Jealous ? Jom kita kaji :)



sape kat sini tak pernah pun rasa cemburu angkat tangan . tak kisah la cemburu dengan bf/gf ke , cemburu tengok jiran sebelah beli set sofa baru ke , cemburu tengok gigi nenek korang cantik ke (padahal gigi palsu memey la comey) eww , kamu ni asal planet mana ha ? pergi balik hutan lha !


hari ni princess teddy nak share ape-ape jelah yang berkaitan dengan cemburu .
well , bagi princess teddy lha , perempuan ni ada certain2 benda yang dia tak boleh tengok bf dia buat . nanti dia jelessss maa ~


berbual dengan perempuan lain lama-lama
kalau nak sembang ngan perempuan lain , ok fine . ade aku kesah ? (chewahh , eksyen kerek sikit) tapi kalau bila dah tengok dorang sembang macam dah sepuluh tahun tak jumpe tu , mula la terbit satu perasaan yang tidak enak di hati . macam tak reti-reti nak benti sembang je kan . pulak tu seronok sangat sembang , kita dipinggirkan . isk3.. :'(


bergurau senda dengan perempuan lain
yang ini rasanye wajib kot gf tu akan jeles . lagi-lagi yang jenis kuat jeles tu kan . tengok balak dia sengeh kat kawan sendiri pun dah merajuk , ni pulak nampak bf dia bergurau senda , sakat menyakat , bertukar senyuman , bertepuk tampar serta bersepak terajang dengan perempuan lain . haru weyh ! sebab seorang awek tu akan fikir gurauan bf dia tu , special untuk dia sorang je . mane boleh share ngan orang lain kan . (cehh , perasan punyer gf)


share problem dengan perempuan lain
kalau couple tu gaduh sampai tahap taknak contact langsung dah , (merajuk kaw kaw lha konon) mesti salah sorang akan carik jalan balik untuk berbaik kan . selalunya , kalau girl , dia akan mintak tolong kawan2 girl dia je . tapi kalau laki , diorang maybe susah kot nak share feeling-feeling nih sesame lelaki . kebanyakannye prefer mengadu kat perempuan . so nanti senang la girl tu nak tolong pujukkan gf dia kan . tetapi , jeng jeng jeng . kalau balak balak di luar sane nak taw , kalau korang buat macam tu , gf korang mesti akan terasa dengan korang . walaupun diorang sedar ape yang korang buat tu untuk pujuk diorang , tapi bila perempuan lain cerita bf dia ngadu macam ni macam tu mesti gf tu akan jeles . walaupun bf dia mengadu kat bestfriend sendiri . ini fakta . haha . (fakta dalam negara husnaland kot . haha)


belikan hadiah untuk perempuan lain
yang ni pun rasanya akan buat perempuan jeles kot . pasal ape ? entah la . fikir lha sendiri


tapi , apa yang penting kerjasama cara kita menunjukkan rasa cemburu tu . pandai-pandai la kan . aok da bsar . huehuehue ~ jangan la cemburu buta sampai pasangan korang langsung tak boleh pandang orang lain . orang kata , cemburu tu tandanya sayang . tapi kalau dah cemburu tahap tenuk tiga keturunan tu orang pun jadi menyampah . last2 kne tinggal pasal couple korang da bosan dengan perangai korang . dah la kene tinggal , kawan2 pun semua sebok kutuk2 perangai korang . padan muka . 




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)