Aktiviti bila bosan

Ramai orang tanya , "wei , kau buat apa je lepas SPM ni ?"
dan jawapannya haruslah "aku jadi penternak yang berjaya :D"
mesti terfikir kan , ehh ternak apa ? well , I ternak lemak lah . ohoho . sekarang dah berjaya naikkan berat sebanyak emm , dua kilo ? jadi bila terasa rindu gemok , cepat cepat kira BMI . haha . bila dah kira BMI , terasa seronok pulak nak makan banyak banyak lagi . sebab walaupun berat badan dah naik , but still berada dalam paras normal . ahakk . kalau berat badan sekarang turun lagi dalam tiga kilo , dahku dah tergolong dalam kategori KURANG BERAT BADAN . waa , terasa tak keslim-an I di situ ? ahakk XD


sebenarnya , selain menternak lemak dengan gigih , ada lagi aktiviti lain . jeng jeng jeng . kalau orang lain sedang sibuk back to school *sila baca dalam nada menganjing :P* I sedang sibuk back to childhood . ahak . no no no , bukan bermaksud I join baby montel pakai pampers mamy poko serta minum susu pakai botol . kalau setakat join dia main lori tu ada lah . hee ~ 

 inilah dia . muahahaha . best kot .
kepada kanak kanak atau pembajet kanak kanak seperti saya yang suka main game dress up , ini ada game yang superb untuk anda . bukan dress up je , tapi ada banyak lagi lah . huhu

kita boleh post gambar barang barang kesayangan kita . contohnya baju , sepit rambut , jam , ect . dan bila dah post tu , kita akan dapat ribbon and satu barang . ribbon tu boleh guna untuk beli baju baru . huhu . 

kita jugak boleh add friend . game ni orang dari seluruh dunia main . so , maybe boleh berkenalan dengan orang germany ke , jepun , korea , indon , filipina . majoriti jepun lah .

boleh tengok dan suteki (like)  closet friend kita . boleh jugak tengok post terbaru barangan brand feveret kita .

dress up :D

community ~
so , kalau nak main , boleh click SINI
err , kenapa tiba tiba aku promote game nih =..=''


dan lagi , selain main game , inilah aktiviti harian setiap malam . ohohoho :3

walaupun I tak minat kpop kpop serta tidak pandai bergangnam , tapi I minat drama korea . kenapa ? sebab cerita diorang sweet kot . tak macam sinetron yang beratus ribu riban episode . sampai merepek-repek . tak macam drama melayu . sikit sikit syarikat I syarikat you , mama I tak restu , bla bla mak mentua jahat pot pet pot pet .

Photobucket

Cincin ukir nama ?



teeettt ~ saje nak tayang . ahak ahak XD
*nampak tak bintat kat tangan tu ? kesan gatal --'*

sepuluh hari sebelum , ada orang tanya pasal mana nak cari cincin silver yang boleh ukir nama tu . (dah sepuluh hari baru nak jawab . booo husna boooo) So i guess it's something like this kot...

maaf Abang Po jual nama jap . ni je yang haku ada . kehkehkeh ~

susah la nak balas kat chat box di blog dia . pasal tau tau je lah kan *cough* saya ni *cough* tak reti nak jawab dalam satu perenggan je . nak menjawab tu haruslah satu entry macam ni . ahahak . so harap si tuan yang bertanya tu sedar la akan kewujudan entry ni . huuu , ayat tacing . haha .

act , cincin ni bukan I pun yang beli . ada orang kasi :3 . tapi konon letak nama dia . errr -,- . and yang nama I ada dekat dia . nak bajet sweet lettew . tapi tak lah dapat membajet sweet sangat . pasal ada orang tu dah hilangkan cincin tu beberapa bulan kemudian . adakepatut pergi golek sekali cincin dalam washing machine . memang already gone lah kan . huuu T^T

tapi selalunya cincin macam ni ada jual dekat tepi tepi jalan . ahaha . siyesly , memang jarang jual dekat kedai . kalau nak cari , boleh cari dekat tepi pantai , selalunya ada banyak orang jual gift , haa , banyak jugak lah orang jual cincin gelang semua tu . and selalunya ada dekat situ . or kalau korang pergi tempat tempat yang selalu orang melancong macam cameron highland ke , dekat pasar malam dia belambak lambak orang jual selain daripada stoberi jagung jeruk limau bantal keychain , ohh nak pergi cameron lagi !

so kalau nak cari , cari je dekat area area macam pasar malam or stall tepi jalan tu . kalau nampak macam ada jual cincin gelang banyak banyak , ace try test tengok sikit . kadang kadang ada . so , itulah jawapannya . ahak . panjang gila kan . padahal ringkasan nya ada dekat pasar malam or tepi pantai je . tapi disebabkan aku yang menjawab , nahh , lima perenggan . hoho ~


Photobucket

Pumping~


Assalamualaikum warga blogger sejagat :)
kalau minggu lepas I tak update sebab busy kerja , for sure semua orang fikir minggu ni pun I tak update sebab busy lagi kan ? muahahaha . ya , memang busy . busy mengepam pipi , perut , peha , serta segala bahagian lain yang boleh diternak lemak .


like siyesly , wa dah rasa seram ngilu-ngilu nak pijak atas scale . takut nanti kejiranan gempar dengar bunyi princess mengilai tak dapat terima hakikat . ahak ahak . well , kerja dah pun tamat pada hari isnin actually . pasal urusan banci-banca-bancu tu dah pun selesai . walaupun tetap ada pakcik yang degil , lantak kau lah . key in je maklumat lama zaman anak anak kau baby lagi . biar lantak .

so seminggu ni , memang tak buat apa . hari hari bangun tak lah berapa nak lambat sangat , pasal dah terbiasa bangun awal hari tu . err , bagus tak ? haha . then , bangun bangun terus pergi sarapan and lepak depan tv saaaampai pukul dua belas minumum . mandi ? err , demi menyahut seruan kerajaan bagi menjimatkan penggunaan air , saya selaku warganegara yang prihatin mengambil inisiatif mandi tiga dalam satu . ala , macam nescafe tu . yakni mandi pagi , tengah hari dan petang dicombinekan sekali . equals to mandi.......patepe ? hahaha XD


Photobucket

Miss me ?


