You are not alone

Ok entry kedua untuk hari ni .

ahaks



so tadi kan aku keluar . sorang . pasal tak de siapa nak ajak temankan . kawan kawan semua ramai balik . tak de duit . busy . nak siapkan tutorial . bla bla bla . so ahh tak peduli sorang pon sorang lah . dan sebenarnya aku lagi selesa keluar sorang . sebab aku ni jenis suka merayau and masuk semua kedai . so kalau dengan orang tu tak dapat la nak buat semua tu . kesian la dekat orang kena ikut aku ke hulu ke hilir . belinye idok jugok . hahaha .

so tadi sampai sampai terus serbu sushi king.. even dari jauh nampak sushi king penuh gila orang siap beratur panjang tunggu seat tapi aku tak kira . aku nak jugak makan sushi . dah sebulan kebulur nak makan sushi . kang mati kempunan tak ke naye ? so beratur lah .

kebetulan row aku makan tu , semua perempuan , and semua makan sorang sorang . hahaha . so tak de lah rasa forever alone sangat kan . ada la borak borak dengan akak sebelah . memula ingat kan umur lebih kurang je rupanya dah 26 . lahai kecik je akak tu . nama dia wani . pot pet pot pet rupanya dia ni kawan pakcik aku . ok fine . keciknya dunia -,-

time borak tu banyak kali dia tanya aku makan sorang je ke . dah tu kau tengok sebelah aku ni ada bunian ke . ye le sorang . apa masalah ? dia macam pelik budak budak sebaya aku keluar sorang sorang makan sorang sorang . tskk . jangan lah dikau membuatkan dahku berasa sangat forever alone akak . janganlah . nehi . don't . haipp . dia cakap bahaya sorang sorang . I dah la kecik je . pastu dia cerita pulak ada cousin dia kena tarik dengan driver teksi nak bawak lari pergi tempat lain . nasib baik kuat lawan balik and lari . lepas tu aku jadi takut nak balik UM . dah la malam . terima kasih banyak akak -,-

lepas tu pergi mph . lepas tu pergi solat . on the way pergi solat tu ternampak tropicana life buat promotion baju sehelai RM15 . tiba tiba secara spontan lagi tidak sengaja dibawah kawalan dan tidak sedar , kaki aku melangkah masuk lalu tangan aku memilih baju dan dompet aku mengeluarkan isi perut nya di kaunter . dah keluar tu... baru mulut berkata kata "apahal aku pergi beli benda ni -,-"
tapi hati jahat nak sedapkan tuan badan pun berkata "tak pe lah . baju kau dua helai dah rosak kat ampaian . ada pompuan gila sidai baju dekat dekat habis luntur warna . elok elok pink jadi tompok tompok hijau ."

mangsa ketidaksengajaan


lepas tu hari ni banyak gila sale dekat mid valley . buat aku rasa nak gila jugak . kalau bukan sebab aku dah spend RM200 kat MPH , ada harapan aku beli macam macam tadi . fuhh , gugur iman . dah la sensorang . tak de siapa nak halang . and then pergi watson nak beli sabun . time tu baru sedar niat asal nak keluar jugak hari ni pasal pagi tadi time mandi sabun keluar malu malu je . 

aku ni selalu dilema gila nak mati setiap kali nak beli something nak ada bau . macam sabun ke lotion ke minyak wangi ke . aku akan duduk kat situ paling kurang 15 minit dok cium cium bau mana paling best . dan aktiviti ni sangatlah tak best dilakukan kalau ada orang menunggu . so tadi tak de orang tunggu lagi lamalah . hehe . tapi tadi time aku nak pilih tu , ada sorang mamat ni pon dilema nak beli sabun yang mana . aku rasa kami berdiri tercegat depan rak tu almost 10 minute kot . kejap berdiri . kejap duduk .. kejap cium sabun tu . letak balik . cium sabun yang lain . letak balik . ambil balik sabun yang tadi cium lagi . terpejam pejam mata nak buat keputusan mana paling wangi . last last aku jumpa dulu sabun pilihan hati . ahahaha

time tu sumpah rasa heaven gila nak mati . rasa macam ohhh akhirnya aku dah jumpa orang satu species dengan aku . rasa macam nak ajak dia high five time tu jugak . rasa macam nak mintak tolong dia decide yang mana paling wangi . rasa macam dah jumpa soulmate je . depan rak sabun -,-

dan balik balik penat penat i found this on my door

this really made my day . thanks to whoever yang spread this . rajin betul print , gunting , spread door to door . may Allah bless you .

hari ni buat aku rasa yang I'm not alone . ada je orang macam aku . bukan aku sorang je susah . bukan aku sorang je sedih . orang orang yang menanti family diorang yang hilang naik MH370 tu lagi berat ujian mereka . #prayforMH370





dan sekarang , pukul dua pagi , aku dah lapar balik =..=

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)