Meet the SSB-ianz

Hari jumaat lepas , finally ! I met my friends from SSB . awww ~ kalau korang tak tahu *sure korang tak tahu* dulu zaman zaman kanak kanak ribena dulu I selalu main dekat sekolahsribangsar.com . I lupa sekarang website dia jadi sekolahsribangsar or buletinsribangsar . dah lama tak melawat sekolah . I dah senior lah kata khoonn . ahak ! so website ni dibuat oleh kak Ain Maisarah . she's a novelis . 

so dari situlah kami berkenalan , selalu chatting , share stories , merepeking , and be friends . kau bayang lah , dari aku form 2 saaaaampai sekarang , we still keep in touch . ukhwah tu walaupun tak lah kuat mana but still ada . padahal cyber friend je pun .

but now semua pun dah habis sekolah . so last friday , pum pang pum pang , finally aku jumpa dengan diorang . kami iftar sama sama di mid valley :3


meet aida and fadhilah . my...... err , lecture mates ? kami bukan satu bilik , bukan satu kelas , but satu lecture . haa , i know ! lebih tepat , shopping mates :D just walked with them to mid . but diorang bukan nak pergi mid tapi nak pergi shopping dekat jalan tar and sogo . I've told you we're shopping mates -,-

otw jalan tu , ada PPIUM kasi bubur lambuk dekat kitorang . terima je lah , rezeki kan . but but but . beg saya sangat comel dan saya tiada plastik . nak buang or bagi orang tak sampai hati .makanya saya terpaksa pegang bubur tu sampai mid... sangat... rare..

mempersembahkan ~ tadaaaaa
yang pakai tudung putih berspec tu qila , yang tudung biru comel comel tu sis meow , yang tudung oren tu sis syidah . yang comel warna pink tu of coz la i'olls . ahak !

sis meow comel  and sis syidah senyum tak nampak mata . ahak ! don't ask why we call her meow . I don't know neither . haha . her real name is Sarah :) of coz la not meow -,-

me and Aqila . abaikan muka aku yang nampak chubby tu . nampak je okay , real life tak pun . sila percaya T_T
plis notice the bubur lambuk


menu for iftar . we choosed the set berbuka puasa je . and oh , the desert ! kalau nak tahu nama desert tu ialah chocolate crunch roll . kami ni dah eksited membayangkan kek coklat gulung yang maybe ada nuts ke apa kat dalam tu pasal crunch kan . sampai sampai.... woi , apahal kek batik ??? kami diperdaya dengan nama yang indah khabar dari rupa...

sweet tak aku edit letak bunga bunga ? hahahaha . oh btw , mereka ni sangat besar . aku rasa macam aku ni dwaft yang join community gergasi je bila lepak dengan diorang ni . agak awkward jugak mula mula tu pasal diorang dah selalu hang before ni but aku first time . dah la sampai sampai terus duduk "hai korang :D"

and diorang semua terkejut . 
eh ? cuna ?
keciknyaaaa . dalam gambar nampak macam besar 

*dalam hati *
means gambar aku semua nampak gemuk . balik ni nak delete....

setelah empat kali refill air dan muka orang nando's tu pun macam dah tak sabar nak kemas meja kami pun berambus dari situ membawa perut bulat masing masing . oh , sis meow ada bagi keychain kucing . meow meow ~ memang..... kucing. macam dia . haha . tq sis for being too sweet :3

then jalan jalan nak balik tetiba kaki aku cramp . tak pernah seumur hidup aku cramp time tengah berjimba . ya Allah , cramp sampai tahap tak boleh jalan . kejap belah kanan , then belah kiri . then dua dua belah . last last kami stop kejap . but duduk pun tak boleh . lagi cramp . akhirnya aku terpaksa tanggal kasut and berjoget joget kat tengah tu macam gila terlompat lompat kaki cramp . malu gila dengan qila and sis syidah . dah la first time jumpa =..=''
but siapa kata kalau tengah cramp tak leh pozing ? time sis syidah hala camera aku stop lompat lompat kejap . lepas snap sambung berjoget balik .

after ten to fifteen minutes jugak la baru aku ok . then bye bye . insyaallah nanti ada masa kami buat gathering lagi . tapi kali ni tak ada ummi and nas . kalau ada diorang sekali mesti lagi meriah . 

so , rasanya tu je lah kot . panjang gila entry . lepas ni tunggu entry burger bakar pulak . ahak ahak . tiga empat hari ni memang aku buat marathon menternak lemak . hari hari pergi berjimba dan makan macam gila . 