Assalamualaikum :D
tajuk ada gaya mintak kaki dekat muka tak ? ala jangan la . tau la muka i comel . jangan la jeles . ahak . okay ni memang betul mintak kaki :P

eh , tak de siapa sedar ke blog ni dah seminggu tak update ? ok sedih . ni yang rasa macam nak bunjut kain then lari sambil kesat air mata ni . tapi problem nya princess teddy tak pernah ada kain batik . so nak bunjut kain pakai apa ? comforter ? hey , bagasi kan ada !

okay , berbalik kepada motif taip entry hari ni . actually nak mengkhabarkan... ehem.. huhu . malu la pulek >,<
sebenarnye... titew kerja . tebab tu titew busy . tade masa nak update blog . torry la ek tawan tawan . jangan la lempang titew . titew memang kadang kadang tetibe jadi gedik macam ni .

puih , dah seminggu kerja baru nak bagitau . ahak . tapi siyes busy gila . kot . hehe . pagi pagi pergi kerja pukul lapan . rehat pukul satu , masuk balik pukul dua . sampai pukul lime . office hour la . balik rumah lepas isyak terus tidur . kecapek-an . haha . kerja apa ? ehehe . key in maklumat banci peneroka je pun . office tu tak de lah berapa nak office sangat . pejabat felda . ahaha . aku koya macam kerja dekat office ape je kan . hehe.

tapi walaupun just key-in data , siyes memenatkan . mula mula nak kena susun borang tu . kalau tak pening . then kena taip satu satu . kalau just peneroka tu tak apa . ni tak . anak dia dah berbelas . semua dah kahwin . cucu berpuluh . untung untung ada cicit . untung untung lagi dapat family yang atok dia kahwin dua . dah jadi dua family . untung untung lagi dia ramai anak angkat . untung untung lagi family dia macam keluarga 69 . pening woi nak key-in !

makanya , baru sehari dahku kerja , keesokan harinya haruslah aku demam teruk . ahahak . tapi malu nak mintak mc pasal baru kerja sehari . jadinya datang kerja separuh hari je . petang tu dah memang tak larat langsung . kerja ni walaupun nampak remeh tapi memang perlu ada ketahanan mental . untung untung boleh gila buat benda ni tahu !

dan semalam pulak , aku terpaksa pusing satu jengka , pergi rumah pakcik pakcik yang degil tak nak hantar borang banci . kalau time bonus tu , sejam sebelum time dia orang dah terpacak dekat pejabat tu . gigih menunggu . tak terlewat satu hari pun . tapi bila mintak hantar borang banci , malas malas . eee , geram betul beta . buang negeri karang ! cuba kalau cakap isi borang tu untuk bonus tahun depan . siapa tak isi tak dapat bonus . mesti laju je orang isi kan -,-

yang tak boleh blah , sampai dah kutip dekat rumah pun ada lagi yang degil tak nak hantar .
makcik dah hantar borang banci ?
makcik tunggu anak makcik balik . makcik tak pandai menulis -_-

makcik dah hantar borang banci ?
hari tu makcik dah bagi anak anak makcik isi . entah la diorang tak pulang pulang . nanti lah.

me : pakcik dah hantar borang banci ?
pakcik: dah hantar dah...
me : yekeee......
pakcik : iye....
me : betul ni ?
pakcik : eh , entah . tak ingat la . rasanya belum :P
me : dah agak da . memang nama pak cik tak hantar lagi pun . mana borang tu ?
pakcik : ada kat dalam . tak reti lah pakcik isi . sampai ke cucu cucu . mengarut je . pakcik tak nak lah hantar .
me : eh mana boleh !
pakcik : alah cakap je pakcik tak nak hantar . bia je lah nama pakcik tak ada .
me : ish , tak boleh . nanti kalau jadi apa apa susah .
pak cik : jadi apa apa apa ?
me : -,- (lantak kau lah !)

me : makcik dah hantar borang ?
makcik : borang apa ? tak tau pun ?
me : anak makcik berapa orang ? duduk mana ?
mak cik : anak makcik ramaaaaai . dekat seberang nu . makcik bukan orang sini . makcik orang asing ! peneroka asal dah pindah mentakab
me : lorh , ibuk dari indon ? kok sih ngak bilang dari tadi !!

me : assalamualaikum !!
*budak jenguk dekat pintu*
budak : tak de orang !
me : ibu tak de ?
budak : tak dek !
me : nenek ?
budak : tak dek ?
me : adik ni tinggal dengan siapa ?
budak : tak de sape . *tutup pintu*
me : -,- mesti kau ingat aku ni direct seller kan . macam aku tak dengar je ada suara kat tepi tu tanya siapa tu . puih !

dan macam macam la lagi songeh nye . lantak kau lah . degil sangat . nanti kalau nanti dapat apa apa tiba tiba kau tak dapat jangan nak buat demonstrasi aman dekat pejabat felda . sekeh kepala karang !


