Paling rindu....




Assalamualaikum :)

Bila dekat Kuala Lumpur , ada satu perkara je yang aku paling rindu . ya of course selain daripada peti sejuk, family , bilik aku , dan Abang Po . (nampak tak ranking mereka ? hahahhaa) dan benda tu ialah bintang . ya , bintang . like siyesly kau rindu bintang Husna ???

yes I am =..=''


siyes wa cakap sama lu , duduk sana haram sebutir pun tak nampak bayang bintang . ok tipu , bintang bercahaya macam mana nak nampak bayang dia kan . ahaks . maksud aku tak nampak pun kelibat bintang mahupun se.... urmm , apa penjodoh bilangan bagi bintang ?


aku tak tau lah pulak kalau dari area lain . tapi kalau dari UM , memang tak nampak . maybe sebab UM kat tengah tengah bandar kot . bila aku tengok langit malam malam , langit kat sana tak segelap langit kat sini . langit kat sana cerah . dia macam oren . pasal banyak sangat lampu mungkin ?  pukul dua belas malam kat sana sama cerah macam pukul tujuh malam kat sini . langit memalam macam langit time maghrib je .


so , memang tak lah nak nampak bintang kan kalau dah terang macam tu . that's why benda yang aku paling rindu ialah bintang . so setiap kali aku balik rumah , aku akan tengok bintang . hahaha . and semenjak dua menjak tiga menjak ni aku suka ambil bas pukul 7 . first sebab aku tak nak skip lecture petang jumaat tu (baik kan i'olls tak ponteng lecture . teehee ~) . second sebab aku nak tengok bintang sepanjang perjalanan balik . hahaha . naik bas terus lelaju cop seat tepi tingkap .


kenapa aku suka tengok bintang ? saja . mengagumi indahnya ciptaan Allah mungkin ? haha . well , bila tengok nature ni haruslah ada terbit rasa takjub and kagum dalam hati tu . baru rasa betapa luasnya dunia and betapa kerdilnya kita . dan lagi satu aku selalu terfikir siapa yang tengah tengok bintang yang sama dengan aku . hahahaha . bila dah datang mood koya koya berangan tu haa mula lah . faham faham sendiri lah ye :P

*tau korang tak faham . padan muka :P*



P/S : aku tengah jeles ni ada orang tu seronok berjimba pagi petang siang malam kat tepi pantai kat pulau . aku ni bosan duduk rumah . pagi tadi seronok seronok nak tengok barbie mariposa pun tetiba ada orang alih cerita aisyah 50 sen . haih apa lah nasib...
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)