Ceramah Percuma Sebaik Saja Celik Mata



pagi tadi tengah syok-syok tidur tiba-tiba dapat call dari unknown number . dengan malasnya terpaksa lha answer kan . (sebelum tu testing suara dulu supaya tak dengar macam mamai sangat)


aku : "hello?"
bob politik : "hello suhana ! eh ni aku bob . bagi phone ni kat ayah ko jap aku ada benda nak cakap dengan cikgu zazali ni . cepat sikit." (bercakap dalam nada selaju yang boleh)
aku : "ehh , ni sape ? nak ape ? ee , ape ni??" (tak paham mende sebab mamai)
bob politik : "ee , ni aku lha bob . ni suhana kan ? eh , husna ! aduh aq sokmo silap panggil nama kau . bagi phone ni kat ayah ko jap . " (macam biasa , cakap laju-laju)
*otak baru dapat memproses fakta*
aku : "owhh , err , ko amek je la no ayah aku ni . "
bob politik : "lha , bagi jela phone ni kat ayah ko"
aku : "aku..aku.. tak taw dia ada kat mana.." 
bob politik : "ni mesti baru bangun tidur ni . astaghfirullah.. ape nak jadi ni ? macam mana nak jadi isteri yang baik kalau macam ni ? kesian la kat ***** . ya allah...."
aku : "sebok lah kau . nak ke tak nak ni ?"
bob politik : "ha , nak ! cepat2 !"
aku : "013... 9....9...err , jap . ha ! 9XXXXXX"
bob politik : "ya allah . nombor phone ayah sendiri pun tak ingat . ape la nak jadi dengan ko ni . kalau nombor pakwe ingat sangat . bla bla bla ."
aku : "ish bising lah"
bob politik : "ok la. terima kasih ye suhana . kita ni sebagai isteri , kene la menunjukkan perangai yang bagus . ni kalau blablablablabla . oklah , aku malas nak cakap banyak ni . ada kerja. ok ye suhana . ingat taw nasihat aku tadi . assalamualaikum !"
aku : baiklah ! 


aaaaa ~ kesengalan ! baru je celik mata terus dapat ceramah percuma yang bertajuk 'cara-cara untuk menjadi isteri yang baik' . dah la bob tu cakap laju gila babeng . sakit jiwa ! habis je call terus sambung tidur balik . peduli ape kan . ngehngehngeh ~ B-)

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)