Going through the last day...


setiap kali search gamba dekat weheartit mesti gamba one direction dulu yang keluar . sikit sikit zayn malik . sikit sikit harry styles . tak habis habis -,- tapi lagu what makes you beautiful best jugak :D


Assalamualaikum dan selamat pagi :D
hari ni hari sabtu ya ? ye ke ? OMG . esok dah nak balik hostel . tak sabarnya rasa =,=
so sepanjang cuti ni , princess teddy cukup berpuas hati . kasut empat pasang dah siap basuh . bilik dah berjaya dibersihkan . dah macam hotel dah bilik haku . kih kih kih . kau ada ? wangi lagi ~


online pun dah puas dah . sekurang kurangnya sawang sawang dekat blog ni dah berjaya dibersihkan . facebook pun dah puas online sampai bila online je mesti ada orang send message suruh princess teddy out . kejamm -,-'

main dengan baby montel pun dah puas . sampai nak bosan tengok muka dia . naik menyampah tengok dia buat mengada . hey sekarang dia dah pandai menggedik tahu . menyampah pulak haku . kadang kadang orang gelak tengok tv , dia pulak tiba tiba gelak sama . perasan orang gelak ke dia . choi ~


tapi.... baru princess teddy tersedar satu kenyataan . dahku tak sentuh pun beg sekolah sejak cuti start . bermakna segala khazanah berharga yang cikgu bagi tuh tak terkutik . tak berusik . langsung tak ternoda . yakni semarak jaya . bersih , suci , mulus , kudus lagi . nama pun tak tulis lagi = =''
baru tersedar esok cuti dah habis . tinggal hari ni dengan esok je lagi masa nak buat . sempat ke wahai cik husna yang arif lagi bijaksana ?

oleh hal yang demikian , segulung tahniah diucapkan kepada diri sendiri kerana berpotensi mendapat voucer pakej berlari keliling padang sambil junjung semarak jaya hari isnin nanti . bukan senang nak dapat peluang tunjuk bakat terpendam macam ni tahu . time ni je la peluang untuk tunjuk bakat atlet semulajadi kau tu . jadi bersyukurlah anda husna -,-
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)