Trying Shiseido black mask


Last week maybe , aku memborong beli soalan past year dekat kedai photostate . past year , notes , bla bla bla . banyak gila ah . benda benda yang semua orang dah lama beli tapi aku baru nak beli . ngeh . so total memang berpuluh lah kan . but aku berjaya bodek abang kedai tu supaya kasi aku free gift satu . dekat kedai photostate tu ada jual black mask and apa tu yang untuk eye bag warna gold tu . maju woi kedai photostate KK12 . haha . macam macam ado . tak payah susah susah beli online . 

so berkat bakat membodek semula jadi yang ada , aku dapat black mask satu . free je . muahaha . orang lain beli satu seringgit tahu . and tadi , aku try lah mask tu....

ehem . tak ada gambar dalam entry ni pasal rupa aku sangat menyeramkan . sebaik saja korang pakai mask tu , korang akan transform jadi orang minyak . ngeri bangat deh .then , calit calit satu muka and tunggu lah sampai dia kering . time dia dah kering tu , muka akan rasa tegang gila nak mati . nak senyum pun tak boleh . ceh , tak mesra alam betul mask ni . pengguna nak senyum pun tak boleh .

and bila dah kering tu , aku try la nak cabut . hoi sakit bak hang . dia macam dah melekat kat kulit muka . dah la muka aku macam banyak anak rambut . laaagi la sakit nak cabut . geram je rasa time tu . macam mana orang dalam iklan tu boleh cabut ? tak sakit ke ? err... nak baca instruction pun dalam china or jepun aku pun tak tahu la . bajet boleh faham je . tak universal betul . last last aku sapu muka pakai tisu basah . baru la benda tu moist balik and boleh cabut . tapi kena lap sikit sikit la pasal dia dah cair balik .

so memang tak ada lah sebarang blackhead or whitehead yang tercabut . my head ni ha yang rasa macam nak tercabut nak tanggal benda alah tu . koyak muka . now aku pelik macam mana orang lain pakai senang je -,-

1 comment:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 875
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)