Halluuuu hooman !
Surprise?
"Eh kenapa semenjak dua menjak ni Cuna update blog lebih dari sekali setiap dua bulan ? adakah ini keajaiban?"
Yes yes indeed. Duhai rakyat jelata sekalian, aku kinda macam dah dapat mood blogging aku yang hari tu tetiba menghilang selama setahun macam tu. Ahaks. So maybe you will see me more these days. Tapi tak janji lah mood blogging ni dapat tahan berapa lama. heheh :P
So hari ni ialah hari ShoStoWed. Here goes ~
Malam tadi (atau lebih tepat pagi tadi?) aku mimpi....
Aku pergi kat satu bangunan ni. Dan naik lif. Aku tak sure masa tu aku sorang je ke atau dengan kawan. Tapi ada dua tiga orang laki dalam lif tu. Pintu lif tertutup. Keadaan sunyi sepi. Kenapa lah aku perlu pergi tingkat atas sekali??? Tiba-tiba... Sorang laki start berdehem. Aku cuak.
"Awak, ni lagu cerita apa eh sebenarnya?" *lagu cuba sedaya upaya untuk buat bunyi gitar intro lagu ost goblin pakai kotak suara dia*
"Em, Goblin."
"Ohhhhh. Best lah lagu tu."
Tetiba kawan dia menyahut pulak. "Aku suka lagu yang ni." *lalu cuba untuk nyanyi ost goblin yang lain*
"yang ni pun best" *nyanyi lagu lain pulak*
Lalu aku pun berfikir, oh rupanya ramai jugak orang yang layan ost Goblin. Ingatkan aku sorang je... lalu pintu lif pun terbuka. lalu aku pun beredar. lalu aku pun tersedar. lalu aku pun tengok jam. lalu aku pun rupanya dah terlepas kelas pagi aku. lalu aku pun berhuhuhu. lalu aku pun sambung tidur tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
Moral of the story: jangan dengar ost Goblin on repeat for a week. kalau tak nanti korang dapat mimpi pelik pelik macam aku. kalau mimpi dapat jumpa Goblin ke Grim Reaper tu ke tak pe lah jugak . cehh.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)