Photobucket

Alone T^T


Di saat adikku sedang terkangkang main tablet . di saat baby montel sedang menjerit berebut karipap . di saat kazen ku sedang tacing sorang sorang tengok cerita korea . di saat perut haku tanpa segan silu suka hati sel tisu serta otot dia je nak buat konsert . kuat pulak tu bunyi nye .  masalahnya baru je makan . nampaklah kadar metabolisme badan tinggi membuatkan ai rasa tak bersalah makan sepanjang masa . ahak XD #tapi rasa macam start cuti ni badan makin naik -,-''

dan di saat itulah ada seorang tuan puteri bajet kiut pakai baju pink suka suki update blog dekat rumah orang . berbekalkan notebook satu malaysia kazen ku yang sedang mengepam gemok , bergantung pada plak di dinding rumah mak ngah untuk mengecaj notebook ni , dengan semua nilah aku gigih mengupdate jugak blog untuk melaksanakan misi penting . 

ya , misi penting . yakni misi untuk merapek di tengah hari . dan misi ini telah pun dengan jayanya dilaksanakan pada dua perenggan di atas . tiada kemalangan jiwa dilaporkan :D

setelah ditinggalkan Abang Po sejak tiga hari yang lalu , aku sikit sikit bertukar jadi zombie . ni semua gara-gara penyakit bosangilababengtaktahunakbuatapa . selalunya bila bosan boleh cari point . ejek dia makin gemuk ke , cakap dia banyak lemak bersepah macam hippo ke , panggil dia dugong ke , cakap diameter lubang hidung dia bertambah ke... tapi bila dia dah busy , tak boleh nak contact , hah mulalah . tak de siapa nak tuju . akhirnya baby montel yang jadi mangsa . habis semua mainan dia aku yang main . ngehehe ~

nak pergi shoppng , duit dah habis . ibu macam tak nak kasi aku kerja je . makanya minggu ni nekad nak pergi jugak buat lesen . duduk rumah asyik menternak lemak je , tak boleh jadi jugak . nanti kalau gemuk jatuhlah reputasi ai selaku princess paling bajet kiut abad ini . bahaya bahaya .
Photobucket

Forever KID


Assalamualaikum awak :3
ahak , gedik gila main awak awak pulak . geli taye . hikhik . okay dah tiga hari tak update blog sebab balik kampung . huuu . eleyh , padahal kalau tak balik kampung pun , belum tentu blog ni berupdate . hoho .

so , semalam ada kenduri dekat rumah nenek . kenduri doa selamat untuk arwah adik . hmm , bestnya . mesti adik masuk syurga . lahir lahir belum sempat buat satu pun dosa dah meninggal . kalau tak sekarang dia dah pun darjah enam . besar dah rupanya ek . dah UPSR -,-''

then , time kenduri tu , ramai lah sedara mara datang . ya , sedara mara yang haku langsung tak kenal . sedar mara yang stok kalau selisih dekat tepi jalan memang wa jalan straight je , jeling pun tidak . sedara mara yang kalau haku nampak dorang jatuh tergolek dekat longkang haku gelakkan je then buat tak tau . balik rumah buat status fb , "tadi aku nampak ada mokcik jatuh longkang . wakakakaka XD" , tanpa mengetahui mokcik tu sedara aku ghrupenye -,-

yang peliknya , diorang ni , walaupun macam tak berapa kenal tapi buat rumah nenek tu macam rumah sendiri je . seronok bukan kemain main kejar kejar , main nyorok nyorok sampai ke dalam jamban , lepak tengok tv , pandai cari jamban sendiri , bedal main game . bila princess teddy tanya cousin yang main sama dengan diorang tu sape , diorang pun tak kenal rupanya . main join je . err . boleh pulakkkk .

lepas tu kan , kan , kan , kan , *CD rosak* ada lah sorang abe pakai spec ni . dia ni dah tua bangka sibuk layan budak budak main bola . mujur abe tu tak hensem . kalau tak nyaris haku join diorang main sekali . ahakk . then masa princess teddy tengah syok syok tengok tv , dia tanya . 

''ehem , adik ni darjah berapa?" dengan suara macho dan muka sarat dengan sifat keabangan .

me : darjah berapa ? ahakk XD *dalam hati : wadefak ko punya darjah ! T_T
abe spec : eh , orang tanya dia gelak gelak pulak
me : hahahahhahahhaha T^T
abe spec : cepat la darjah berapa ?
me : orang dah habis sekolah dah pun . tamat oke . dah habis SPM pun .
abe spec : laa , yeke . hehehehe .  mana tau nampak kecik je .
me : tak pe , dah biasa kena macam ni T^T

then , boleh pulak abe spec tu bedal story mory perihal zaman keperihan dia study .

