Cursing problem



warning: entry ni mengandungi banyak cursing words. kepada pembaca yang innocent dan berhati nurani sesuci homework aku yang masih belum bersentuh tu, boleh lah cuba baca dengan menukarkan perkataan yang berikut kepada duck ke, baby ke, sheep ke.......





I think I have a cursing problem. Semua orang pun curse. Yang bezanya cuma kau curse secara sopan atau secara kasar. contoh curse secara sopan: Eh khinzirnya awak ni. Astaghfirullahalazim. Contoh curse secara kasar pulak: Eh babi sial kau ni. Gi mam lah bij.


Aku? Aku curse secara separa sopan separa kasar. contoh: *nampak something unexpected dan menyakitkan hati* eh shit lah..... (sila baca dengan nada sopan yang paling sopan sekali) Selalunya, aku still dapat kawal aku punya cursing problem ni. paling paling pun shit je yang keluar. Ataupun what the.......(sambung fuck dalam hati). tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni ringan je mulut menzahirkan kata kata hina yang sedemikian. pulak ni aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang tidak segan silu malu malu kucing untuk mencarut. Laaaaagi lah senang nak terikut.


Tadi dekat lab pun, aku tengah buat experiment. Tiba tiba aku tertumpahkan aku punya solution. dan dan tu jugak perkataan "fuckkkkkk" mengalir dari mulut aku selari dengan solution aku yang mengalir atas meja. diingatkan sekali lagi, sila baca baca dengan nada paling sopan sesopan yang mungkin okay. macam mana nada korang mengeluh cakap alaaaa macam tu la nada aku sebut fuck. hahahaha . disebabkan aku tercarut tanpa sedar, aku punya volume mencarut pun tanpa sedar. apa yang aku tau bila aku pandang depan, ada sorang coursemate lelaki aku tengah pandang aku dengan muka terkejut dan terkebil kebil. lalu aku pun cuma mampu sengeh dan cakap sorry tercarut. dia just diam je. mungkin dalam hati dia cakap "wow.. Cuna macam ni rupanya. tak sangka."


Urghhh, rosak imej innocent yang aku cuba pakai selama tiga tahun degree ni. tapi setakat depan coursemate aku tak kisah lagi. apa yang aku risau sekarang ni kalau one day aku tercarut depan lecturer aku ke apa ke. knowing how careless and carefree I am, the probability untuk benda tu terjadi memang sangat tinggi. Haihh..... how the fuck do I cure this fucking cursing problem??? ooppss... Sorry ~XD




Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)