suruh cakap pasal satu watak wanita dalam novel . tup tup ada orang pergi tulis pasal Wahi . padahal sah sah si Wahi tu lelaki . mungkin dia confuse kot time exam tu . huhu .

so , cannot say what what la . nampaknya lepas ni memang kami semua kena masuk bengkel BM lah pulak . and maybe lepas ni akan ada  rancangan Oh my BM pulak dekat astro . hahah . mesti lagi lawak dari Oh my english .

Happy Birthday Dear ~


Assalamualaikum !
Hari ni hari selasa . semalam hari isnin . kelmarin hari ahad . tapi esok hari rabu . lusa pulak hari khamis . tulat hari jumaat . dan hari jumaat princess teddy terpaksa berkampung di SBPI Temerloh untuk camp Chemistry . hep hep hooray ~ ada program mentor segala . budak sekolah sana akan guide kitorang . heh , bajet terer sangat lettew ? heh , setakat kimia ni selit celah gigi wa jer.. HAHA . penuh dengan sifat riak dan takabbur . astagfirullah... Y_Y

tapi bukan tu yang princess teddy nak cakap hari ni . princess teddy nak cakap (ceh , konon , padahal taip je pun) yang hari ni 12 June 2012 . so , hari ni genaplah my Abang Po seventeen . yeah , seventeen = tua . haha . i'm sooo glad that i'm still sixteen . so boleh act panggil dia orang tua dan membajet muda . ohoho ~

actually sedih ni . sebab tahun ni princess teddy tak dapat nak call Abang Po tepat pukul 12 malam untuk wish . pasal dia duduk hostel . dan dia budak baik (lah konon) . so sebagai kanak-kanak orang tua yang baik , dia tak bawak phone . cettt . membazir besday bonus free call seminggu ! rugi tahu ! so semalam , princess  teddy dapat bagi dia kad je . berserta amaran keras supaya sila buka kad ni tepat jam 12 malam . tak boleh cepat atau lambat seminit pun ! so , harap harap princess teddy dapat jadi orang first wish . walaupun just wish melalui kad . wuuu , sadis yuh :'(

so hari ni , kami tak lah celebrate pun . err , actually langsung buat tak reti je . heheh . wish pun tak . konon dah wish malam tadi . just kami makan kek coklat buatan sendiri je . lupa nak kirim kawan suruh tolong beli . tah pape . last last buka tupperware makan kek coklat . yang dah dipotong potong empat segi . hahah . so not birthday cake . sorry lerr . just boleh pacak apetahnamadia . ala yang macam papan tanda tulis happy birthday tu . papan tanda ? ergh , what ever lah .



and laaaaast , birthday present . hal ni yang paling fail princess teddy boleh buat . well , i'm so not romantic okey . bayangkan la , cake pun cake potong , makan dalam tupperware . hadiah pulak , dah nak balik sekolah baru bagi . tu pun hulur macam tu je . dalam plastik pulak tu . hua hua . yang Abang Po pulak saje buat buat nak cepat balik . huh , dah tahu princess teddy ni tengah terhegeh hegeh geledah bag cari hadiah , dia saja je . 

so , itu ler hadiah nyer . huhu . siyes malas nak balut . so , i just ikat guna ribbon . tu pun ribbon sumbangan adik . mujur dia ada ribbon lebih . kalau tak tinggi harapan princess teddy ikat guna getah oren je supaya kotak tu tak terbuka . hehe . kotak tu je hadiahnya . bear tu mine . dan tangan buat peace tu pun mine . hahah .

so , once again , happy birthday panjang :D
semoga panjang umur , murah rezeki , dan dirahmati Allah . bla bla bla pot pet pot pet . sekian , tenkiu .

 walaupun dah diberi amaran supaya tak tepek gambar anda dekat blog , tapi peduli apa kan . ini blog saya . suka hati lah . hahaha .

okay ni sesi balas dendam . siapa suruh suka buli saya . muahahahaha . serve you right !




Check RESULT di SAPS :)


Good Evening geeks :3
Well , today is first day going to school since our looooong holiday . so I think everybody have enough rest rite ? cannot say what what la if you still sleepy at school today . haha . but since , nobody looks happy today coz the results are going to catch you sooner or later . maklumlah , sebelum cuti kan minggu exam . so hari ni pergi sekolah tengok muka cikgu cikgu semuanya muka tak sabar nak bagi result . and that's really scare us u knoz.. wuuu , hate it so much . 

so , setakat ni , princess teddy baru dapat result chemistry , addmath , physic , moden math , and PAI . and yeaa , alhamdulillah . tak ada lagi yang B setakat ni . semua still dalam golongan A . tapi siyes cuak nak dapat result Bio . sebab hari tu I tak study . Malas ! huu . 


