LATE ? always...



Anyeong . konichiwa . sawatdeekah . hello . bonjour . namaste . hola . ni hao . ola .
Assalamualaikum :3

sila lihat betul betul gamba di atas . jam princess teddy ala ala macam tu la . tapi warna pink . cuma bezanya , alangkah bagusnya kalau jam princess teddy boleh tubik word LATE tuh . kan ke bagus . baru la princess teddy sedar diri .

sekarang ni i am soooo damn busy . tambah tambah duduk hostel . baru balik sekolah dah kena pergi kelas tuisyen pulak . masuk dorm campak beg , solat , then terus berambus . tak sempat nak sambung lakar peta negara husnaland atas bantal empuk . 

balik class nak kena basuh baju lagi . sumpah terasa macam gadis desa yang ayu berkemban tengah basuh baju atas batu besar tepi sungai . cuma bezanya princess teddy mungkin akan duduk bercangkung atas pelantar (kalau nak penat berdiri) sambil pakai seluar track (apa barang berkemban . wa kan otai) lalu mengganyang dengan sepenuh kudrat kain basuhan disirami air yang mencurah curah keluar dari batang paip yang dipulas sampai limit maksimum . 

ayu dak ?

malam pulak terpaksa merajin serta mengikhlaskan diri pergi solat jemaah di surau and then study . masalahnya sekarang princess teddy mula perasan sesuatu . setiap kali nak pergi sekolah , mesti princess teddy antara orang terakhir keluar dari dewan makan untuk sarapan and keluar dari pagar asrama untuk ke sekolah . bila nak pergi tuisyen tak pernah pun sampai sebelum kelas start . princess teddy sampai mesti semua orang dah start belajar . nak pergi surau pun mesti surau dah penuh . time study pun keluar je dari dorm nak pergi bilik study mesti princess teddy tengok dorm lain semua dah gelap . maknanya haku lah yang paling lambat turun study .

err... tak apa . saya exco akademik (so apa kaitan ??)

jadi bila fikir balik , baru ku sedari . princess teddy memang patut cari jam macam kat atas . kalau boleh jam tu dilengkapi dengan rakaman suara cikgu disiplin . bila dah lambat je dia akan menjerit . 
"woi , cepat sikit ! tunggu apa lagi tu ??"
kan.... alangkah indahnya -,-
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)