Miss me ?


Assalamualaikum :D
tajuk ada gaya mintak kaki dekat muka tak ? ala jangan la . tau la muka i comel . jangan la jeles . ahak . okay ni memang betul mintak kaki :P

eh , tak de siapa sedar ke blog ni dah seminggu tak update ? ok sedih . ni yang rasa macam nak bunjut kain then lari sambil kesat air mata ni . tapi problem nya princess teddy tak pernah ada kain batik . so nak bunjut kain pakai apa ? comforter ? hey , bagasi kan ada !

okay , berbalik kepada motif taip entry hari ni . actually nak mengkhabarkan... ehem.. huhu . malu la pulek >,<
sebenarnye... titew kerja . tebab tu titew busy . tade masa nak update blog . torry la ek tawan tawan . jangan la lempang titew . titew memang kadang kadang tetibe jadi gedik macam ni .

puih , dah seminggu kerja baru nak bagitau . ahak . tapi siyes busy gila . kot . hehe . pagi pagi pergi kerja pukul lapan . rehat pukul satu , masuk balik pukul dua . sampai pukul lime . office hour la . balik rumah lepas isyak terus tidur . kecapek-an . haha . kerja apa ? ehehe . key in maklumat banci peneroka je pun . office tu tak de lah berapa nak office sangat . pejabat felda . ahaha . aku koya macam kerja dekat office ape je kan . hehe.

tapi walaupun just key-in data , siyes memenatkan . mula mula nak kena susun borang tu . kalau tak pening . then kena taip satu satu . kalau just peneroka tu tak apa . ni tak . anak dia dah berbelas . semua dah kahwin . cucu berpuluh . untung untung ada cicit . untung untung lagi dapat family yang atok dia kahwin dua . dah jadi dua family . untung untung lagi dia ramai anak angkat . untung untung lagi family dia macam keluarga 69 . pening woi nak key-in !

makanya , baru sehari dahku kerja , keesokan harinya haruslah aku demam teruk . ahahak . tapi malu nak mintak mc pasal baru kerja sehari . jadinya datang kerja separuh hari je . petang tu dah memang tak larat langsung . kerja ni walaupun nampak remeh tapi memang perlu ada ketahanan mental . untung untung boleh gila buat benda ni tahu !

dan semalam pulak , aku terpaksa pusing satu jengka , pergi rumah pakcik pakcik yang degil tak nak hantar borang banci . kalau time bonus tu , sejam sebelum time dia orang dah terpacak dekat pejabat tu . gigih menunggu . tak terlewat satu hari pun . tapi bila mintak hantar borang banci , malas malas . eee , geram betul beta . buang negeri karang ! cuba kalau cakap isi borang tu untuk bonus tahun depan . siapa tak isi tak dapat bonus . mesti laju je orang isi kan -,-

yang tak boleh blah , sampai dah kutip dekat rumah pun ada lagi yang degil tak nak hantar .
makcik dah hantar borang banci ?
makcik tunggu anak makcik balik . makcik tak pandai menulis -_-

makcik dah hantar borang banci ?
hari tu makcik dah bagi anak anak makcik isi . entah la diorang tak pulang pulang . nanti lah.

me : pakcik dah hantar borang banci ?
pakcik: dah hantar dah...
me : yekeee......
pakcik : iye....
me : betul ni ?
pakcik : eh , entah . tak ingat la . rasanya belum :P
me : dah agak da . memang nama pak cik tak hantar lagi pun . mana borang tu ?
pakcik : ada kat dalam . tak reti lah pakcik isi . sampai ke cucu cucu . mengarut je . pakcik tak nak lah hantar .
me : eh mana boleh !
pakcik : alah cakap je pakcik tak nak hantar . bia je lah nama pakcik tak ada .
me : ish , tak boleh . nanti kalau jadi apa apa susah .
pak cik : jadi apa apa apa ?
me : -,- (lantak kau lah !)

me : makcik dah hantar borang ?
makcik : borang apa ? tak tau pun ?
me : anak makcik berapa orang ? duduk mana ?
mak cik : anak makcik ramaaaaai . dekat seberang nu . makcik bukan orang sini . makcik orang asing ! peneroka asal dah pindah mentakab
me : lorh , ibuk dari indon ? kok sih ngak bilang dari tadi !!

me : assalamualaikum !!
*budak jenguk dekat pintu*
budak : tak de orang !
me : ibu tak de ?
budak : tak dek !
me : nenek ?
budak : tak dek ?
me : adik ni tinggal dengan siapa ?
budak : tak de sape . *tutup pintu*
me : -,- mesti kau ingat aku ni direct seller kan . macam aku tak dengar je ada suara kat tepi tu tanya siapa tu . puih !

dan macam macam la lagi songeh nye . lantak kau lah . degil sangat . nanti kalau nanti dapat apa apa tiba tiba kau tak dapat jangan nak buat demonstrasi aman dekat pejabat felda . sekeh kepala karang !


Photobucket

2 comments:

  1. XD

    macam mana boleh dapat kerja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegawai kat situ tiba2 call sy offer kerja, haha..
      dr menternak lemak kat rumah , baik kerja je . huhu

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)