Pusat Asasi Sains UM Review
Assalamulaikum ;)
Ok sementara tunggu budak budak habis rehat ayuhlah kita update blog sepam dua . Ya , inilah gaya guru berdedikasi . Ahaha . Dedi je yang kasi . Mami tak kasi .
Ok , let's talk about PASUM . short form of pusat asasi sains universiti malaya . Minggu lepas and minggu ni , secara magik lagi misteri lagi tetibe je viewer blog aku melambung lambung tinggi sampai nak dekat seribu orang sehari . Mula mula tu musykil jugak kan . Aku ni tak de lah update blog sangat pon . Maklumlah ticer busy . Banyak kelas nak kena ajar . Ni pun curi curi buat entry dalam bilik guru . Update pun pakai phone je.. dengan mengharapkan wifi sekolah yang lem nak mam..
Ok basically ada tiga course . Sains hayat , sains fizikal and alam bina. Let's make things clear . Sains hayat adalah untuk kanak kanak yang berminat untuk sambung medic . Atau pharmacy . Atau bioperubatan dan segala jenis bio bio genetik apetah bagai semua tu . Sains fizikal pulak, adalah untuk kanak kanak yang nak sambung engineering . Atau programming (sains komputer) , geology ape semua tu fizikal lah . Alam bina pulak , untuk kanak kanak yang suka decor decor bersama eric . Lanscape , arkitek apa semua tu . Kalau nak ambil alam bina sila pastikan anda anda sekalian berbakat seni . Tangan tu tak keras macam kayu nak melukis . Pasal budak alam bina ni markag final diorang banyak datang daripada projek . Macam macam kena buat . Ke hulu ke ke hilir dok bawak board besar diorang tu .
For those yang nak ambil physics or chemistry or maths , boleh lah pilih sama ada sains hayat or fizikal . Course both belajar tiga tiga subjek tu . Ya , jangan ingat yang nak ambil medic tu terlepas dari pijik ye anak anak sekalian . Cuma bezanya hayat ambil biology , fizikal tambah lagi satu subjek math (sem 1 vector,sem 2 engineering math) and sains komputer. So , kalau korang ditawarkan course yang berlainan dengan hala tuju korang , jangan risau . Nanti bila dah dapat masuk pasum , first week tu kau pergilah merengek dekat pejabat mintak tukar course sampai dapat . Jangan menyesal di kemudian hari . Bak kata pepatah , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya . Ecewahh ~~
Oh ya, untuk sains hayat and fizikal , kita ada lapan paper untuk final . Lapan kau . Tanyalah mana mana asasi or matrik , memang kita la yang menang . Kita je yang over sampai lapan paper . Alam bina kurang sikit . Maybe enam kot. Tapi diorang ada banyak projek . And subjek diorang tak berapa nak sains sangat lah . Dioramg belajar perdagangan apa semua tu (senang sikit lah nak score)
Erm erm erm . Apa lagi ya.. proses belajar ! Dekat pasum , kelas dari pukul lapan pagi sampai lima petang ye anak anak . Tak de lah hari hari macam tu . tengok lah jadual korang . Tapi tu lahmasa pasum beroperasi ( hamboi beroperasi kau. Hahahaha) . Kita ada lecture , kelas tutorial and lab . Lecture datang lah lecture hall . Dia ada dua , satu lecture hall dekat pasum lama , satu lagi auditorium dekat pasum baru . Kelas tutorial pun ada dekat dekat situ Budal hayat dengan fizikal belajar dekat pasum . Budak alam bina pulak agak dianak tirikan actually . Diorang belajar dekat fakulti alam bina . Tapi untungnya diorang agak bebas . Macam budak hayat and fizikal , kami kena pakai baju kurung . Bagi lelaki kemeja , bertie , berkasut . Nak smart aje . Budak alam bina macam bebas sikit pasal diirang belajar dekat fakulti . So bergantung pada lecturer diorang la . Kadang kadang aku tengok diorang pergi kelas pakai seluar jeans je . And jadual diorang pon lain sikit . Kadang kadang balik awal tapi ada kelas malam . Kadang kadang ada kelas hari sabtu . Semuanya bergantung pada lecturer . Tapi hayat and fizikal jadual and dresscode memang dah fixed..
Ok lah . Waktu rehat dah habis . nanti aku sambung review pasal kelas tutorial , lab and life dekat pasum . Tata !