abe spec : abang baru je habis diploma ni . 
me : oh yeke . study mana ?
abe spec : *apetah nama kolej tu aku dah lupa 
me : ooooooowh
abe spec : tau tak kat mana ?
me : takkk :P
abe spec : ape la . dah nak masuk U pun tak tau lagi ?
abe spec : abang ambik electric engineering . pot pet pot pet final sem pot pet pot pet final project pot pet abang buat tangki yang boleh check parasa air pakai comp pot pet dapat gangsa pot pet .
me : yeke ? wahhh *cepat lah habis cerita aku nak tengok hagemaru !
abe spec : cuba teke berapa kos abang buat tu ? pot pet pot pet dua ribu pot pet menang dapat dua ratus je pot pet
me : tak pe la . final project . untung la dapat gangsa , terer lettew 
dalam hati : membazir je . tak balik modal . habis dua ribu dapat dua ratus . bahagi dua dengan kawan seproject dapat seratus . nak beli teddy bear 1.6 m besar tu pun tak lepas -,-

sampai laaa akhirnya haku bangun pasal tangan dah kering . sambil dia borak tu , aku sedap ratah ayam goreng . bhahaha . peduli apa , tak de msa nak control ayu .

bila abe spec tu dah balik , adik princess teddy datang tanya...
adik : sape tadi tu ?
me : entahh
adik : habis kaklong borak dengan dia ??? 
me : dah dia cakap , layan je lah . haha . aku tengah bosan kot .
adik : dah la dia bahasakan diri abang . bhahaha
me : tau tak pe . geli kot . hahah . tapi aku tak panggil dai abang pon oke !

tapi bila fikir fikir balik , tak de la pelik pun dengan panggilan tu . memang patut pun . dia dah 21 tahun kot *hasil soal siasat* Just aku je yang tak biasa panggil orang abang . pasal dekat sekolah wa gangster . mane pernah panggil senior abang . abang sendiri pun tak de . even Abang Po pun I tak pernah panggil dia abang . tua enam bulan je , perangai pun macam budak budak . tak kuasa nak panggil abang . ahakk XD

Yeah , SEVENTEEN (at last)

like seriously , dah dua hari baru nak update . busy betul ye awak Husna semenjak habis SPM ni . ya , sangat busy . pagi ada meeting dengan encik mimpi sampai pukul 11 pagi . bangun bangun ada pulak discussion dengan breaklunch . then , ada appoinment dengan miss game . haish , appoinment tu pulak sampai ke malam . so memang tak ada masa nak update blog . ahak..

makanya , malam ni terpaksalah berkorban jiwa basket menghapdet jugak . walaupun terpaksa menempuh cabaran yang berliku , dengan sekuat tenaga zahir dan batin akan ku lawan jua , rasa kebas tangan yang melanda ni . adeh , nak menaip pun payah . kebassss !!

*lima minit kemudian*

orait . ehem , mempersembahkan....

omaigoat #mbekk . nak lagi cheese cake ni ! huk huk 

can u spot any weirdo di situ ? ah bosan lah . korang lambat sangat . yes , kawan kawan aku pakai baju sekolah . ahak . ni kes lepas habis paper geog terus terkam rumah aku .
haish , tema parti liar ni gothic , ada ke patut pakai baju sekolah . fuad je bagus balik rumah dulu tukar baju . dah lah hitam , ada gambar tengkorak lagi . err , terbaik fuad ! ahaha
# saje tepek gamba diba . nanti dia bising tak de muka dia :P

 kill kill kill die die die *semak gila muka !

okay ini bukti kukuh yang I takde lah pendek sangat ok . tengok semua orang pun lebih kurang paras je . grr , Abang Po yang panjang cakap orang pendek pulak .


and now 
mempersembahkan....
 
 ala , orang tak dapat datang la esok . satu family nak pergi Melaka 
text : dalam kereta ni . pening la 
text : wahh , dah sampai Melaka
text : agak agak kapal ni kalau letak kat Jengka mesti best kan ?
pot pet pot pet melaka melaka pot pet 

me : alorh , orang syok syok buat parti liar dia tak dapat datang :'(

tau tau , nahh . tercongok muka depan pintu . and i was like . watde kau cakap pergi Melaka ??? tak guna punya pakwe gebang aku hidup hidup @#$%^&*/

can you spot.. eh silap . sure la korang nampak kan . ada gajah pink terselit tengah gambar . habis crowded . ahaha

Abang Po : Alyaa ko nak tau tak . Husna kan dia kan pot pet pot pet melaka pot pet blablabla 
Alyaa : iyee ? bhahahahaha

ahahaha . lawak kan . lawak kih kih kih kroh kroh lawak


HAHA , LAWAK NYE =..=''
 
 


WRODLESS WEDNESDAY | sweet :

WORDLESS WEDNESDAY


Untuk Mencintaimu...

puih , tajuk memang tak boleh blah ! jiwang lapanbelas karat . ahakk . memanglah jiwang . sebab bukan title keluar dari otak aku yang memang tak romantik langsung ni . tapi cilok tajuk lagu je . pffttt . suka lah pulok dengan lagu randy pangalila maharajalela ni . i loike . saya suka saya suka ! ok shadap . 


nah , ditujukan khas buat *cough* my Abang Po . ehem . geli tekak koi . ahakk .

haih , tapi kadang kadang tacing sorang sorang dengar lagu ni . sebab bila dengar lirik dia memang la . memang . memang.... err , memang apa ek ?

sebab kadang kadang , tak tau la apa yang harus aku lakukan untuk buat dia tak asyik terasa . terasa dengan setiap benda yang aku buat . setiap benda yang aku cakap . haih , maybe sebab memang kecik kecik tomboi , dah besar kasar . bukan reti nak ayu ayu . makanya cakap mana reti nak tapis . acting mana reti nak kepit . maybe kena pergi pejabat pendaftaran lah . nak tukar nama . jadi Ayu ke , Sopan ke , Santun pun ok jugak . asal jangan Sutun -,-''

dah macam macam buat... but still... semua tak jadi .

