bila duduk sorang sorang berangan dalam bilik , tetiba hati dahku rasa sayu . isk isk isk Y_Y \meratap sendirian/
rasa rindu pulak dekat kawan kawan sekolah ahmad maher . even just seminggu duduk sana , tapi sekali dah jadi kawan , sampai bila bila pun kawan . (err , sebenarnya aku kawan dengan sape ? rasanya takde rapat dengan siapa siapa pun kat sana . malu nak tegur :P)
tapi tak kesah lah . rindu jugak . tak pedulik . time mula mula sampai tu semua orang dalam bas tu dah gatal punggung . hati rasa berdebar tak menentu oh oo uoh uoh . semua orang berteriak bertempiaran dalam bas .
"pak cik dreba , plisss... kami nak balik pahang . wuuuuu ~"
"waaa , tak nak datang sekolah kat sini !!"
"nak ikut balik pahang !!"
turun turun bas disambut pulak dengan paluan kompang . siap ada bunga mangga lagi . wahh , siyes wa rasa macam pengantin bhai . ya , pengantin yang bersanding pakai baju pj sekolah . hey , matching apa ! sama kuning :P
sampai aspuri , disambut baik oleh adik adik dorm . (since dorm tu tak ada form 6 , i'm the oldest :D) siap offer nak bawak kan beg lagi . princess teddy cuma bawa beg galas , beg selimpang , and goodie bag je . beg baju sebesar alam serta kotak and cadar semua budak dorm tolong angkat . hihi . see , nampak kan betapa banyak nya barang princess teddy bawa -,-'
siyes malu .
"meh sini kak saya tolong angkatkan beg"
"eh tak pe . beg sini berat ."
"tak pe"
"siyes berat!"
"tak pe"
"..... nah ambek la =..="
and budak tu pun ambik beg princess teddy lalu berjalan senget menuju ke dorm . apsal senget ? dah beg tu berat sangat !!
dan sepanjang minggu tu jugak lah princess teddy jadi kurang normal . kenapa ? sebab dahku jadi lebih senyap dari kebiasaannya . okay fine , selama ni tak pernah senyap . tapi duduk kelantan terus jadi agak senyap . kenapa ? aku tak paham apa yang diorang cakap ! -,-
"sep pehe ko?"
"errr , sorry saya tak faham"
"awak dari pahang kah ?"
"ya . haha"
see ? soalan yang mudah pun princess teddy ambik masa yang lama untuk jawab . mujur la budak budak sana bagi kerjasama . cakap dalam bahasa standard dengan kami . kalau tak , memang seminggu la princess jadi bisu kan . bila borak borak pun , mula mula ok lagi . bila dah rancak borak tu , tubik terus loghat klate dio . dah la cakap laju . last last borak sorang . dan princess teddy hanya terkebil kebil sambil buat buat paham .
sep mung . pliss deh . tak mboh la kecek klate . aku tok sey . dok pehe tau dok .
okay sekarang siapa yang cakap kelantan ni ? but still , kawan dengan diorang best je . betul la cakap orang . making friends is fun . lagi lagi making friends dengan gewe comey and hensem . hak hak hak .
so , walaupun mula mula tu semua orang macam tak rela nak turun dari bas . but at last , bila sampai hari yang perlu naik bas semula untuk balik pahang... ada yang menangis nangis . sedih terpaksa tinggal kawan kawan baru . and semua orang berteriak pulak .
"pakcik dreba , kami tak nak balik !!"
"waa , tak nak balik pahang lagi"
and so on
wuuu , sedih sedih . sekarang cuma boleh chat dekat FB je . huk huk
P/S : sangat menyesal tak bawak duit satu guni . dekat rantau panjang gila best barang dia . banyak beg , baju , bear , kasut , and semua lah !! dah la cantik cantik , murah pulak tu . wuuuuu ~~ sesal kemudian tiada gunanya lagi . princess teddy dapat beli baju dua helai je . isk isk . nak beg comey T_T
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)