Masih hidup

Assalamualaikum


Fun fact : individu dalam gambar di atas baru saja pulang dari kelas dan basah kuyup ditimpa hujan maha lebat disertakan bersama angin ribut tak berapa nak sepoi sepoi bahasa . habis kain terbang , tudung melayang dan beberapa lagi adegan lari lari anak sambil menahan diri dari rebah ditiup angin .


Hai . sorry again dah seminggu tak update blog . aku dah kata aku bakal busy minggu ni . dan memang busy gilos pun . sebaik saja aku update last entry yang konon kononnya aku masih goyang kaki pergi kelas senyum senyum tew , keesokan harinya terus aku stress tahap gaban sebab rasa macam sudah jatuh ditimpa assignment . rasa macam nak menjerit ASTAGHFIRULLAHALAZIMMMMMMMMM BANYAKNYA ASSIGNMENT !!!!!


pulak tu ditambah pulak dengan penyakit pipi bengkak secara tiba tiba . mungkin effect terkejut sebab rutin harian tetiba berubah . dulu bangun tengah hari tidur pukul 4 pagi . sekarang bangun subuh tidur pukul 12 malam . ahaks . mula mula tu confuse jugak . betul ke pipi aku bengkak . pasal pipi aku belah tu memang tembam banding dengan sebelah lagi . tapi hari tu nampak super besar pulak . tanya kawan kawan semua cakap memang nampak bengkak . makanya cepat cepat aku pergi klinik kesihatan pelajar kat PPUM . bukan apa risau jugak lah . sebab tak sakit gigi pun , takut kena beguk ke apa . mana lah tahu kan .

penat aku explain kat doktor tu aku sakit pipi . hahaha . last last dia bagi aku banyak gila ubat . kalau nak tahu ni lah first time aku pergi klinik bila sakit and first time dapat ubat banyak macam ni . jenis capsule pulak tu . tak pernah hayat aku makan ubat macam ni. tapi demi nak surutkan pipi yang bengkak ni cepat , aku telan lah jugak dengan susah payahnya. walaupun sebijik ubat memerlukan sebotol air . habis telan semua ubat perut aku dah macam orang pregnant .


doktor cakap makan antibodi sampai habis . tapi aku dah stop makan sebab pipi dah elok . hihihi . nasib lah ubat semua free tak payah bayar . tak ada lah rasa membazir sangat . LOL .


disebabkan stress tahap nak hantuk hantuk kepala kat dinding , hari Ahad tu aku decide untuk keluar pergi tengok wayang . bagi adik-adik kakak-kakak serta abe-abe yang masih belum tengok cerita Kingsman , gua sarankan lu pergi tengok cepat . sumpah tak rasa menyesal . cerita tu best gila kot . dah lah hero dia hensem . macam Jack Harries . awww . hahaha . eh tapi adik-adik tak boleh tengok kat cinema pasal cerita ni 18SX . tapi Hakak Cuna kasi je you olls tengok sebab tak ada adegan ghromentik semua tu . cuma tembak tembak potong potong orang je . tapi tak menyeramkan pun . lawak ada lah . adik adik yang teringin nak tengok tu boleh lah klik sini ya.  >SINIWOISINI<


dan disebabkan stress juga , perasaan untuk menghabiskan duit tu semakin membuak-buak . pulak tu elok sebelum aku keluar check account bank , duit JPA untuk sem 2 baru masuk . lagi lah rasa tak bersalah gila nak pergi berjimba kan . hahaha . oleh yang demikian , aku dengan tidak sengajanya terrrrrbeli beg . sumpah tak ada niat pun nak shopping . ingat nak usha-usha PADINI yang baru bukak kat mid valley tu . tetiba ternampak satu bag yang memang lengkap ada semua ciri ciri bag idaman kalbu . pulak tu memang tu satu je lagi yang tinggal . terus pejam mata bawak pergi kaunter hulur kad bank (tak guna cash sebab duit dalam purse tak cukup tapi gua tak peduli nak beli jugak)



plis ah cakap beg ni comel *cakap sambil tunjuk pisau*
oh ini bukan jenama PADINI pun . tapi Vincci . aku ingat tu kedai PADINI yang super besar . ghrupenya dalam tu ada macam macam brand . tipah tertipu bang . and bag ni kecik je . besar sikit je dari purse aku . aku pun tak tau bila nak pakai . ahahahaha . harga enggak usah ditanya . mahal sikit dari bag bag aku yang lain sebab dekat mid valley apa yang murah ? tapi tak ada lah mahal sangat.. kot...


Photobucket

4 comments:

  1. penyakit pe 2 bngkak pipi.. bsenya kalo bengkak pipi sbb sakit gigi.. hihi..
    antibodi kene habiskan walaupon sakit dh baik.
    sbb xnk penyakit tu dtg lg..
    so sila habiskan! jgn ingkar ckp doc.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah . doc kata virus + ada ulser .
      err , da lama stop makan antibodi tu . hehe :P

      Delete
  2. cuna, aku rasa bukan antibodi duh. antibiotik kot. hahaha. and kad bank boleh guna nak bayar jgk eh? mati-mati selama ni aku ingat kena guna kad kredit je. eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh aah la antibiotik . hahaha patut masa taip antibodi rasa pelik je . maaf lah , orang tak biasa makan ubat . mana tahu . hehe .
      boleh boleh.. kalau kat kad kau ada tulis visa boleh guna..

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)