Alhamdulillah rezeki ♥


Assalamualaikum :)

Hari ni princess teddy masuk kuiz pendidikan islam . siyes tak tau apa apa . tau tau ustazah suruh masuk . so hari ni , princess teddy skip kelas , pergi SMKTAA chenor . haishh , rasa rugi gila tak masuk kelas add math hari ni . huk huk .

malam tadi konon pegang buku , nak study . haha , study kot nak masuk kuiz esok . LOL . rasanya boleh masuk dalam senarai keajaiban dunia ni . okay tuan tuan dan puan puan , sila catat hari ini dalam sejarah , haku stay up study sebab esok nak masuk kuiz PAI . ehh , tapi nanti dulu . jangan terlalu cepat bersuka ria berlompat gumbira . kenyataannya princess teddy hanya mampu baca tajuk sebelum terjatuh tidur (fall asleep)

jadi hari ni pergi bertanding dengan hanya satu senjata dalam otak . iaitu : tajuk sirah tingkatan empat . khulafa ar-Rasyidin . tu je .

sadis -,-'

siyes cuak gila . ingat princess teddy sorang je yang pergi dengan otak kosong . tapi tuntas , rupanya kawan kawan yang satu group princess teddy pun tak study langsung . jadi , kami selaku pelajar cemerlang sekolah , pergi bertanding tanpa persediaan . bak kata ustazah : tak pe , awak semua budak pandai . semua nota dalam otak . kan ?

aah . kan la sangat ustazah . terharu saya mendengarnya . boleh kembang lobang hidung selebar dua inci selama lima saat dengar ayat tu .

tapi bila teringat balik yang selama ni princess teddy tak pernah study pun untuk exam PAI , tapi dapat markah okay je . so , segala rasa cuak tu berambus begitu saja . and mula terasa bosan bila rupa rupanya cuma empat sekolah yang masuk bertanding -,-'

pum pang pum pang bla bla bla pot pet pot pet ,
kami semua dapat nombor dua . kalah dengan sri jengka . dah la beza satu markah je . demm . tapi tak apa , dah setakat ni je rezeki kami . alhamdulillah . walaupun pergi tak prepare apa apa , dapat jugak lah nombor . tengok sekolah lain semangat buka buku sebelum kuiz start . so , boleh tak mau declare kami ni kanak kanak pandai ? ekekeke ~ ops , riak sudah .

tapi paling tak tahan bila kami bagitau pengetua yang kami dapat nombor dua . dah la kalah dengan sri jengka . beza satu markah pula tu . cuba teka apa reaksi dia ? for sure mati mati kami ingat pengetua akan marah or mengeluh since sri is our main enemy (eh , jangan salah sangka . persaingan yang sihat antara sekolah ya) tapi tiba tiba pengetua bersorak yeyyy sambil bertepuk tangan ala ala gedik sikit . dia kata tak kesah la nombor dua pun . janji dapat nombor .

siyes terkejut -,-

P/S : rindu Abang Po . sehari tak jumpa dia . esok pulak cuti :'(
P/S lagi : aku ni tak reti reti nak balik hostel ke ?

Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)