Scout's Scenes Camp (Part I)



Assalamualaikum my dear readers :)
sebelum princess teddy start entry ni haruslah korang semua tahu yang princess teddy sedang menaip dalam keadaan yang sangat menyayat hati . dengan muka capek habis , dengan rambut serabai , maklumlah , bangun-bangun tidur terus online .

well , selama tiga hari ni princess teddy pergi join camp pengakap , Scenes Camp . siyes penat . pasal kami tak ada masa nak berehat langsung . si fasi pulak kerja tak habis habis terjerit terlolong sambil mengira . menciknye dahku !

"ok semua berkumpul cepat ! sape lambat kena denda ! satu ! dua ! tiga ! empat !"

"semua pergi surau cepat ! satu ! dua !"

"cepat semua berkumpul depan dewan ! satu ! dua ! tiga !"

=..= apa lagi yang dapat saya katakan di sini . baru bagi arahan sekali terus nak mengira . agaknya dia ni kurang kasih sayang . dulu masa kecik kecik bonda dia tak kasi dia mengira kuat kuat kot . kesian .

sampai je dekat camp tu , bukan setakat nak tercengang , nak garu kepala sambil hentak kaki mahupun pasang muka protes , tapi nak menjerit sambil buat semua sekali . last princess teddy camping time darjah enam ya . harap maklum . time tu camping dekat padang . rumput pendek . tak ada pun pokok tinggi tinggi ni . tapi kali ni , rasa macam sesat dalam hutan . pokok pokok semua saturibuempatratustujuhpuluhdua kali lagi tinggi dari princess teddy . rumput semak semua paras betis . mana ada padang . mana ada tapak camp . semuanya hutan . 

pulak tu sampai sampai hujan renyai renyai . keluar la segala nyamuk yang saiznya tiga kali ganda lagi besar dari nyamuk dekat rumah princess teddy . siyes terkejut tengok . agaknya kalau nyamuk species hisap darah babi hutan ni memang besar besar kot . 


then kami kena kutip sampah . start dari aktiviti first ni princess teddy baru tersedar yang gambaran "scenes camp" yang dalam kepala hotak princess teddy tak sama dengan yang realiti . princess teddy bayang kami nak pergi mengkaji pokok pokok ke , kaji pH air sungai ke , menikmati suasana alam sekitar ke . tapi rupanya sepajang camp kami terpaksa kutip sampah . motif ? kurangkan pencemaran alam sekitar -,-

tu tak apa lagi . tapi yang tak boleh blah nye patrol princess teddy pergi bantai kutip pampers baby yang bersepah sepah atas tanah . kalau satu tak apa . ni tiga ketul ! tergamak diorang kutip . yekk . pasal kami tak jumpa sebarang bentuk sampah yang lebih choomel dari pampers tu time tu . tiba tiba.....

miss wani : okay sekarang saya nak kamu semua recycle sampah yang kamu kutip tadi . pastikan beg sampah kamu tu mengecil . 

princes teddy jenguk dalam beg plastik tu memang nampak pampers je . sampah lain semua dah memang kompom tak leh guna balik . patrol lain dah laju buat pasu , buat menara guna botol-botol yang diorang kutip . kami ni nak buat apa dengan pampers tiga ketul tu ?? basuh pakai balik ??

hari first dah spoil . hari kedua ? lagi spoil . haha . tapi nak story mory sekarang tak sempat . huk huk . nanti yaaa ~


Photobucket

Wish me luck :)



selamat pukul dua petang !
Assalamualaikum . Berita Husnaland kini melaporkan kejadian ribut taufan yang sedang melanda kediaman diraja . semua jadi tunggang langgang . tapi orangnya masih berlenggang . hish , ni harus nak kena panggang . 

mengikut laporan , sejak dari pagi tadi tuan puteri kerajaan Husnaland telah terburu-buru bagi membuat persediaan menghadapi ribut taufan yang kini telah pun melanda . keadaan gawat ini terjadi akibat daripada tabiat kurang sihat tuan puteri itu malam tadi yang sepatutnya sedang buat persediaan tapi dia sibuk buat mesyuarat gossip gossip sedunia bersama penduduk katil sebelah , yang turut dikenali sebagai Cik Lisa Surihati . 