haha , ok , tak nak menjiwang . bye ~ 


Photobucket

FREEDOM


Assalamualaikum
hey you ! yeah you ! you yang tengah buat muka mengantuk baca blog I tu . ye , you la , jangan nak pandang orang belakang pulak . apsal tak jawab salam ? haish , berdosa tau !!

okay , let's begin
dengan ini , beta tuan puteri Husnaland dengan sukacita supereksaitednya mengumumkan , FREEDOM IS MINE . yeah baby ~ *drum roll pliss !

akhirnya akhirnya ~~ dah lepas azab SPM . siyes SPM ni memang buat mata sembap , muka ngantok , jari terseksa , badan lenguh , dan yang paling penting sekali , otak meletops . ohh , ini bukan rancangan meletops yang ada neelofa tu ya . ini siaran langsung dari berita tergempar diraja Husnaland . eh , apa yang aku karutkan ni -,-

haih , petang tadi dah pulangkan semua buku teks . ok tipu , tak semua . The Curse hilang . macam mana la boleh hilang . padahal tak pernah baca pun buku tu . err . yang penting lega ! no more buku teks sekolah . ahakk . no more pakaian seragam , no more hijau PSS , no more stoking putih tapak hitam , no more kasut sekolah line seven , no more...no more..

dan no more tiru homework Abang Po . no more kacau dia tidur dalam kelas . no more pijak kasut dia yang sebenarnya tak pernah berkilat pun . no more main kejar-kejar pasal dia bawak lari kasut . no more main kerusi roda Faiz sama sama , haha tak senonoh perangai macam tak de benda lain nak main . no more makan cornetto dekat koop . no more jalan kaki balik sekolah sama-sama . no more... no more...

rasa macam baru je semalam daftar masuk sekolah menengah . ghrupenye mok cik dah habis sekolah . terasa macam tua sangat diri dahku sekarang . bukan lagi kanak kanak sekolah . uhuk uhuk . but isokey , I awet muda . ahakk . nanti bila orang tanya , ohh , dah habis sekolah . time tu baru lah tersedar yang diri ni dah besar rupenya . dari segi umur la , bukan saiz . teeheee ~
lepas ni , nak pulun buat semuaaaa benda dalam list-to-do-afterspm haku tu . yeah !

oh yea , one more thing . sempena ke-freedom-an I , saya nak bagi korang semua satu tawaran hebat . uuuuu , bunyi macam gempak sangat je . haha . x x , ini bukan giveaway . you nak give away , you can go away . I tak de duit . krohh krohh .

ok ok , back to the point . saya ada jual teddy bear gilapunyabesargedabak . with a very really super duper triper wow price .

mempersembahkan ~~


tadaaa ~ i'm selling the bear okay , tiga kanan . not the chick yang kiri pakai baju hijau tu . yang tu mahal , harga ikut kilo . sekilo RM15 . ahaha .

well , siapa siapa berminat boleh pm saya di facebook . JANNA CUNA okay nama facebook beta . huhu . atau just tinggalkan comment di sini .

pilihan warna tiga tu la . dark brown , brown and white . ada dua saiz .
1.2 meter : RM150
1.6 meter (which is much taller than me -,-) : RM190
penghantaran ke semenanjung is free yuh . sabah sarawak plus RM10 .

so , tolong bagitau mak kakak bini adik sepupu adik ipar anak sedara atok nenek pasal ni . hehe . best price ok . memang susah nak dapat harga ni untuk bear sebesar ni . kalau dekat kedai pun RM200++ .

Photobucket

List-to-do AFTER SPM :D

apsal beg tu choomel sangat haa ? grrr ~

Assalamualaikum 
Nampak tak ke-eksaited-an nak habis SPM tu ? hahahah . siap dah buat list-to-do lagi . pffftt . padahal list ni dah terfikir sebulan sebelum SPM lagi . hahah . teruk teruk .

so , let's begin XD

\first/
nak kerja ! tak kisah la kerja apa pun . 
but kawan ibu ada mintak princess teddy jadi cikgu tusyen untuk anak dia . cikgu tusyen ? err , macam tak sesuai je . apa kata , tukar jadi "orang yang tolong mengajar" . bhahaha , peliks la pulak . haih , ingat lepas SPM boleh bukak meja depan rumah . lelong buku . tapi nampaknya macam kena guna lagi je nak mengajar anak orang pulak . huu , baru nak joli sakan tanpa buku -,-

btw , sape sape nak join , silakan . tapi bayau la . ini bukan perkhidmatan awam . telefon awam , bas awam pun semua kena bayar tau !

Abang Po pulak , ajak haku jadi pekerja dia . konon nak bukak ala ala cafe kecik dekat butik pengantin mak dia tu . ok jugak , nanti boleh melantak wafer , cake , eskrem , jagung sume sepanjang hari . muahaha . rasanya nanti bukan kerja sangat , makan je lebih . kikiki .

\second/
nak ambik lesen ! motor kereta sekali semua . then nanti boleh la drive pergi jalan jalan . ahakk , bestnye .

\third/
yang ni malu nak cakap , nak belajar memasak . ahaha . tapi yang ni , tak sure lagi la nak buat ke tidak . hehe .

\fourth/
nak beli keyboard ! habis je spm , memang terus nak ajak ibu beli keyboard . tak kira tak kira ! then nak belajar main semua lagu . hehehe

\fifth/
nak pulun baca novel . target sekurang kurangnya dua minggu nak beli satu novel . jyeah !

