Sama macam aku yang kadang kadang tetiba muncul, dan kadang kadang diam selama dua bulan dekat blog ni, nasib malang aku pun sama macam tu jugak. Malam tadi aku cadang nak tulis entry pasal best weekend ever. Tak tak, aku bukannya baru habiskan weekend aku dengan pergi bercuti di Jepun atau attend wedding family dekat USS atau golek golek main salji (jelesnya tengok insta story orang lain....sobs) aku cuma habiskan weekend aku dekat rumah je. But for some reason, dengan magic lagi anehnya, I kinda get everything that I want during the weekends.
I have been searching for a new black shawl like crazy, setiap kali pergi kedai mesti orang kedai cakap dah habis. but kali ni aku berjaya beli. and itu black shawl yang last piece. plus ibu dengan baik hatinya belanja aku lagi dua shawl so total aku dapat 3 shawl baru.
and then I've been eyeing the Bio Essence punya Bird Nest starter kit. pun senang je minta duit ayah terus bagi nak beli benda tu. Also aku dapat main bowling, yang aku dah teringin nak main for like.... 6 month ++ already? walaupun aku kalah teruk dan asyik masuk longkang dan rasa penat lepas main tu. and aku dapat jumpa Abang Po (bonus) (walaupun dia botak dan asyik gelakkan aku sebab bola masuk longkang)
lepas tu aku akhirnya dapat makan nasi kerabu. which aku asyik cakap teringin nak makan selama sebulan lebih tapi asyik tak jumpa je. lepas tu semalam elok pulak ayah dengan rela hati nak hantarkan aku balik uni, selalunya dia mesti paksa aku naik bas. bila ayah hantarkan tu, faham faham je lah. of course lah aku ajak ayah singgah mana mana and pau duit ayah untuk beli macam macam. miahahaha . tula motif sebenar aku nak ayah hantarkan aku balik uni sebenarnya. so semalam, aku berjaya pau ayah watercolour marker (alah yang boleh letak air tu) siap dengan watercolour palette sekali.
yang paling bahagia sekali, ayah belikan aku satu kasut flat ni yang aku dilema nak beli ke tak dua minggu lepas. Aku memang suka kasut tu tapi sebab dia mahal sikit so aku beli kasut lain dulu. konon konon nanti duit biasiswa masuk boleh lah aku beli. tetiba terus dapat. YASSS (tapi ayah tak tahu yang aku baru beli dua pasang kasut, kalau tak mesti dia tak nak belikan. keh keh)
So hari ni first day kelas. So i thought like yup, this is the perfect weekend to start a new semester. but somehow I kinda feel strange because I get everything that I want. Which never really happen.
And today..... today. I woke up early. Put on nice clothes. Wear my new shawl. Ready for my first class. Tetiba, masuk kereta, pusing kunci..... kereta aku tak nak hidup. HA HA. this is not funny at all. so aku terpaksa naik Uber since bas dah blah and was so late for my first class.
Ok takpe lagi. then plan aku hari ni, habis kelas pukul 9, balik kolej untuk daftar parking, print nota and pergi next class pukul 1. Easy right. But noooooooooo. Orang office tu decide untuk tak tulis cukup cukup semua benda yang dia nak kat borang pendaftaran tu so rupanya ada banyak lagi benda yang tak cukup. Then aku kena pergi daftar kereta dulu dekat pejabat keselamatan bla bla bla and guess what. system down. so I have to wait until tomorrow or the day after untuk register parking ni. Eh kebetulan pulak esok aku memang ada lab dan kelas full and tarikh tutup daftar parking lusa. HA.
Lepas tu aku tanya pasal jumper kereta tak ada siapa pun yang ada. so aku end up keluar jalan jalan cari pomen. aku dengar dengar harga battery dalam RM150 below. gulp. tapi bila aku survey sendiri semuanya RM200 :') tapi tak apa lah. aku tak nak pening pening aku tau kereta aku boleh hidup dah. so finally aku dah tukar battery kereta aku dan melayang RM190 (paling murah dah tu dapat cari) Eh rupanya tak settle lagi masalah. orang yang install battery tu cakap, selain daripada battery kereta aku kong aku punya enjin jugak macam semacam and sebenarnya alternator aku yang rosak. battery without alternator ni tak guna. sebab alternator ni yang akan recharge battery tu. so kalau alternator rosak, pasang battery baru pun lepas seminggu battery kong balik. so sekarang ni aku kena bawak kereta aku pergi bengkel pulak untuk baiki or tukar alternator kereta tu. yayyyyy
berapa pulak lah kos nak tukar alternator tu. lepas tu entah entah ada lagi benda lain yang rosak. yassss. so kesimpulannya hari ni aku ponteng semua kelas petang aku, tak dapat daftar parking kereta, duit habis, and masalah kereta aku still belum selesai. #bestdayever #blessed
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)