December Date



Assalamualaikum.

Hari Khamis baru ni , Abang Po datang KL . yeay ~ So we just went for ice skating dekat Sunway Pyramid. before ni dah banyak kali aku ajak Abang Po pergi ice skating tapi tak pergi pergi . dan akhirnya pergi jugak . and now I know why he always makes excuses....



THIS is why...


HAHAHAHAHAHA
dah macam cicak asyik melekat dekat dinding . masa mula mula masuk ice rink tu dia dah menjerit jerit "aku tak suka tempat ni ! aku nak keluar !" LOL


dan sepanjang sejam lebih duduk dalam ice rink tu kerja dia pegang dinding , berpaut kat orang sebab nak terjatuh , dan kerap menghasilkan bunyi kambing terkejut like mbaaakkk . sadis gila aku tengok dia . dah pusing dua tiga round baru la berani tak pegang dinding . tu pun skate tiga saat pastu kalut cari dinding semula . haih , ni dah terbalik , aku pulak yang kena jaga keselamatan dia . skate belakang dia so kalau dia nak terlentang aku kena sambut dia . tetiba aku rasa cam sado . hmm hmm..


mula mula aku baru je macam nak bangga sebab aku tak jatuh langsung . tak macam hari tu balik rumah lebam lebam kaki and bontot sebab jatuh tergolek . tetiba....

tengah aku sibuk mengawasi Abang Po supaya dia tak jatuh..... bammm ! ada seorang makhluk dia langgar aku dari belakang . apa yang aku sedar ada benda laju gila datang dari belakang langgar aku dan serentak dengan itu aku menjerit dengan sekuat hati secara spontan . "ADOIII !" dan 0.0005 saat kemudian aku dah landing atas badan seorang jejaka yang tak berapa nak tampan . apakah yang telah terjadi kepadaku yang tidak berapa nak tidak berdosa ini ?


luckily tak ada lah sakit mana . sebab aku jatuh ke belakang dan terus hempap budak laki tu . kah kah . padan muka . 45 kilo jatuh atas badan kau . kau rasa ? bila aku sedar aku atas badan orang cepat cepat aku tarik badan aku so bontot aku jatuh atas lantai . hoi mana boleh bagi free free . tapi aku biarkan je dulu kaki aku atas badan dia . kah kah eh seronok pulak kakikan orang ni rupanya . and Abang Po pun macam terpana sekejap sebab aku dah hilang dari sebelah dia . tengok tengok dah atas lantai . tapi dia pun helpless jugak . nak tolong aku bangun pun takut takut . takut dia pulak yang jatuh . aduh fail betul !

dah bangun sapu sapu baju basah , that guy pun mintak maaf . apa yang mennyakitkan hati ialah... "sorry sorry . sorry eh kak?"


kau . panggil . aku . hakak ?
eh iolls muda lagi ok ! tak guna .

this is me cuba bajet cool pakai blade . tapi sumpah tak cool langsung.
 this is me cuba nampak comel masa tengah menketedarah sebijik burger . tapi tak berapa nak comel pun . ada la sikit . sikit . hahaha


and this is me with bangla. bukan saya yang kata . adik bangla yang kata . hahahaha


and me with my flipping eyebag . arghh !



Photobucket

Siapa lagi tinggi


Aku tak tahu benda ni perempuan je ke yang buat atau lelaki pun sama je . aku perasan perempuan ada satu habit banding bandingkan tinggi . like kadang kadang kalau berdiri sebelah sebelah mesti senyap senyap akan banding tinggi dengan orang sebelah .


tengah hari tadi masa aku nak mandi ada dua orang floormate aku duduk depan cermin sambil gosok gigi berjemaah . dan seperti biasa...
"eh tinggi jugak kau kan ?"
"memang la aku tinggi"
"siapa lagi tinggi ? tinggi kau berapa ?"
"cuba berdiri tegak"

pot pet pot pet . gaduh siapa lagi tinggi . aku 165 aku 168 pot pet pot pet... dan dengan berkeyakinan tinggi aku pun join diorang ukur tinggi dan berkata "taraaa , aku lagi tinggi ~"

dan pemandangannya adalah seperti berikut:


dan pada saat itu aku baru sedar yang aku sangat pendek....
.
.
.
.
dan comel


tapi kan , petang tadi aku jumpa satu gambar di mana aku nampak tinggi . hahaha.

