Tak ada nafsu -,-



Assalamualaikum anda anda sekalian 


semenjak dua menjak tiga menjak patpuluhpat menjak ni , princess teddy rasa macam dah tak de nafsu nak buat semua benda . makanan dah terhidang atas meja pun , boleh pandang tanpa nafsu . dalam hati berkata kata , nanti je lah aku makan . last last tengah malam pukul 12 baru perut rasa pedih . bila ingat ingat balik... baru ku sedari diri ini lupa nak makan hari ni -..-'

kalau dulu dengar je bunyi sudip dengan kuali bershuffle dekat dapur berlari lari pergi tengok . dengan kadar yang lebih segera dari mee segera princess teddy dah tercongok dekat meja makan tunggu makanan siap . 

sekarang pun nafsu nak membaca dah tak ada . kalau nak baca buku pelajaran tu , kirim salam lah kan . ni novel pun dah malas nak baca . beli rajin . baca malas . sekarang ni ada tiga buah novel dekat rumah yang princess teddy tak baca lagi . bila nak baca ? entah . 

kalau dulu sampai tak tidur baca novel . sehari dah habis . sekarang sebulan belum tentu habis baca lagi . 

dan yang paling kronik sekali , nak merepek dekat blog pun tak ada nafsu . tiap tiap hari bila online bukak blogger . blog walking . tapi malas nak buat new post . tak tahu nak merepek pasal apa . kalau dulu sampai kena sound dengan orang pasal aktif sangat blogging . sampai semak dashboard orang lain . sekarang ? sunyi sepi . blog pun bukan setakat bersawang , siap berkarat lagi . sadis . 

akibatnya , viewer pun jatuh tergolek golek . ohh , siyes dah boleh masuk senarai blog paling bosan of the year . 

hmmm , agak agak ada tak ubat untuk naikkan balik nafsu nak buat semua benda ? princess teddy tengok dekat tv tu banyak iklan yang jual pil , perfume , bla bla bla untuk perangsang . nak beli . tapi takut jadi benda lain . LOL XD


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)