tapi marcapada , seiring dengan era globalisasi dan ledakan teknologi siber  nih , ibu bapa sejagat dah boleh semak result anak anak mereka ONLINE okenggg . kalau dulu dulu pakai buku rekod je . kalau markah teruk boleh senyap senyap liqiud and naikkan markah untuk buat ibu bapa kembang hidung dengan kadar diameter 4cm tengok result anak . canggih sikit , bagi mengelakkan pelajar menipu , sekolah ambil inisiatif hantar result ke rumah . POS . maka dapatlah kita lihat fenomena anak anak dengan tak semena menanya rajin kutip surat hari hari . setia menunggu abe posmen datang hantar surat . tapi ibu ayah tak tau yang diorang tunggu result . sampai je surat cepat cepat ambil then sorok dalam bilik ataupun masukkan dalam tong sampah hitam . fuhh ~ selamat .

tapi sekarang , ONLINE maaa . macam mana nak liquid markah ? macam mana nak buang result dalam tong sampah ? maka terpaksa pasrah je lah bila result dah keluar . mungkin anda anda semua boleh ambil inisiatif potong wayar internet di rumah masing masing ? so ibu bapa tak dapat online untuk semak markah kan ? kekeke . tapi tanggung sendirilah penderitaan tak dapat facebooking ang bloging . huw huw huw .

so , dengan ini saya ingin menyeru seluruh ibu bapa , ayuhlah sama sama check result anak anak anda di SAPS . sonang joo . you pergi ke SINI , then click butang semakan ibu bapa yang colour green tu . masukkan nombor IC anak , dan NAH ! seketul keluar slip keputusan . terbaekkk . anda anda juga bolehlah semak result boyfriend dan girlfriend masing masing . princess teddy sure semua ni pakat hafal belaka kan no IC bf ? so , boleh lah tengok . mana tau bf korang tipu ke . cakap dekat korang result dapat straight A . korang pun bangga dapat bf pandai gila babeng . tapi realitinya ? hahaha . so , mulai sekarang boleh la tengok :P


ini nombor IC princess teddy : 951204-06-****
you can try an error :D

Photobucket



Feels SS

Okay I'm feeling soooo SS . bukan syok sendiri ya , tapi super shit . kenapa ? sebab malam tadi kan....

Di malam buta yang indah yang sunyi sepi , princess teddy pun berjengket jengket keluar bilik dan menarik laci almari dengan penuh lemah gemalai . dengan niat di hati supaya langsung tak keluar bunyi agar tak kantoi dahku curi-curi online di malam hari . bila lappy dah selamat berada di tangan cepat cepat lari masuk bilik and tutup pintu dengan cermat sekali . ohoho .

mula mula niat nak buat kerja . mau siapkan oral BI . yeaa , so I pun buatlah sampai siap . bila dah siap tu dengan tak semena mena facebook TERbuka sendiri . dan game pun TERbuka juga . haih , nak buat macam mana kan . terpaksalah princess teddy main . wakakaka XD

saaaampai pukul dua pagi lebih . last , time nak tutup lappy , nak save lah dulu kerja yang dah siap tadi . dah siap cucuk pendrive dah pun . tiba tiba.... lepas click pangkah tu...

Do you want to save the changes to Doc1 ?

dan dengan confidentnye princess teddy pergi click No . yeaa , and file tu pun tertutup . but... wait... No ? arghhhh ! NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO !!!!


yes , tahniah kepada diri sendiri :D
dan selamat buat kerja tu SEKALI LAGI T_T

TUTORIAL : Reply Comment

Assalamualaikum :D
Hari ni terasa nak buat tuto pulak . hikhik . well , tau kan reply comment ? means kita boleh reply certain comment tu . tak perlu buat comment baru . err , macam mana ya nak cakap . kira macam comment berantai la kot . berantai ? gelang takde ke ? pulakk -,-'

try je lah !

\one/
Dashboard ---> Setting
*sekarang blogger design baru . kepada sesiapa yang fening lalat tu , macam ni ya...