\sixth/
kalau rajin , nak tulis novel . ahak , dah lama tak tulis cerpen . rinduuuuu ~

\seventh/
nak belajar mengait . tapi tak tahu mana nak cari sumber yang boleh tolong ajarkan . saya ni bebal sikit kalau bab ikut tutorial dari buku . dari utube , belum tengok lah pulak lagi .

\eighth/
nak holiday puas-puas ! at least nak heret ibu pergi bukit gambang pun jadilah . kalau ibu tak nak bawak , aku nak pergi merempat rumah maklong ke makngah ke . nak ajak diorang pulak . ahak , dasar anak sedara tak tau malu . but , what i care . hihi.

\ninth/
nak menternak lemak sesuka hati . nak makan puas puas . maggi asam jeruk semua nak telan . kalau semut tu sedap , pun aku nak makan . lantak lah otak bebal pun . nanti nak sambung study basuh la balik otak guna air zam zam . ape susah . huahaha .

\tenth/
nak kahwin ! eh ? huhuhu , gateiii >,<
Photobucket

Wordless Wednesday





Photobucket

Sementara itu...


Assalamualaikum...

Haish ! spoil betul ! tengah serunuk serunuk ambik mood nak meraban taip entry , tiba tiba kucing datang cakar bontot wa  . pffftt , tak guna . macam tak ada bontot sendiri je nak cakar bontot orang pulak . grrr ~

btw , berbalik kepada niat asal taip entry . sementara ada gap masa empat jam sebelum paper 2 addmath , haruslah kita take one hour berbloging sat . huahaha . sungguh tak sedar diri ! wahai diri sendiri , ini paper addmath , bukan math mod ! tapi tuntas , diri sendiri tak mau dengar nasihat diri sendiri . diri sendiri kata , "alah , rilek la bhai . addmath je kot ~~~"

dan sekarang aku sendiri tak paham ape yang diri sendiri cakap dan diri sendiri nasihat dekat diri sendiri yang diri sendiri tak nak dengar -..-''

tapi lagi sekali , princess teddy rasa , siyes ni , tak tipu , tak nak percaya ke , ohh tolong lah percaya ! , addmath kertas 1 tadi senang . betul , senang . selama ni buat soalan soalan trial negeri satu malaysia pehh susah tak ingat . dy\dt dy/dx cot kuasa dua sin(A+B) pum pang pum pang segala . last last keluar soalan yang basic je . choi ! alhamdulillah :)

tapi malangnya , ada juga segelintir kanak kanak sejagat yang selama ni drill soalan killer , sekali bila dapat soalan senang , pane , blur , hang , loss , jammed , semualah . diorang asyik buat yang susah , sekali dapat yang senang dah lupa macam mana nak buat . haih , macam tu pulokk =..=''

konklusinya readers , tolong doakan kertas 2 pukul 2 nanti senang jugak ! aminn , puh kiri puh kanan ~

Loving him was red ~

mempersembahkan ! the gergasi and the kiut slim princess .
*drum roll plizz*
taraaa ~ =..=''





kekekeke ~ disebabkan kami gedik , haruslah pakai baju sedondon yang buat semua orang silau mata . secubit tahniah patut dianugerahkan kepada Abang Po kerana berjaya cari baju melayu warna merah . walaupun kenyataannya , itu sebenarnya baju kahwin pakcik dia . dan dia dah pun merasmikan baju tu dulu . pffft , sangat tak patut =..=''

actually ni time graduasi hari tu . hahah , dua minggu kemudian baru nak upload gambar . dah lapuk weii ! tapi tak pe . gambar simpan dalam pendrive je pun . tak de lapuk lapuk nye .  bak kata pepatah , tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas . eh , ke terbalik ? entah , ahhhh confusing !!

so pada hari berkenaan , segala guru-guru sejagat pun menegur baju kami yang sedondon .

cikgu : amboi , dua dua merah ! janji ye ?
Abang po : ehh , mana ada . kebetulan je ni .
cikgu : ceh ! kebetulan apa nya dah sedondon macam tu .
me : pffftt , no comment XD

ini khianat . penat aku senyum 

fine . awak jer yang tinggi . foine ! foine !

le me and le him bersanding . those pengapit kipas kami pakai file graduasi . tak main pelamin pelamin ni . duduk dekat tangga sudah . barulah rock . muahaha XD


Abang Po : kawan I cakap muka I macam Johan Asaari .
me : yeke , uwekk *tutup mulut tahan nak muntah :P*
Abang Po : sampai hati *genggam penumbuk*

wahahaha XD


dah la tu . tak boleh banyak banyak . nanti korang muntah pink pulak tengok . kekeke ~

p/s : seriously the baju made me look like pregnant !
Photobucket

Wait for me , handsome ~


tak tahu kenapa , tapi Robert Pattinson nampak siyes handsome dalam gambar ni . ahak . padahal dalam movie tak pernah pun terasa macam dia ni handsome . maybe sebab make up pucat sangat kot . ahakk . 

wei , tolong la cepat sikit habis SPM . nak pergi tengok wayang . tskk T_T
jangan lah habis SPM nanti wayang dah tak mau tayang dah Breaking Dawn Part 2 . kalau tak , memang menangis lah kan depan kaunter tu .

wuuu , Abang Robert , wait for me eh ? *puih ! 'Abang' siuuuut ~ sejak bila tau ayah aku kahwin senyap senyap dengan mak Robert Pattinson :P*