Spontaneous Thursday



jalan penyelesaian kepada kulit kering is bawak lotion pergi lecture.
jalan penyelesaian kepada sakit kaki pakai flat is beli kasut bum .
jalan penyelesaian kepada kaki melecet is pakai stoking.
jalan penyelesaian kepada menggigil sejuk dalam dewan kuliah is pakai stoking jugak .
jalan penyelesaian kepada tak ada stoking nude is pakai stoking comel love love warna pink .

weird ? 
who cares
coz I'm cool liddat :P


P/S : jalan penyelesaian kepada mengantuk dalam lecture : TIDUR XD

VShare VCare at PSN

Assalamualaikum :D
fyi , hari Ahad lepas lepas (pffttt , dah dua minggu baru nak cerita . booo husna booooo!!) aku ada joined event under UM Cares di Pusat Sains Negara . buat yang tak tahu , PSN tu yang bangunan dia bentuk macam nanas tu . bak kata ayah aku lah . aku nampak macam bangunan biasa je *buta seni* event ni dilaunch under VShare VCare yang sebenarnya aku tak tahu pun pertubuhan apakah itu . huahahaha . aku just join untuk buang masa sabtu ahad je . dan bagi mengelakkan aku bosan duduk dekat kolej lalu berjimba di mid valley . pokai da woi .

so , kami kanak kanak PASUM yang join benda alah ni merancang untuk buat explorace . event ni dijalankan adalah bagi memupuk minat kanak kanak untuk menceburi bidang sains . chewahh , nampak tak aku rindu nak buat karangan laporan ? ahak !

before event tu start , kami tetiba dijamu dengan domino's pizza and KFC . pehh , wa sayang lu ah for anybody yang belikan tu . ahahaha . sekali lagi , jimat duit makan haku . ngehehe . tugas aku hari tu just conduct budak budak pergi ke stesen stesen . aku ingat kerja mudah , ghrupenye -..-''

korang bayanglah , semua budak budak yang join tu cina . so memang ada problemo sikit dalam communication . nasib ada volunteers from KDU . diorang pun chinese so memang sangat membantu lah . aku ni dah la speaking sangkut . hahah . nasib lahh . pulak tu mereka semua sangat buas . like berlari lari and cepat je hilang merayau pergi tempat lain . last last aku yang semput berlari lara satu PSN tu . phew , gugur lemak i'olls.

so satu group akan ada dua orang yang conduct . each group conducter (conducter electric ?) terdiri dari kanak kanak UM se and kanak kanak KDU se . so my partner is Foong . mula mula aku ingat dia ni cold . and lagi tua dari aku . rupanya sebaya . awal awal tu aku dah risau dah takut aku tak dapat conduct budak budak ni . aku dah la tak-mesra-budak . rupanya si Foong ni sangat likeable oleh kanak kanak sejagat . aku tak tahu trick apa dia guna but budak budak semua suka dia . dah macam adik beradik . diorang asyik buli Foong . pukul dia , geletek dia , cubit dia , panjat atas dia , tarik telinga dia . you know lah kids attack kan . tak dapek den nak menolong . padahal Foong tu tak de lah layan sangat budak budak ni . dia buat ilek je , tapi tapi tapi.... ahh , forget it .

tapi sangat sweet la . tengok dia sabar je kena buli . tengok dia angkat beg budak budak lapan ekor yang berat nak mati tu sampai sakit tangan . aku suka tengok laki yang pandai layan budak . coz I tak pandai . haha . dengan budak aku memang akan dingin je . I've tried wey . aku pandang diorang aku senyum . aku gelak gelak je . tak marah pun . but they just smile back at me and that's it . over . done . but Foong , dia tak de lah senyum sangat pun , but budak budak siap boleh buat geng dengan dia . I'm so jelly you know..

aku tak sempat nak tangkap gambar group yellow (my group) pasal segan nak ajak diorang tangkap gambar -,-

gambar culik dari twitter mini . maaf :P

view from the very top (dari bumbung PSN . i'm siyes)


 aras atas sekali . VIP only . hahaha . 

for no reason setiap kali aku keluar aku akan snap gamba kasut macam ni =,='

so , see you guys next time in the next event . batch 2 >,< *wink wink*

P/S : semalam bukak puasa sama dengan geng UM Cares . ada ayam golek :P (motif??)

Happy Ramadhan , I'm having fever.












Assalamualaikum .
haiyaaa , why lah sekarang ni aku malas sangat nak update blog . weekday memang lah agak busy , but actually sempat je aku online hari hari . tapi tak tahu nak update apa . ahahaha . padahal kalau ikutkan banyak je benda yang patut aku update tapi tak update lagi . like event VSare VCare and baju baju raya tu . tapi tapi tapi.... nanti lah . heee

so sabtu ahad baru ni aku tak update pasal aku balik rumah . yeayy ~ rindu gila dekat bilik sendiri . tu yang balik tu . hoho . and rindu dekat hajik . memang best ah aku balik dapat main dengan haziq . hoi dia becok gila sekarang . makin pandai cakap . hari tu lepas keluar ward senyap je . sekarang dah bising balik . and makin kuat makan . alhamdulillah :D

but weekend tu ibu pergi study . so memang agak tak berapa nak heaven lah duduk rumah pasal aku kena arah buat kerja rumah kan . hmm . tapi sempat jugak aku request ibu masak ikan patin masak tempoyak and rendang ayam cili padi tu . yeke tu nama dia ? ahh , gamaknya lah . dah rendang tu warna kuning . ye lah kot . 