\two/
Pergi dekat OTHER , tengok dekat side feed . Dekat Allow Blog Feed tu , sila pilih FULL okengg


\three/
then , pergi pula dekat Posts and comments . tengok dekat bahagian Comments .
Comment Location tu , sila pilih Embedded yaaaa


\four/
ehh , mana ada dah step seterusnya . sudah siap lorh . manyak senang kan ? sekarang boleh tekan kotak save setting warna oren yang ada dekat atas penjuru kanan tu . yey ~

kalau nak tengok jadi ke tak , pergi dekat mana mana post korang yang ada comment , then tengok kat situ ada REPLY . kalau ada tu , kira jadi lah tu . okay ? Done ! :D

if only I had a THOUSAND HEARTS
I will give them to everyone each
but since...
I ONLY had A HEART
so I ONLY gave it to YOU 

Photobucket
pehh , jiwang siot akuh :D

Study Fizik Dulu ~

Assalamualaikum
semalam kan , princess teddy amaaaatlah bosan . so i made a superb FB status . memang sakai gila . haha . nama pun tak ada kerja kan :P

 ok nanti dulu . sila jangan muntah .
and tadi , princess teddy tengok lah segala comment yang ada . 


scroll down...

wah !

cikgu fizik comment !!

mau tau dia comment apa ?


err , malunye shaye . cikgu suka stalk FB I . wuuu ~ I tak nak add friend dengan dia tacing . block karang kena ban sampai hujung tahun pulak . nasib nasib ~

ok foine , sekarang nak menyorok sorang sorang dalam selimut sambil peluk buku rujukan fizik *dengan harapan ilmu dari buku tu boleh melompat masuk dalam kepala hotak dengan sendirinya*

Cuti IS GONNA END !


hey you olls !
anda . ya anda . anda lah ! siapa lagi . haishh . anda tahu tak yang cuti sekolah dah nak habis ? tahu tak yang next week aka lagi tiga hari sekolah dah nak start ?? 


what ? MINGGU DEPAN START SEKOLAH ?! oh my english ! eh silap . oh nooooo ! wuuu , ngak mau ngak mau ! belum puas enjoyin cutinya . aku mau cuti lama lagi . waduh , kok sih bisanya ngomongin in indon ? 

\ok fine , sekarang aku bercakap dengan diri sendiri/

awak awak sekalian , minggu depan dah habis cuti . sedih tahu . belum puas lagi membaja lemak di perut dengan mencekik sepuas puasnya then siap makan terus tidur . macam ikan paus -,- . belum puas lagi memproses tahi mata sampai tengah hari . belum puas lagi membusukkan diri dengan mandi lewat setiap hari . belum puas lagi mendera jari menekan keypad untuk reply mesej Abang Po 24jam sehari . dan belum puas hari meniti hari hari bahagia tanpa wajah wajah cikgu yang hobinya kasi aku homework setinggi kain yang tak berlipat dekat ruang tamu . kalah gunung everest tingginya nyah ~ dahsatt betul loh .

jadi dengan ini , saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru segenap rakyat Malaysia bagi menyumbang  sedikit tenaga bagi sama sama membantu princess teddy yang comel ini melipat kesemua kain yang setinggi homework baginda itu . segala sumbangan kalian amatlah dihargai . bak kata pepatah , ikan bilis sama kering , budi menolong lipat kain akan ku kenang sepanjang hayat . apa kaitan ? lantaklah . itu pepatah made in Husnaland okenggg .

*maaf siaran terganggu kerana iklan dari mana tah tiba tiba interframe*

dan esok , princess teddy terpaksa buka balik beg sekolah yang dah seminggu jadi tempat kucing tidur tu . keluarkan semula homework aka semarak jaya yang belum siap . dan siapkan . oh , sumpah i hate it .

dan nanti bila cuti dah habis dah tak dapat nak text Abang Po as dia akan masuk balik kandang . eh eh , tersyasyul pulak . i mean , asrama :P
wuuu , and perlu tunggu lagi dua minggu , or tiga minggu , or sebulan . barulah dapat text dengan dia balik . isk isk isk . sedih tahu ! terasa macam mati balak sekejap . terpaksalah jadi balu sementara . balu ya , bukan janda . kami belum bercerai . tapi balu bunyi dia kurang sedap la . macam pelik je . kalau bahulu sedap lah sikit . bahulu pandan lagi sedap . tapi yang paling sedap bahulu yang dalam dia ada inti krim strarberry . best . korang pernah rasa tak ? dekat bahau ada jual . heh , nama bahau pun dah dekat dekat dengan bahulu kan . ohoho . bahaulu . macam bahalul je -,-

dan kenapa kita boleh lepas ke bahulu ni ? 
dan kenapa saya masih belum tidur ?

ok , cukuplah merepek . gudnite !

