Cuteness Worth It...


pernah tak korang rasa berbaloinya aku jadi comel . pernah tak pernah tak ? tak ?? hmm , tiada apa yang dapat kukatakan lagi . memang kesian . hahaha .


sebenarnya ini entry berbaur jelous . 
kenapalah baby montel tu choomel sangat *pasang muka ketat sebab jeles* kalau setakat choomel saja tak pe lah jugak . tapi ini comel yang berbaloi . dibayar . cash pulak tu . cis , bedebah . 
#jangan tiru aksi ini di rumah . ini adalah contoh sifat kakak yang kejam *pesanan penaja*

alkisah bermula sejak semalam...
princess teddy frust separa menonggeng , iaitu frust duduk (sopan la sikit) pasal bonda tak kasi beli novel baru . wuuu , penat je princess teddy sorok novel tu dekat port baik punya . takut habis orang lain beli . tak senonoh punya perangai -,-'

then dahku pun pergi lah membawa diri yang lara ini keluar daripada kedai buku . untuk effect drama habis , princess teddy keluar dengan menggendong baby montel lalu berdiri tercegat kat depan kedai buku tu . konon nak feeling macam isteri malang yang dihalau keluar dari rumah sambil bawak anak lettew . koya nyer ~

then tiba-tiba ada seorang pakcik tua yang memang tak hensem lalu . baby montel ni pulak entah la kenapa macam tak pernah tengok orang tua yang tak hensem lalu . sampai terteleng teleng kepala dia tengok pakcik tu . sampaikan pakcik tu berhenti jalan and patah balik lalu menegur baby montel dengan gaya atuk-atuk separa berhemah...

"kenapa tengok atuk sampai macam tu . comelnya dia ni.."
*bercakap sambil tersenyum comel ala-ala atuk penyayang*

baby montel pun tersengeh sengeh jugak . tak habis habis nak tayang gigi empat batang dia tu . menyampah betul . last last atuk tu hulur duit seringgit dekat baby montel suruh beli coklat . apakah =..= ??
kalau sekadar sengeh tayang gigi empat batang boleh dapat duit , apa kata kita berdiri depan kedai tu lama sikit . agak-agak dalam dua puluh orang atuk penyayang macam tu lalu , cukup doploh hengget lepas la princess teddy nak beli novel baru . kan ?


hari ni pulak pergi shopping barang dapur . tiba tiba ada mat salleh lalu . yang baby montel ni pulak macam biasa pandang orang dengan kadar overdose . macam la tak pernah tengok mat salleh gemuk muka pink pakai baju warna merah lalu . ok fine . memang dia tak pernah tengok . and bila mat salleh tu pandang dia , dia pun mula tersengeh sengeh . sampai mat salleh tu patah balik cuit pipi baby montel . cis , gila glemer sungguh . 

sampai mat salleh tu cakap...
"oohh , you show me your teeth ha ? so cute ~"

hey you , dont you see his sister yang cute habis kat sebelah ni ? i have teeth too . many pulak tu . you dont see ?? ok fine . get lost -..-'

Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)