Photobucket

Being small is GREAT ♥





Kadang kadang , bila jumpa balik dengan kawan kawan lama....
"ehh , Husna ! tak berubah pun kau yeh ?"
yea , i know la you sekarang dah tinggi . pfftt , padahal dulu zaman hingus hijau meleleh titew sama tinggi je . sekarang kau meninggi dengan rapidly . eh , tapi i cool , sebab tu i grow slowly and smoothly . barulah cool . chill lah . haha . hey , tapi act tinggi princess teddy bertambah apa . masa darjah enam 140 something . sekarang 150 something . so dalam 10 cm lah , if bahagi lima , rate of reaction pertambahan ketinggian dahku dalam 2cm per year . ohh , so-a-cool rate huh ?

but sekurang kurangnya i lagi tinggi dari my grandma and mum okeh !! itu satu kemajuan tahu !

lagi lagi bila jalan sebelah abang po . i feel like , ohh  , comelnye dahku . comel dalam erti kata lain , kurang tinggi alias kecil (tak mau cakap pendek :P) dan selaku tunang *puih , tunang !!* yang sangat baik hati , wajibul ghunnahlah dia selalu memperkecilkan kekecilan dahku yang sedia kecil ini . tahu lah anda gergasi . jangan nak bangga lah kan . pfffttt =..=''

tapi , bila fikir fikir balik , being small (and cute also . ahakk) is not that bad . being small is actually great . really . great . yeah , saje nak sedapkan hati sebenarnye nih . heh..

\first/
if ada gathering , kawan kawan yang lain nampak sangat , matured . coz they all big . padan lah kot dengan umur . and me , still the same . tak banyak berubah since darjah enam . so that time , terasa macam awet muda seketika . ahakk . when muka semua orang dah macam pakcik pakcik dan makcik makcik , but i still macam baby , ahakk . ok ini sah over perasan .

then , since my younger sis a bit chubby , so i looked so slim babeh . ahak . bila jumpa kawan kawan ibu je , first tanya adik ni darjah berapa , darjah 4 . yang kakak ni pulak darjah berapa ? err , makcik , i dah teenager ok . i dah nak habis sekolah dah pun . then makcik akan cakap , ohh , ingat sekolah rendah lagi . badan lebih kurang je .

time macam ni siyes terasa sungguh slim dan awet muda . terasa macam nak isi borang jadi model london weight management and jamu mak dara . kehkehkeh . krohkrohkroh .

\second/
bila beli baju , size baju dengan my sis lebih kurang je . i slim kan . that's why la . ahak . so , memang semua baju dia, haruslah mendapat pelepasan terlebih dahulu dari big boss . so semua baju dia , memang ikut taste haku lah kan . jadi makanya , haku boleh pinjam baju dia . my clothes my clothes , your clothes also my clothes . kekeke . this is heaven . nasib saiz kasut dia tak sama . kalau tak , ngehehehe ~

lebih membanggakan bila terjadi scene seperti ini...

sis : ibu , baju yang beli tadi tu ketat la . bagi kaklong je lah .
ibu : haah la , ketat . bagi jelah kaklong .
sis : kaklong ! nah baju .
me : apsal?
sis : tak muat .
me : *terus try pakai and pozing depan my sis*
see , aku muat je . pandanglah lihatlah , pinggangku yang ramping ~~~ muehehehe
 
\third/
then bila kecik ni , tak susah nak cari baju yang sopan . sebab semua baju pun akan jadi muslimah bila dahku yang pakai . . ahahak . lebih menjimatkan , i still boleh pakai baju yang since sekolah rendah . memang jimaaaat sangat ~

\four/
i boleh menyelit nyelit . kalau dalam tempat yang sesak dengan orang ramai , haku sedap je menyelit . tak macam orang lain , susah nak lalu . ini sangaat menguntungkan . tapi bila dalam tempat menunggu , contohnya kalau naik bas ke lrt , yg perlu berdiri , haruslah sentiasa pakai mask . kalau tak , memang dapat sponsor penyaman udara sokmo la . pasal memang duduk bawah ketiak orang . kecik lah kata khooon ~

Those Fake Moment

this is baby montel yang sudah pun membesar . dan sangat buas -,-''

Assalamualaikum ~~
bila tengok gambar ni , teringat zaman prasejarah princess teddy kecik kecik kiut kiut dulu . ahakk . zaman rambut pendek , suka tumbuk orang , pembuli , dan.... tomboy ?

ok tu dulu . sekarang i princess  okay . kekeke ~ i suka warne pink , i suka shopping , i suka berangan , i suka semua lah yang gurl gurl ni . i siap ada boyfie lagi yuhh . tapi i cool la , i tak gediks . ahakk . yeke ? ye la !

tapi dulu , siyes bila ingat balik terasa fake gila kot zaman kanak kanak ni . 
bila gaduh dengan kawan je..... keesokan harinya , datang sekolah , semua classmate tak layan .

