B.I.N.T.A.N.G




Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.

Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya.

sumber : wikipedia

err , kenapa pulak princess teddy tiba-tiba share tafsiran bintang nih ? hahaha . kebosanan melanda . well , bila fikir balik , setiap orang ada pandangan tersendiri terhadap bintang..


ada orang suka tengok bintang . bila tengok , rasa tenang je . baru la terfikir betapa luasnya dunia ciptaan tuhan .

ada orang , percayakan horoskop . well , horoskop ni pun tercipta berdasarkan bintang . tapi semua ni khurafat je .

kalau pelayar zaman dulu-dulu , guna bintang sebagai panduan arah . agaknye macam mane diorang tengok ek ? =.=

orang cakap , roh orang yang dah mati tu akan jadi bintang . jadi bila kita tengok bintang , konon-kononnye roh tu boleh tengok kita la dari langit . sebab tu ada orang terperasan sorang-sorang then mula la tersengeh-sengeh or menangis tengok bintang berkelip-kelip kat langit . perasan orang yang dah mati tu kenyit mata kat dia . hahaha . *yang ini sumpah merepek kot*

kalau kita ternampak taik bintang jatuh pulak , kita kena cepat-cepat buat wish . orang kata nanti termakbul . tapi kalau princess teddy la , kalau nampak taik bintang tu dah terlupa dah nak buat wish . yang ada dalam kepala time tu maybe , eh , bintang tu boleh berak ke ? taik dia bentuk macam mana ek ? busuk ke ?

kalau dalam cerita dora the explorer , ada banyak bintang-bintang warna warni terbang-terbang . wuu ~ catch catch catch !

kalau dalam cerita a crazy little thing called love , cara pertama untuk mendapatkan cinta anda , pergi dekat tempat yang banyak bintang , then tulis nama crush korang dengan sambungkan titik titik bintang kat langit . sweet ~ cubalah ! ^_^

kalau dekat blogger pulak , ada blog dari sini ke bintang bintang . hehehehe ~

kalau dekat astro pulak , ada rancangan realiti kamilah bintang .


hahah ! okay dah merepek ! kalau korang ada apa-apa benda best tentang bintang , jom la share :)

1 comment:

  1. Thіs is a topic thаt is close to my
    heaгt... Bеst ωishes! Where are yοur
    contact details though?

    My wеb-ѕite: payday loans

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)