Give me three reason why...


ohh , siyes otak rasa relax . eh eh , jap jap . kenapa princess teddy masih tercegat depan lappy sambil menaip dengan muka tersengeh macam kerang wangi nih ? kenapa tak balik asrama lagi ? hari ni bukan hari ahad ke ?

asrama ? ohh no ! saya tak mau balik hostel ! no no no . so , hari ni tak balik tak apa ke ? err , sebenarnya tak boleh . tapi... ada aku kesah ? ufufu ~
dengan ini , saya Nur Jannatul Husna dengan sukacitanya mengumumkan pengumuman yang akan diumumkan untuk mengumumkan pengumuman \haishh , sampai bila nak umum nih ??/ bahawasanya saya nak keluar hostel . noktah !

so , tadi bonda mintak princess teddy bagi tiga sebab . aik , tiga je ? i can give you ten !

satu
saya fed up ! duduk hostel dah macam jadi KB . KB ? apakah ? kuli batak . pengetua sibuk nak menang anugerah asrama peringkat kebangsaan . fine , bagus lah tu . tapi kalau sampai kami yang kena kerah , apa kes ? sampai berminggu minggu waktu prep petang dan malam burn sebab mengecat , buat carta tu carta ni , hias sana hias sini . hasilnya : asrama jadi hotel and homework kami tak siap -,-
lepas ni dengar cerita nak kejar status cluster pulak . saya tak sanggup !

dua
duduk hostel memenatkan . sekarang kena bangun awal untuk solat subuh berjemaah di surau . balik tuisyen pukul 5 petang , kalau nasib baik hari hujan , boleh tidur kejap dalam dorm . kalau hari malang panas terik , terpaksa riadah . aspura riadah seronok . main lah apa apa diorang suka . aspuri ? kena jog keliling sekolah 2 minima dua round .
weekend nak rehat pun tak boleh . ada gotong royong lah . senamrobik lah . kalau tertidur tak pergi subuh berjemaah , kena denda jog lima round . fine , saya memang atlet sekolah -,-

tiga
duduk hostel buat saya jadi malas study . waktu study cuma dua jam . untuk berjalan ke bilik prep dah mengambil masa setengah jam (maklum lah , i jalan sopan) lepas tu duduk melepaskan lelah sepuluh minit . makan biskut lima minit . bertanya khabar dengan kawan kawan doploh minit . so berapa banyak masa je lagi yang tinggal ? bila tak sempat siap homework mula lah saya terpaksa stay up duduk menonggeng depan pintu bersuluhkan lampu koridor . sadis . lebih sadis bila datang adik bilik yang peramah kononnya nak teman akak dorm buat kerja . tapi last last aku yang laroo borok dengan dia sampai satu pagi -,-

empat
duduk hostel buat saya mengantuk dalam kelas . selain dari faktor penat , banyak lagi faktor lain . selalu tidur lambat ! buat apa ? antara tiga je . sama ada borak dengan alisa pasal pakwe dia , tak pun gelak tergolek golek tengok suha meroyan , tak pun melantak makan maggi berjemaah . semua aktiviti tu memakan masa minima sampai pukul satu pagi . maksima ? tiga pagi -,-

lima
banyak homework yang memerlukan internet . duduk asrama mana nak cari internet ? ya , memang cermin yang saya tepek dekat pintu loker asrama tu boleh bertukar jadi screen computer . terus boleh akses internet . and drawer saya tu sebenarnya boleh bertukar jadi printer -,-

enam 
duduk asrama buat saya jadi gemuk ! ohh , cukup lah Abang Po asyik ejek saya gemuk . sekarang bila balik rumah ibu pun tegur
"eh , una nampak makin gemuk lah duduk asrama"
waaa , teganya dirimu . tapi , betul jugak tu . duduk asrama memang ibarat menternak lemak di perut . pagi pagi lagi dah telan kuey tiaw goreng . nanti rehat pukul 10.50 makan lagi dekat kantin . balik sekolah pun terus mencekik . balik kelas tuisyen pun terus serang dewan makan ambik kuih . tak lama lepas tu , ada makan malam pulak . nanti habis study di malam buta , yakni pukul 11 malam , masih dihidangkan hidangan berat macam roti canai , mee sup bla bla bla , belum lagi campur stok makanan dalam drawer yang perlu dihabiskan dalam masa seminggu . belum lagi campur coki coki yang saya makan dengan kadar sehari tiga kali . belum campur kes melantak maggi malam malam lagi . aduh , cukup setahun i boleh ganti enot berlakon yuh .

tujuh
saya tak dapat nak update blog kalau duduk hostel ! okay ini sedih . blog ni dah jadi bosan gila . kesian lah siapa yang buka , asyik entry yang sama je tertepek dekat wall entry hari hari . huk huk .

lapan 
duduk asrama menambah dosa . setiap hari asyik mengumpat dengan kawan kawan . duduk rumah tak ada orang yang akan ajak mengumpat . lagi pun asyik menyumpah exco dalam hati je . exco tahun ni sumpah koya gila . bajet jipang semuanya . eh jap jap . bukan ke aku exco akademik ? errr , i mean exco form 6 jaa . exco form 5 ni macam tak wujud je . yes , we're invisible :)

sembilan
saya nak pergi kelas malam . kalau duduk hostel for sure lah tak dapat pergi kan . siyes jeles tengok kawan kawan yang duduk luar pergi kelas malam . result diorang pun semua meningkat . wuuu , jeles !

sepuluh 
sedangkan ketua asrama pun dah fed up duduk hostel and keluar . apatah lagi saya insan yang kerdil tapi comel ini . isk isk isk :'(

Photobucket

1 comment:

  1. u got some brilliant point there...nseb bek mak aku x bgi dok serama...hohohohoho

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)