lil' me : wey , apsal ko tak nak kawan aku ?
fren : peah tak bagi kami kawan ko la .
lil' me : so ko tak kawan aku la ni ?
fren : eh , tak lah . aku kawan je ko . sebab aku kawan olok olok je dengan peah tu .
lil' me : bagus bagus . kita kawan tau . tapi depan peah ko buat buat la tak kawan aku .
fren : ok :D
*peah datang , pura pura tak kawan dengan fren .*

bila dah besar fikir fikir balik , tak ke bengong tu . time kecik kecik suka pakai statement kawan olok-olok . sampai sekarang tak tau ape function dia . tapi macam fake gila lah . kawan dengan A , kawan olok-olok dengan B . tapi bila B suruh tak kawan A , kita pun pura pura tak kawan A depan B . siapa kawan siapa sebenarnya nih ? -,-''

dan lagi . kalau member tak nak kawan je , boleh main ugut ugut pulak . 
ko tak nak kawan aku , aku tak nak bagi kau pinjam mainan dah .
ko tak nak kawan aku , aku suruh abang aku belasah kau .
*yang paling best*
kau tak nak kawan aku , aku report cikgu !

then cikgu masuk...
A: cikgu ! B tak nak kawan saya !
B: mana ada !
cikgu : B , kenapa awak tak nak kawan dia ?! salam cepat , mintak maaf !
A and B bersalam .
A (bisik) : muahaha , padan muka kau
B : bangang kau !!

nak lagi best , report dekat mak . 
then esoknya antara dua je . samaada si emak yang over backup si anak tu serang kanak kanak yang tak mahu member dengan anaknya yang sakai , atau serang emak kepada kanak kanak yang tak mahu member dengan anaknya yang sakai tu .

"hei tipah ! apsal anak kau tak nak kawan dengan anak aku ? kau ajar sikit anak kau tu !" kata emak si kanak kanak sakai .
"dah anak kau suka buli orang , memang lah orang tak nak kawan" kata emak kanak kanak lagi sorang .
bla bla bla pot pet pot pet 
*di akhir rancangan , drama tarik tarik rambut pun berlaku . sekian *


then bila dalam kelas , cikgu suka puji melambung lambung fav student dia and hentam habis habisan student yang paling dia tak suka . 

cikgu : awak ni kenapa malas sangat ? (sambil tarik telinga) kerja rumah tak siap (tarik tarik lagi) cuba awak tengok Husna tu , tak pernah tak siap kerja rumah . kesian dia masa dia habis sia sia sebab kena dengar saya membebel kat awak .
lil' me (dalam hati) : sape suruh kau membebel . pffft =..=''
depan cikgu : tau tak pe *senyum sambil pasang muka heaven*
bila cikgu keluar je , terus keluar taring . duduk atas meja , berlari lari , buli orang , terjerit jerit . then bila cikgu masuk balik...

cikgu : siapa yang buat bising tadi ???
lil' me : *terus pasang muka heaven* ntah cikgu . budak budak ni main kat belakang tadi .
cikgu : awak tolong tulis nama siapa yang berjalan dan buat bising . 
lil' me : ok :D

terus bangun tulis kat papan hitam . buat dua border , berjalan and bising . muahaha . masa tu memang rasa paling berkuasa sekali ah . memang diktator . pantang orang buat bunyi sikit , terus tulis nama . padahal sebelum tu , dia lah yang paling hantu sekali .


ahakk , teruk sungguh zaman zaman jahiliah dulu . kekeke ~ tapi sekarang tak . sekarang i cool uolls . ahakk .


terjumpa gambar ni dekat FB . LOL , time ni form 3 kot . zaman i slim . kekeke ~

sekarang zaman i superslim :P




Photobucket

Imma EX now...

Assalamualaikum...
hmmm , sedih betul . mulai hari ni , bermulalah hari hari dahku sebagai seorang EX . hmm , ya , EX . atau omputih panggil bekas . orang hitam pulak panggil sang mantan .

ooohh , imma EX STUDENT . yeahhh ~ gembira sebenarnya ;D
tapi sebagai kanak kanak ayu lagi sopan yang berhati , pancreas , limpa , perut serta gall bladder , haruslah ada sikit ya sikit je rasa sayu bila dah tinggalkan alam rahim persekolahan ni .

so , hari ni dengan separa besar paru paru hati i nak share gambar graduasi dengan uollss . ahak , gediks .


mempersembahkan !
time ni siyes rasa macam harry potter . muahaha

one two three

spot me ! yeah ~ u wrong man . mana ada aku dalam pic ni -,-

pasal time ni i beratur depan sekali . so tak ada siapa sempat snap gambar . sadis . hoi , tak best kot duduk depan sekali . pasal bila nak masuk dewan tu...

mempersilakan masuk , para graduan smkjp...
then i step in 
kena jalan atas red carpet 
kena pastikan yang aku jalan centre . kalau tak orang belakang pun semua ikut macam ular bengkang bengkok . kena cover jalan . kalau jalan kengkang nanti orang nampak . pasal tak de orang depan boleh cover 

then semua mata parents kat tepi tu pandang aku dulu memandangkan aku jalan depan sekali . the best is , i dont see their face . rabun kot . nampak muka kosong je . so tak lah neves sangat . muahaha . apa yang aku nampak just kasut haku yang sama warna dengan red carpet je .

then dengar suara-suara...
"amboi merahnya~"
pffttt =..='' suka hati akulah nak pakai merah ponn ~

super eksaited :D

nyanyi hoi jangan tak nyanyi ~


tak tahu bila . tapi i suka i suka . ahak . #mrblurrr ~

with my bonda . ya tahu , memang tak sama -,-

rosham eksaited nak bergambar dengan aku . tau la aku gojes . ahakk XD

Lin sebok nak merah jugak ! btw , did the baju make me look like pregnant ???


*tambahan*

opss ! tertinggal gambar diba dibut ! nak , hambek kau ~





Photobucket