Assalamualaikum
Semalam adalah hari paling aktif aku dalam bulan ni . selalunya aktif lah jugak . jalan kaki pergi balik dari fakulti ke kolej kediaman . tak pun pergi berjimba . kira exercise lah jugak tu kan . tapi semalam aku macam over active pulak . bangun pagi aku terus mandi and pergi turun bawah . untuk apa ? main water roller . water roller tu apa ? ni haaa
basically kau guling guling dalam tu macam hamster dalam roller lalu jatuh tergolek lalu menjerit lalu ketawa sampai penat tapi masih tak bergerak dari position asal lalu kau give up lalu kau just baring dalam tu .
benda ni ada kat tasik kolej aku sempena event Frenster seminggu ni . so apa lagi , sementara ada chance ni kita main lah kan . giant bubble pun ada tapi tak sempat main lagi . malam ni last frenster . so InsyaAllah kalau sempat aku main malam ni . huhu .
petang tu pulak , entah angin apa yang lalu , dengan tiba tiba aku dengan kawan kawan aku decide nak buat yoga . kami dah lama mengamalkan yoga . tapi cuma satu position je lah yang kami tau .
this one :
tapi semalam kami decide untuk jadi extream sikit buat macam ni :
serta ini :
and something like this :
dan ini :
we had so much fun . so much laughter .
BUT
kesannya hari ni masing masing sakit perut . dan tangan aku macam tergeliat . tulang kat pergelangan tangan kanan aku macam terkeluar sikit banding dengan belah kiri . dan sekarang aku tengah freak out tak tau nak buat macam mana . nak cari tukang urut kat mana kat UM ni ? tak kan nak pergi PPUM lagi . hari tu da malu sebab mengadu kat doktor pipi bengkak sebelah . kali ni ?
"Doktor , saya rasa tulang tangan saya terkeluar dari landasan yang betul."
"kenapa boleh jadi macam ni ? awak buat apa ?"
"....erm.... saya buat yoga...."
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)