Puasa Time Kecik2...


yuhhuuu~ una in da house ! cehh , patut bagi salam yekk.. 
assalamualaikum..! hehe

tibe2 je teringat memori daun pisang puasa zaman dulu-dulu . korang start puasa time umur berapa ? kalau princess teddy darjah satu baru belajar nak puasa . tu pun , 1 Ramadhan , time tu kalau tak silap cuti kot.. tak pun  princess teddy ponteng pasal time tu princess teddy dok kat umah pengasuh adik . then princess teddy tengok je pengasuh tu buatkan bubur untuk adik . elok je dia senduk bubur tu masuk dalam pinggan princess teddy pun colek sikit then jilat . tibe2 dia tegur , "eh husna tak puasa ke??"
aah ek , puasa... "alamak ! lupe lha ! err,, tak pe la.. malas la puasa." lalu princess teddy pegi ambil sudu and sambung makan bubur tu . haha . then siap buat perjanjian lagi . kalau puasa penuh rm2 sehari . kalau puasa setengah hari seringgit.. keh3 . jadi niat puasa dah bertukar jadi sahaja aku puasa elok hari keran nak dapat duet... ish3.. teruk2..


then hari sekolah pulak , first day puasa kat sekolah time perhimpunan dah pucat kot muka . cikgu2 pun cuak tengok princess teddy macam tu . mujur la time princess teddy sekolah rendah dulu bonda mengajar kat sekolah yang sama . so , habis je perhimpunan ibu panggil then kasi minum air . time rehat pulak princess teddy pegi bilik guru then makan . hahah . bila dah masuk darjah 3 ke 4 entah baru lha princess teddy puasa penuh.. tu pun setelah penat merengek mintak nak bukak puasa petang tu tapi bonda tak bagi . hoho ~


kalau tahun lepas pulak dapat pengalaman buka puasa kat hostel . memang meriah lha kan . makan ramai2 dengan kawan . petang2 lagi dah beratur ambil juadah berbuka . then baru lha mandi2 then dah nak maghrib baru masuk dewan makan semula . tapi memang happening lha . setiap hari mesti akan ada dalam paling kurang tiga jenis air atas meja tuh . maklum lha , ramai2 kan . orang tu beli air ni , orang ni beli air tu , ada air yang parent kirim lagi , air dewan makan sediakan lagi . so buka puasa kami kembung dengan air jaa . huhu . waa ~ rindu maw buka puasa ramai2 dengan kawan !


tapi.... memory yang paling2 princess teddy tak boleh lupa sekali... ermm . time tu , princess teddy tak puasa pasal subuh tu tak bangun sahur . then balik skolah ni berlari2 lha pergi dapur . then terus bukak peti and minum air vitagen.. tibe2 dengar orang bagi salam.. erkk ,, terus tersedak time tu . puas lha tahan batuk then kesat2 mulut and terus buka pintu . tengok2 arwah nureen tercongok depan pintu . well , mase sekolah rendah bila balik sekolah dia memang selalu singgah rumah princess teddy dulu pasal ayah dia ambil lambat . then dia tanya "husna , ko buat ape tadi??" errr~~ so princess teddy pun sengeh je lalu mengaku tak puasa . cehh , penat la lepas tu buat muka sedih cerita kat arwah yang subuh tadi rasa tak sihat sangat so tak sahur . then dia cakap "owhh , biasalah tu . aku pon kadang2 same je.." lepas dia cakap macam tu secare spontannye princess teddy masuk dapur then ambil balik air tadi sambung minum depan dia.. ish3 , tak senonoh . kawan tu puase.. haha . sabor je lha ~ well , and tu tinggal kenangan je lha pasal arwah pun dah takde :)



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)