kan nampak tinggi kannnnn . semua bash aku kat instagram cakap aku photoshop la pakai heels la. puih ! aku memang tinggi lah ! ceh padahal ilusi optik je tu . tak nampak aku berdiri depan sikit dari orang lain ? tu pasal nampak tinggi . ahaha.



kesimpulannya , tak mati pun jadi pendek . best apa . boleh pakai heels tinggi tinggi . kalau orang tinggi pakai heels terus nampak macam hantu galah wanita. tapi masalahnya sekarang aku ni kurang stabil . pakai heels dua inchi pun asyik terpeleot kaki . flat shoes je lah yang mampu. hahaha . so bersyukur je lah dengan berapa pun tinggi kau tu . 


I'm 152 cm and so what ?



p/s : sebenarnya apa motif entry ni ? kbye.
Photobucket

Kenapa perempuan tak kentut

Fakta :
*isikan penjodoh bilangan yang sesuai* kentut mengandungi 59% nitrogen, 21% hydrogen, 9% carbon dioxide, 7% methane and 4% oxygen . dan ini semua adalah odourless .

dan kau pun mula buat muka pelik depan laptop sambil bertanya ; 
"habis tu nape kentut titew bau cam bangkai ??"

ya , ada lagi 1% iaitu hydrogen sulfide yang menjadikan kentut kau bau bangkai.

dan total kentut ialah 101%

Fakta : Perempuan tak kentut . atau buang air besar .


aku paling jeles dengan lelaki sebab diorang boleh melepas dengan sesuka hati tanpa rasa malu pun . kalau busuk mintak maaf lepas tu ketawa . ingat lawak ? cuba kalau perempuan buat macam tu . for sure dalam masa enam milisaat terus kena clash . hahaha . but it's okay , woman doesn't fart anyways .


1 : berwuduk
aku selalu buat benda ni . katakanlah hari tu terjadinya suatu keajaiban di mana wing eyeliner aku perfect gila . ataupun dengan separa sedar aku lilit lilit shawl tak tahu macam mana tetiba je nampak macam lagi cun dari Hana Tajima . ataupun aku nak pergi dinner grand grand dan terpaksa bertolak before maghrib dan dinner tu start pukul 8 malam . 

merujuk kepada perkara-perkara di atas , saya Nur Jannatul Husna akan sedaya upaya menahan kentut dan tidak bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim supaya wuduk saya tidak terbatal dan dapat bersolat dalam keadaan yang paling cun sekali . 


2 : malu

Fakta lagi :
Purata seorang manusia normal kentut dalam sehari ialah 14 kali.

tapi pernah tak kau lepak dengan kawan perempuan kau sehari suntuk dan dengar diorang kentut walaupun sekali ? tak kan ? perempuan dan sifat malu berpisah tiada . ibarat aur dan tebing , pensel dan pemadam , roti dan nutella , handphone dan charger , Husna dan shopping . eh ? kau gila nak kentut depan orang ramai ? aku syak kalau terkentut kuat kuat dekat public nescaya seseorang itu boleh mati akibat malu yang terlampau .


3 : misteri
Fakta jugak :
kalau kau kentut berterusan selama enam tahun sembilan bulan, gas yang terkumpul tu dah cukup kuat untuk menghasilkan sebuah bom atom.

ni siyes ni . tak tipu . so kalau kau ada ternampak kawan kau asyik kentut kentut dan nampak mencurigakan.... beware . janganlah cari pasal dengan dia selama 6 tahun 9 bulan tu . oh , dan disebabkan perempuan makhluk yang baik , jadi kami memang tak buat bom atom . that's why we'olls tak kentut.


4 : pelangi
Fakta terakhir :
sekiranya seorang cewek atau gadis kentut , nescaya bakal terjadinya fenomena di mana keluar gas pelangi serta fireworks bergelimpangan di udara dan tetiba keluar nyan cat berlari lari di awan dan berbau syurga .


jadi bagi mengelakkan individu tidak bersalah sakit jantung sebab terkejut tengok fenomena ni , kami tak kentut.




fakta : kenapa aku buat entry pasal kentut ? sebab aku dah faktap pishang malas study. kbye.


Photobucket