Awkward moment that I hate



Setiap orang mesti pernah mengalami moment moment yang janggal gila nak mati . senang kata awkward lah . alah , kau tak kan tak tau awkward tu apa ? noob gila ! noob pun tak tau apa ? kesiannya....


bagi aku , awkward moment yang aku tak suka is when...

\first/
bila aku nak order makanan tapi tak tau nak order apa . lagi lagi bila benda yang perlu beratur kat kaunter . bila dah sampa turn tapi still tak tau nak order apa . then waiter tu akan.... "ya cik nak order apa?"
me: errr.... emmmm.... jap jap... hmm.... apa ek... aaaa tak tau . jap jap .

=..=''

kadang kadang bila kaunter kosong aku takkan terus beratur and berdiri jauh sikit dari kaunter sampai tengok list makanan . I have problem , a big problem in deciding what I want to eat . dilema gila . kadang kadang sampai orang kaunter tu tegur suruh order kat kaunter... And I was like... "jap jap . tak tau lagi nak makan apa"

\second/
bila tengah nak pilih barang , orang kedai tu ikut je... kadang kadang tu kita saja masuk tengok tengok bukan nak beli pon . tapi dia ikut je belakang bontot ni macam kalau dia toleh lain sekejap dengan sekelip mata aku akan lesap bersama kesemua barang dalam kedai tu . and anything yang aku sentuh dia akan bagitau harga and tanya nak ke tak . terutama kedai tudung and baju la . sakit jiwa betul .


\third/
bila aku gaduh dengan someone , then bila dah berbaik semula , aku jadi awkward nak macam biasa dengan orang tu . jadi awkward nak senyum ke tak nak . awkward nak tegur ke tak nak . awkward nak duduk dekat . awkward segalanya lah ! That's why I tend to be stranger kat orang orang yang pernah ada konflik dengan aku . kalau orang tu bukan jenis yang peramah senang nak tegur tegur balik lepas sesi bermaaf maafan tu memang tak lah aku nak tegur dulu . hahaha .

\fourth/
time aku makan , baik kau makan . i mean makan yang memang betul betul makan lah like lunch or dinner . I don't really like when I eat and people just sitting in front of me watching I'm eating . in silence . kalau orang tu jenis banyak cakap tak pe lagi . kalau dapat dengan orang yang tak banyak cakap awkward gila kot . aku ni pulak dah la jenis makan ayu gila nak mati . rasanya kalau ada pertandingan siapa makan paling sopan dan lambat memang akulah pemenang dia kan . kawan kawan aku pon ramai yang tegur cakap aku makan cover . nak cover buat apa depan diorang je kot .
aku: aku memang makan macam ni -,-

\fifth/
paling paling awkward bila tetiba classmate confess dekat kita yang dia suka kita . padahal aku dah habis friendzone dia dah . tapi kebal jugak tu . tak sedar sedar jugak yang aku tengah friendzone dia . so terpaksalah aku musnahkan detik detik kenkonon nak indah tu dengan...
"hahahahahha kau dah gila ke apa suka kat aku ? kalau aku pun tak kan suka kat diri aku . sorry lah aku dah ada boyfriend"

burnnnnnn ya burnnnn !


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)