List-to-do AFTER SPM :D

apsal beg tu choomel sangat haa ? grrr ~

Assalamualaikum 
Nampak tak ke-eksaited-an nak habis SPM tu ? hahahah . siap dah buat list-to-do lagi . pffftt . padahal list ni dah terfikir sebulan sebelum SPM lagi . hahah . teruk teruk .

so , let's begin XD

\first/
nak kerja ! tak kisah la kerja apa pun . 
but kawan ibu ada mintak princess teddy jadi cikgu tusyen untuk anak dia . cikgu tusyen ? err , macam tak sesuai je . apa kata , tukar jadi "orang yang tolong mengajar" . bhahaha , peliks la pulak . haih , ingat lepas SPM boleh bukak meja depan rumah . lelong buku . tapi nampaknya macam kena guna lagi je nak mengajar anak orang pulak . huu , baru nak joli sakan tanpa buku -,-

btw , sape sape nak join , silakan . tapi bayau la . ini bukan perkhidmatan awam . telefon awam , bas awam pun semua kena bayar tau !

Abang Po pulak , ajak haku jadi pekerja dia . konon nak bukak ala ala cafe kecik dekat butik pengantin mak dia tu . ok jugak , nanti boleh melantak wafer , cake , eskrem , jagung sume sepanjang hari . muahaha . rasanya nanti bukan kerja sangat , makan je lebih . kikiki .

\second/
nak ambik lesen ! motor kereta sekali semua . then nanti boleh la drive pergi jalan jalan . ahakk , bestnye .

\third/
yang ni malu nak cakap , nak belajar memasak . ahaha . tapi yang ni , tak sure lagi la nak buat ke tidak . hehe .

\fourth/
nak beli keyboard ! habis je spm , memang terus nak ajak ibu beli keyboard . tak kira tak kira ! then nak belajar main semua lagu . hehehe

\fifth/
nak pulun baca novel . target sekurang kurangnya dua minggu nak beli satu novel . jyeah !

\sixth/
kalau rajin , nak tulis novel . ahak , dah lama tak tulis cerpen . rinduuuuu ~

\seventh/
nak belajar mengait . tapi tak tahu mana nak cari sumber yang boleh tolong ajarkan . saya ni bebal sikit kalau bab ikut tutorial dari buku . dari utube , belum tengok lah pulak lagi .

\eighth/
nak holiday puas-puas ! at least nak heret ibu pergi bukit gambang pun jadilah . kalau ibu tak nak bawak , aku nak pergi merempat rumah maklong ke makngah ke . nak ajak diorang pulak . ahak , dasar anak sedara tak tau malu . but , what i care . hihi.

\ninth/
nak menternak lemak sesuka hati . nak makan puas puas . maggi asam jeruk semua nak telan . kalau semut tu sedap , pun aku nak makan . lantak lah otak bebal pun . nanti nak sambung study basuh la balik otak guna air zam zam . ape susah . huahaha .

\tenth/
nak kahwin ! eh ? huhuhu , gateiii >,<
Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)