Saya ustazah :P
Assalamualaikum :D
Hari ni first day aku bertugas as guru ganti . ya Allah sumpah pishang nak mati . kalau adik adik semua tak tau pishang tu apa , bukak twitter , tweet:
define pishang
nanti Urban Dictionary akan tweet kat korang maksud pishang . terbaik punya . hahaha . but like siyesly... they know every words . in any language . they can even define your name correctly. kind of scary actually.
okay back to our story !
aku turun je dari kereta tu semua budak pandang semacam . paling eksaited ialah adik aku . tak sabar nak tunjuk kat kawan kawan "cikgu baru tu kakak gua bhai" dan lagi awkward bila sebenarnya aku ada friend dengan beberapa orang budak sekolah tu kat fesbuk . terutama kawan kawan adik aku . and they like....
tu ke Janna Cuna ?
dah la profile picture gua gothic gila . selalu buat status merepek . mampuih . hahahahahhaha
so basically aku kena ajar tiga kelas. tiga tiga kelas budak degil . tak leh nak behave langsung . boys especially . i'olls ni dah la suara ayu . dah menjerit pon still ayu lagi lemah lembut lagi merdu . kah kah . saiz pon lebih kurang je . mana la budak nak takut . so first dah ni tak ada lah mengajar sangat pon . aku kasi budak melukis , buat card , main quiz sudah . tapi lepas ni aku tak nak buat quiz dah . sumpah diorang hyper bila sampai part quiz . bising nak mati .
and actually aku tak tau pon apa nak kena ajar . memang lah ada buku panduan , tapi aku tak reti guna . hahahahah cemana ni T_T
and the best part is tetiba aku jadi femes gila kat sekolah tu . hahahahah . kids be like... eh tu la cikgu baru tu . pergi mana mana pun semua dok "hi teacher hi teacher"... cuma bila selisih dengan adik aku jelah dia tegur "hi awek".. me like "woi aku cikgu la gile . bagi salam! ". paling seronok bila orang panggil cikgu comel . hahahahahahahhahaha . okay . korang boleh muntah sekarang . bukannya apa.. kat sekolah tu aku sorang je cikgu yang boleh dikategorikan sebagai 'awek' . yang lain semua mak bapak nenek atok orang . sangat . hambar .
but the bestest part of all (yeah i use bestest coz i'm an English teacher) is that... most of the students... yang tak tau aku ajar subjek English........ panggil aku ustazah . okay . korang boleh gelak sampai mati sekarang . kbye.
Acano ???
Masalahnye sekarang ni..... acano ??
macam mana nak mengajar ? macam mana nak berinteraksi dengan budak ? macam mana kalau budak budak tak hormat aku ? macam mana kalau diorang tak nak dengar cakap ? macam mana kalau diorang bosan ? macam mana kalau diorang bising ? macam mana kalau ada yang terberak dalam kelas ????
sebagai langkah awal , aku dah beli satu plastik besar gula gula . kengkonon nak umpan budak walhal aku dapat rasakan yang separuh dari isi plastik tu akan masuk dalam oesophagus aku . eh macam tu ke eja dia ? dah lama meninggalkan alam biology ni . ahaks . tadi proses daftar dekat PPD dah beres . tapi yang paling sentap bila ada pegawai tu cakap muka aku macam budak darjah enam .. tskkk . masuk pejabat pun semua ingat aku ni nak tukar sekolah ke apa . pelan je aku geleng . and dengan muka penuh teragak agak diorang tanya balik . "nak apply kerja ke?" *angguk pelan pelan sambil sengeh tayang gigi jarang* dan diorang pon pandang je aku dengan muka ketat cuba terima hakikat yang budak ni nak apply jadi guru ganti . ni pun nasib guru besar memang dah cop aku suruh jadi guru ganti . kalau tak memang tak de harapan la dengan gaya aku yang macam tak cukup umur ni . kalau aku jadi budak pun aku tak confident kalau cikgu gaya hopeless macam aku ni masuk mengajar .
and esok maybe aku tak mengajar lagi . so ibu tanya nak buat aktiviti apa dalam kelas ? jawapan aku senang je . main lah game . ibu ingat game macam kotak beracun ke apa . tak tak . bukan game yang tu . tapi game dalam fone . aku main . budak tengok . bukan ke budak budak suka tengok orang main game ? bosan bosan kita selfie lah ramai ramai . boleh masuk insta . buat hashtag #sayacikgu . caption : selfie with little rascals .