P/S : aku mereng
P/S lagi : tapi bahulu kat bahau tu memang sedap . siyes ni..
Photobucket

SPONTANEOUS THURSDAY | Nak Kumpul Badge HK


awww ~ so cute .
sape tau mana nak cari badge hello kitty banyak-banyak camni pliss inform saya .
pliss pliss pliss 
>,<

Reunion maaa


Assalamualaikum tawan tawan !
ari ni kan , titew kan , ada riyunien nan tawan tawan lame titew . nyenyenye ~ jeles lettew -..-
\ohh , sila lempang saya laju laju tapi perlahan sekarang jugakk/

tapi malang , tak ada gamba nak tayang . cett , padahal sebelum pergi dah plan nak bawak DSLR ayah den . phone dah siap charge penuh penuh . kot la ayah tak kasi bawa DSLR kesayangan merangkap bini nombor dua dia tuh . tapi last last , DSLR lupa nak bawak . phone bawak , tapi lupa nak snap gambar . dasar nyanyuk tahap cipan .

and well , bila jumpa balik kawan kawan selepas lima tahun tak nampak lobang hidung , semua dah berubah kot ! balik rumah cepat cepat tengok balik frame gamba kelas time darjah 6 . yeah , semua dah tak sama . ada tu yang kalau princess teddy selisih dengan dia kat mana mana harus tak kenal . lain kot . tapi yang sedih , semua orang cakap princess teddy langsung tak berubah . masih kacil macam dulu . *kecik itu chomell okay*

but hey ! mana ada . saya dah bertambah tinggi beberapa cm semenjak darjah enam . kalau dulu saya 140-an . sekarang dah 150-an okeyyyy . wuuu , kejam . penat princess teddy pakai sliper tinggi tinggi tadi . mujur tak terpelecok masa panjat tangga sambil bawak ayam goreng kfc tadi . huh , kaum lelaki memang tak gentlemen langsung . tapi diorang still cakap princess teddy kecik . dah tu , kawan kawan yang sama sama kecik semua tak datang . yang datang kawan kawan yang besar je . jadilah saya sekerdil baby yang choomel . tapi tak pe , tetap comel walaupun tak sama tinggi dengan orang lain (walaupun dah pakai sandal bapak gila tinggi) hak hak hak . sungguh perasan .

dan yang paling penting , bila kumpul balik dengan kawan kawan time darjah 6 , baru la boleh gelak dalam hati sorang-sorang bila dengar orang panggil dahku JANNAH . wakakakaka . sepanjang hidup ni memang batch tu je yang panggil I Jannah . pasal dulu time masuk darjah 6 dah ada manusia lain yang bernama Husna . jadi saya sebagai budak baru yang sopan harus mengalah . it's sokey , u can call me Jannatul as my name memang Jannatul Husna pon . tapi entah kenapa maybe diorang semua lupa nak korek telinga kot , diorang gagal terima dan memproses maklumat . tu pasal lepas je Jannah . tak pe lah , sama je kot maksud dia.

tapi yang tak best , tak tahu kenapa bila kumpul dengan diorang , otomatematik mulut ni diam . maybe sebab time darjah 6 memang pendiam (aku pendiam ? ohh tidak ! hahahak) hee , ngak tahu apa yang mau diomongin . jadinya aku diam ajaa . kalau sekarang pun bila dengan kawan kawan boleh diam macam tu kan bagus . baru lah nampak macam gadis melayu paling sopan dan comel di dunia . hahaha . ni tak , mulut tak boleh nak zip . banyak betul orang yang perlu diumpatkan . huh,, dosa dosa .
Photobucket

5 Jenis lelaki yang tak boleh buat boyfie



Assalamualaikum !
peh , tajuk kejam gila kan . ekeke . tapi ! tapi , kalau ciri-ciri ni ada pada boyfie korang , baik putus jelaa . siyes ni . wa tak tipu . ni untuk kebaikan kita bersama jugak nyah . yuh tak sayang mak ke nyah ? mak risau ni . 


eh eh eh ,, 
apsal dahku berkomunikasi dalam bahasa maknyah ni ? euww , baik pergi kumur kumur sekarang . ada virus maknyah singgah kat lidah kot .


okay stop merapu dengan lebih gigih . 


first
Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.


second
Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.


third
Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki macam ni . buang masa .


fourth
Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.
yeaa , tak tahu apa masalah korang kalau still sangkut and sanggup layan laki tu walaupun korang tau dia dah ada girlfriend and memang tak kan nak buat korang ni girlfriend dia . kira kekasih gelap lah ni . tapi.... kadang-kadang tu kalau dah sayang , orang sanggup pejam mata je kan . heh , ada apa dengan cinta (tiba-tiba je XP)


fifth
Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal , hal kecik pun nak dibesarkan. cett , kalau princess teddy lah kan . memang tak lama lah laki macam ni . kau ingat kau anak raja suka suki nak marah marah orang je ?? (emo tak pasal-pasal)




ok tu je . hehe . nampak tak copy paste ? just tambah tambah sikit je . eh , tapi kenapa princess teddy share benda ni ek ? err , entah ! bosan :P
Photobucket