Hello peeps!
So.... how am I gonna say this... yesterday, i experienced my first ever hit. tak tak, bukan lagu hit, tapi car hit. well, technically my very first ever is when i was in form 4? form 5? but that time ayah aku yang bawak. but this time aku yang bawak. just berdua dengan adik aku yang hopeless gila tak tau pape.
aku tahan diri dari buat blog post semalam sebab aku still terkejut and bengang dengan kejadian tu so kebarangkalian untuk aku mencarut dalam setiap ayat tu amatlah tinggi. jadi aku pun cuba bertindak rasional dengan menenangkan diri dulu baru cerita kat sini. good job Husna, good job *pat my own back*
Semalam, which in on hari raya korban, aku dan adik aku decided untuk ke bandar semata mata demi dua ketul cool blog. ini semua sebab kami dah pishang nak mati kat rumah nenek tak tahu nak buat apa. dah lah sedara mara tak balik, so cuma ada family aku dan nenek. tv pun takde channel yang syok. wifi pun takde. nak beli data pun kedekut. this is torture !!!
so lepas dapat dua ketul coolblog, kami pun bergerak pulang. this is when shit happened. masa tu aku tengah drive depan maybank, jalan kecil, so aku pun drive lek lek jelah. kereta kat situ pun tak banyak. TAPI, jangan sangka walaupun cuma ada dalam 4 buah kereta je kat lorong tu takkan ada si bangang yang akan langgar kau. i was driving, then masa aku lalu kat belakang satu hilux ni, aku perasan yang dia tengah nak undur. masa tu aku memang dah belakang dia tau. TAPI DIA KEEP ON UNDUR !!!! and aku pun ehh ehhh kenapa dia undur lagi ??? andddddd bammmn. damn it dia langgar aku !
I was so shook i'm telling you. then aku pun keluar kereta untuk check apa dah jadi. all i can see cermin lampu belakang hilux tu yang dah terabur kat lantai. and some scratch on my car. eh pelik jugak ni jeke calar rasa macam langgar kuat tadi. then pakcik yang bawak hilux tu keluar, pandang aku, dan cakap "awak tak nampak ke kereta saya nak undur tadi?"
aku: pakcik la kenapa undur tak tengok kereta lalu.
pakcik: awak la yang salah, saya nak undur, awak lah kena berhenti.
*eh bangangnya pakcik ni ambil lesen kat mana. masa ni aku dah macam eh wtf pakcik ni*
aku: eh apa pulak. saya memang tengah lalu, ni jalan saya la. saya dah belakang pakcik dah tadi. pakcik nak undur, pakcik lla yang patut berhenti dulu.
then pakcik tu macam diam nak cari point. dia nampak aku perempuan kecik je so dia pun tak nak kalah la.
pakcik: ni saya punya rosak ni pun dah berapa ratus dah ni nak ganti.
aku: bukan salah saya
pakcik: so macam mana sekarang ni?
aku: macam mana apa? pakcik yang langgar saya. kalau camtu kira setel kat sini jelah.
dan pakcik tu pun laju je ok. pastu sempat cakap selamat hari raya lagi masa aku nak masuk kereta balik. masa tu sumpah aku punya tahap bengang tu, kalau dia keep on salahkan aku memang aku akan carut dia kat situ. so aku pun terus masuk kereta. time tu ada terfikir nak ambil no plat kereta pakcik tu tapi fikir eh tak payah lah. kereta aku calar sikit je pun. dan aku pun blah sambil membebel kat adik aku.
then bila dah sampai rumah, baru kami perasan yang pintu kereta depan and belakang aku kemek. dia punya kemek tu sampai tak boleh nak kunci kereta (kereta aku antik, tak pakai yang picit2 tu). masa tu aku rasa macam ya Allah kenapa lah aku boleh langsung tak perasan pintu kereta aku dah barai camtu. padahal masa keluar aku tutup pintu. masa nak masuk kereta balik pun aku bukak pintu kat area yang kemek tu. and aku. langsung. tak. perasan. !!!!!!!!! korang boleh bayang tak betapa bengangnya aku masa masuk bali kereta tu sampai langsung tak nampak dah pintu tu, aku fikir nak blah je dah malas layan pakcik tu.
aku tak tahu lah pakcik tu perasan ke tak kereta aku kemek. mungkin. sebab tu dia macam nak mengelak. tapi dia diam diam je sebab aku tak perasan. ciskek betul! kalau aku perasan pintu kereta aku dah macam tu, memang sumpah aku akan mintak ganti rugi kat dia. dia tak nak mengaku salah dia, memang aku pergi buat report polis. sebab aku sure yang memang aku tak salah. nak bukti, accident tu depan bank so for sure ada cctv kat situ. tapi malangnya aku langsung tak perasan, and tak ambil pun no plat kereta tu. damn la.
memang boleh je kalau nak buat report polis and cari balik kereta tu. tapi aku taknak lah jadi bitchy sangat, sebab dah deal settle habis kat situ je tetiba balik pergi buat report. haha. and of coz balik tu ayah macam marah sikit kat aku sebab tak call dia masa kena langgar tu and biar pakcik tu blah gitu je. lel. nak buat cam mano lai ayah, sumpah den tak perasan. sekarang bila fikir balik, maybe cost aku nak baiki pintu tu lagi mahal dari lampu hilux bodoh dia tu. sebab memang kemek tak boleh nak ketuk. sampai cat pun tercabut. nasib lah nak...
moral of the story: korang semua kalau drive jangan jadi bangang. nak undur kereta, tengok dulu ada kereta lalu tak. kereta mahal mahal takkan tak berbunyi kot masa kau undur and ada something kat belakang. dan kalau dah tau salah sendiri pun mengaku jela dan minta maaf. please jangan jadi orang macam ni.
ok baik aku habiskan kat sini sebelum aku start mencaci pakcik tu. adios!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)