oh . lupa pulak fact yang aku tak suka budak . like siyesly . aku tengok budak budak yang kotor main lari lari tak pakai kasut tu pun rasa eeee gelinya . lepas tu budak budak sekarang ni kwajaa lain macam . kadang kadang kalau aku selisih dengan budak diorang boleh pulak sergah sambil buat muka annoyed . hoi panas betul hati dengan budak macam tu . rasa macam nak patah balik pergi sekeh kepala dia kejap . nasib ada mak bapak diorang je kat sebelah . haishhh
tapi sekarang ni macam orang lain je yang over eksaited aku nak masuk mengajar esok . Huda tak habis habis tergedik . suruh aku iron baju cepat cepat lah tidur awal la . ibu pulak dah cadangkan macam macam aktiviti nak buat esok . suruh aku ikut cikgu lain masuk kelas tengok diorang mengajar la apa la . ayah pulak kecoh suruh aku buat research kat internet macam mana nak mengajar . buat reseacrh pasal sekolah lah apa la .
search je la... bacanya tak pon..
"sekolah ada wifi tak ?"
The End
selamat pagi !
ya pagi . long time no see =..=''
well , sekarang aku dah officially habis asasi . now tunggu degree je lagi . ecececeh . rasa macam tak percaya . setahun tu rasa kejap sangat . and lagi tak percaya lepas ni aku akan bergelar student degree . tue benor bunyinyer ~~ titew rasa macam kanak kanak ribena lagi . ape ni tak nak la tue tue . tamo tamo .
tapi sekarang ni memang terasa la macam makin tua . Abang Po dah berapa kali tegur gambar gambar aku kat insta muka nampak matured . aku masuk kedai pun sekarang ni semua panggil akak . cisss . panggil la adik manis ke apa ke.. rasa tua betul . maybe sebab sekarang ni aku keluar dah tak pakai seluar track . dah bawak handbag . nampak la macam makcik makcik sikit.
and now . cerita paling hot setaff sekarang .
hari khamis aku habis final exam . malam khamis berjimba . hari jumaat spend time dalam bilik . lepas ni tak dapek dah nak lepak dalam bilik . haha . semalam berjimba lagi dekat sunway main ice skating sampai sakit bontot sampai sekarang tak hilang . tskk... hari ni ada interview UM , lepas tu check out . then , bye UM ~ kalau ada jodoh degree nanti jumpa lagi .
ESOK
aku kena pergi daftar dekat PPD maran .
LUSA
aku masuk mengajar sebagai guru ganti dekat sekolah ibu . KAH KAH KAH
ajar apa ? ENGLISH . siapa ? budak darjah satu . HA HA lawak sangat.
time final exam hari tu ibu ada offer . aku pun macam haa boleh la . kot kot dapat . daripada tak ada kerja kan . tapi aku tak tau la pulak terus start minggu depan !!!! like hoi, at least bagi la aku rehat rehat dok ilek dulu seminggu ke kat rumah ! huaaaaaaa T_T
Hampir...
Assalamualaikum :)
well , time tengah taip entry ni . aku ada dua perasaan bercampur dalam hati aku .
1- tak sabar
2- tak nak
so , kalau korang tak tau lagi . aku sekarang ni belajar dekat pusat asasi sains university malaya . and sekarang tengah final exam . next week habis . then ? habis lah . habis dah asasi . masa minggu last lecture tu , aku rasa semacam sayu tetiba sebab semua ni dah nak habis . even memang sumpah macam hell dia punya struggle hidup kat sini , but i'm pretty sure i'm gonna miss it .
lepas tu bila dah start study week , aku jadi tak sabar pulak nak habis . like siyesly aku pergi exam hall tu rasa nak berlari pasal tak sabar nak jawab exam tak sabar nak habis tak sabar nak berambus balik rumah . but now after a week exam , and realizing next week is my last week in here , tetiba rasa macam tak nak pulak . tapi dalam masa yang sama rasa tak sabar . haha . dia macam berbelah bagi tau hati ni . tak sabar nak habis tapi sayang nak tinggalkan tempat ni .
and yeah , for my exam....
alhamdulillah i think i went well with all the papers.... except for..... chemistry ~~~~
hell yeah . i'm pretty sure that i can see a C there . hahaha . lepas tu kau nak back up dengan apa husna ? organic chemistry ? LOL sangat . pointer keseluruhan tu maybe boleh tinggi pasal dia ambil tiga yang terbaik. but i wish 3 terbaik tu termasuk chemistry . sebab aku nak buat degree in chemistry . tapi bila dah tetiba jadi macam ni ? i dont know ~~~~ aku tak nak ambil major physics !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)