Assalamualaikum :)
Aku ni sejenis kawan yang teramat sangat lah baik hati dan berjiwa murni . atau mungkin tidak . memang rezeki orang yang jadi kawan kawan aku , dapat pakej khidmat kaunseling , tutor , serta pembuli secara percuma . siapa yang pernah jadi kawan aku rasanya tak ada lagi yang masih terselamat daripada ditipu , atau dibuli . alahh , itew ni bukan jahat sangat . gurau gurau manja je *gelak setan*
Alkisah bermula di tengah hari . Aku pun pergi ke bilik kawan aku untuk ajak pergi lunch . sambil mereka bersiap siap , tiba tiba aku diserang .
"Cuna, aku ada benda nak tanya kat kau ni... kau suspek utama aku . kau kan yang curi. baik kau mengaku cepat !"
Aku pun cuma terkebil kebil sambil pasang muka innocent habis . sumpah tidak kumengerti apakah yang dimaksudkan oleh beliau . Setelah dituduh berkali kali bahawa aku yang ambil 'benda' tu tapi aku tetap pasang muka tak bersalah , kawan aku pun ceritakan hal yang sebenar.
rupa rupanya wayar heater bilik diorang hilang . alah , wayar yang cucuk kat bontot heater air tu . dan memang teramat sangat lah pelik untuk benda tu hilang . tak kan lah ada pencuri yang nak curi wayar heater kan ? padahal laptop bersepah je sebelah heater tu . bebal sungguh pencuri tu . So diorang ni puas lah cari satu bilik tak jumpa . sampai check tong sampah takut takut terbuang . dah dua hari misi pencarian wayar heater ni berjalan . sampai tidur pun tak lena. bangun bangun pagi pun terus teringat wayar heater hilang .
maka aku pun pergilah melawat kawasan kejadian untuk melawat mangsa (heater)........
aku belek belek heater tu... eh macam pelik jugak macam mana wayar dia boleh hilang . misteri ni.. memang misteri . how can ah ? dan tiba tiba.... aku teringat something.....
"Weh.... aku rasa kan.... memang aku ada ambil wayar heater korang.... hehe"
dan serentak dengan itu terus aku kena serang .
"Haaa kan aku dah agak dah ! Mesti kau punya . tak ada orang lain dah yang masuk bilik ni selain kau ! kau kan memang suka sorok sorok barang ni !"
Hahahahaa . sumpah aku menangis sampai ketawa . eh ? ketawa sampai menangis . sebab kali ni memang sumpah bukan aku sengaja ambil wayar heater tu . tapi terambil . weekend minggu lepas aku ada menginap kat bilik tu . makanya aku angkut lah sekali segala laptop charger bagai . pagi tu bangun mamai mamai aku kaut je semua benda atas meja tu bawak balik bilik aku . dah sampai bilik tiba tiba ada jumpa satu wayar asing . ingatkan kabel laptop diorang ke apa . so biarkan jelah dulu sebab nanti diorang nak guna laptop mesti lah cari kan . tapi senyap je sampai la dah seminggu . aku pun dah lupa yang aku simpan wayar tu . ghrupenye wayar heater . manalah aku nak expect yang wayar tu wayar heater khooon ~
lagipun dalam banyak banyak jenis prank yang aku boleh kenakan , dalam banyak banyak barang yang aku boleh sorok , buat apa lah aku nak sorok wayar heater . kejadah ? haha . tapi kan , macam best je sorok benda macam tu . sebab dah lama baru orang perasan pastu kalut cari . hmmmm.... *senyum muka setan*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kehkeh.. kesian kengkawan duk cari wayar heater..
ReplyDeleteala xsngaje kan.. kan.. kan.. bkn ambil tp terambil je..
haha
betul betul betul . memang tak ada kerja nak ambil wayar heater orang . haha
Delete