before balik tu habis semua tutorial aku angkut bawak balik , tapi haram jadah tak buat . bukan setakat tak buat , tak keluarkan pun dari beg . daebak -,- 
aku just keluarkan lappy je untuk online and tengok movie. aku dah tengok cerita pee mak . best gila . cerita tu sangat lawak and part hujung hujung tu sangat touching . lagi lagi my boyfie yang berlakon . aish , lemah semangat aku tengok mario maurer menangis . wuuuu , cian iye . even cerita tu agak seram , aku gagahkan jua menontonnya demi abang mario tersayang . wakakakka . 
(kalau abang Po baca ni mesti dia tengah buat muka nak muntah)

TAPI , ya ada tapi . aku tak dapat tengok sampai habis . pasal tengok kat youtube . cukup 1:37 dia habis . dah la tengah part klimaks . sakit hati gilaaaa . aku sangat sangat nak tahu apa ending dia . nak pergi cinema malas . so sesiapa yang ada link cerita pee mak full version punya plis plis plisss lah bagitau I . 

heh , aku baru sedar yang entry ni semacam tak ada kena mengena dengan tajuk . ok ok ok . selamat menyambut bulan ramadhan semua . happy fasting . bulan puasa ni jangan membazir . jangan asyik nak pergi bazaar je . kalau pergi pun beli sikit sikit je . jangan pulak kau beli macam yang jamu satu kampung . tengah lapar punya pasal . last last makannya sikit je pasal dah kembung minum air satu jug . normal lettew . itew pon same kadang kadang . ahak ahak . so ini adalah pesanan penaja untuk readers and owner blog ni sendiri jugak . hewhewhew ~

oh ya , siapa ada ubat batuk and demam yang cair punya , plis la pos ke KK12 , UM . atas nama I okeh . aku dah rasa lain macam gila dah ni . semalam lagi la melepek je demam punya pasal . nak makan ubat but tak jumpa . kawan kawan semua offer ubat pil . itew kan baby , mana reti telan ubat pil . agagaga ~

Busy weekend

Assalamualaikum :D

so this weekend is the busiest ever lah . semalam aku kena pergi ibu pejabat tabung haji untung ambil anugerah pelajar cemerlang kelab taha . demi RM500 , sanggup je aku . hahaha . pagi tu dalam pukul 8.30 ayah call tanya dah siap ke belum . padahal aku baru bangun. kalau ayah tak call aku still bermimpi lagi . ahak . so cepat cepat bersiap . kekeke . dalam pukul 9.30 lebih kami sampai . tu pun lepas sesat pat lima nam kali *normal lettew . ayah kan*

sampai sampai orang dah siap dah bagi hadiah . tinggal makan je lagi . so masuk masuk terus duduk makan . aku tak kesah pun tak naik pentas. sebab memang niat datang situ nak makan . hahahaha . tapi tuntas , makanan nya kurang sedap . cett ,semangat aku simpan perut . siap makan baru claim hadiah . dpt sijil , trofi , and goodies bag . ghrupenye duit dia dah siap siap bank in semalam . cett , da la masuk dalam akaun tabung haji . memang tak leh nak keluarkan la .baru ingat nak shopping . pffttt .

disebabkan frust, aku ajak ayah shopping raya dekat sogo . mula mula ayah macam malas sebab takut jam . dan aku dengan yakin berkata "alah , tak punya . hari ni sabtu . bukan ahad . tak kan la jam sangat kot" dan itu hanya dusta semata . memang jam gila baby ah hala ke sogo tu . ayah dah pasang muka ketat . aku cuma boleh sengeh and nyanyi lagu rilek brother dalam hati . demi shopping !

sampai sampai aku pelik apsal ramai sangat manusia bergelimpangan depan sogo tu . guard pun semua berkawal je . ghrupenye ada raya sales . weeee ~ kebetulan yang tak disengajakan . ahak ahak . tapi memang macam gila shopping dalam tu . sesak nak mati .berebut baju dengan orang lagi . hahaha . nasib aku tak beli beg . pasal dekat area bag tu memang dah macam woman war ah aku tengok. gerun gila .

so dapat la empat helai baju . total RM148.85 . rasa bangga gila tunjuk resit dekat ayah pasal under budget . ayah budget RM150 je . so aku memang gunakan RM150 tu tanpa rasa rugi . hahahaha . esok lusa tulat lah aku tayang kat korang baju tu . (macam korang nak tengok kan)

siapa yang nak shopping raya tu sila lah bersesak sesak di sogo sekarang . pasal tengah sale . sekian . haha

hari ni pulak aku pergi pusat sains negara untuk program V Care V Share . memandangkan aktiviti sehari suntuk , makanya kena buat entry baru  . wait for the update aaa .

P/S : rasa nak pergi sogo lagi nak beli kasut :P


Photobucket