sekarang ni semua orang terpengaruh dengan drama kat tv . semua . SEMUA orang . tak kira lah budak ke remaja ke orang tua ke . sama je .
paling klishe ialah bila cerita yang tengah femes kat tv sekarang . lepas tu nama watak tu sama dengan nama kau .
"nama siapa?"
"Husna"
"owhhh . macam Nawwal Husna ke? . hehehehe"
"ha ha"
agaknya kalau ada cerita baru watak dia nama Jemah ke Rogayah serta merta nama mereka pun kedengaran sedap . kan ?
tahap terpengaruh dia tu sampai makcik pejabat PASUM ingat nama aku . kisah dia pasal aku ambil voucer buku je . then time tulis nama tu dia tengok .
"Nur Jannatul Husna . sedap nama , macam Nawwal Husna"
"hehehe" (makcik ni pun pengaruh tv gak ke....)
"tahun lepas pun ada budak laki nama ayah dia zazali . abang awak ke ?"
"eh tak la.."
then lepas tu biasalah nama pun Husna , suka makan semut kan . aku tertinggal payung kat pejabat tu. then mintak la tolong kawan aku ambil kan balik payung tu alang alang dia nak pergi pejabat. balik balik kelas kawan aku tanya "eh cuna , kau ada buat kes apa haa?? asal orang pejabat semua tau nama kau ?"
rupanya kawan aku cakap dekat orang pejabat tu , ni payung kawan saya , dia tertinggal tadi . nama dia Husna . dan dengan lajunya makcik pejabat tu jawab,
"ohh , Jannatul Husna binti Zazali tu eh ?"
yes . tak sia sia nama femes . see , sekarang ada jugak orang ingat nama penuh aku . tskk , terharu T_T
dan yang lagi terharu , aku boleh pergi update blog maghrib maghrib ni . aku patut solat sekarang . and study . esok final . good job husna *pat my back*
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)