jadi balik je dari ADO (Akademi Dera Otak *sekolah*) baginda terus berlari lari menuju ke toilet . eh , apsal pulak ? sebab baginda dah menahan diri dari nak terkucil dari dalam bas lagi . azab sungguh detik detik genting tu . Siap je melakukan proses penyahtinjaan , baginda terus berlari lari pulak packing barang . ehh , nak pergi mana pulak ni ?

untuk makluman semua , tuan puteri Husnaland bakal berambus tepat jam 4 petang ini ke Kem Tengku Mahkota bagi berjumpa dengan putera idamannya yakni seorang tengku yang memakai mahkota . mereka bakal main pondok pondok di sana selama tiga hari dua malam . oleh itu , dinasihatkan kepada rakyat jelata yang merindui tuan puteri , bolehlah melawat baginda di sana . oh ya , jangan lupa bawa kudap-kudapan sekali . 

namun begitu , menurut sumber sumber yang tak sure boleh dipercayai ke tak , baginda dilaporkan telah menyumbat beberapa buah buku sejarah ke dalam beg baju baginda . insiden aneh lagi menakjubkan ini terjadi akibat baginda bakal mengambil USO (Ujian Sakit Otak) dan antara subjek yang bakal menanti pada hari isnin ialah sejarah . huh , tak gune .

konklusinya , baginda terpaksa bersuka ria bermain pondok pondok sambil menelaah buku . terbaikkk . so , rakyat jelata diharap dapat mengewishkan sedikit luck kepada baginda .

Sekian , berita merapek jam 2 tamat .

*teneneneng teneneng teneneng ~~~ (music background tamat berita)*
Photobucket

Sumbangan ikhlas dari hati...



Assalamualaikum sekali lagi :D
okay ni sambungan entry tadi . hehe . sebenarnya , princess teddy nak bagitau something yang really really important ni . hmm . *pasang muka siyes pulak* sebenarnye kan . ada seorang pelajar kat sekolah princess teddy ni . ada masalah kewangan . kesian sangat dia . hari ni dia keluar outing bawak tujuh hengget je . hmm *buat muka siyes sekali lagi*


sangat kesian . tadi dia singgah kedai kasut nak beli selipar . uishhh , dah la banyak sliper choomel . tapi tak dak duit . sadis . lepas tu dia pergi seveneleven . ada komik best . banyak pulak tu. tapi tak dak duit . lepas ni dia niat nak pergi makan chiken chop kegemaran dambaan hati . tapi tak dak duit . dia nak mintak kat ayah dia tak sampai hati . sebab minggu ni ayah dia dah kasi tujuh puluh hengget . tapi tinggal tujuh hengget -,-

eh eh , tapi jangan salah sangka . budak tu bukannya boros . tapi sebab banyak sangat yang perlu dibayar . buku addmath sepuluh hengget , yuran pengakap lapan hengget , yuran camping doploh hengget , modal nak buat jualan kat hostel lagi doploh hengget , nak beli nasi lauk telur goreng lagi hari hari dekat kantin . hishh , tulah . marcapada pascamerdeka ni , banyak betul nak kena guna duit .

dulu bonda cakap duit belanja sekolah seposen je . tu pun boleh tahan sampai dua hari . kuih seketul lima sen . sekarang seketul lima posen . indahnya kalau princess teddy hidup zaman dulu . ayah bagi seminggu doploh hengget . kiranya sehari empat hengget . empat hengget bersamaan empatratus sen . jadi sehari princess teddy boleh dapat lapan puluh ketul kuih karipap . ototototototo *meleleh ayak liur*


hmm *pasang muka siyes balik* so , tunggu apa lagi . derma lah cepat . budak tu nak pergi shopping ni . mana cukup tujuh hengget . nak bayar duit online kat cc ni lagi . haishh . tolong tau . merayu ni . nama budak tu siapa lagi kalau bukan sitinurjannatulhusnawati .plisssss :))


P/S : aku ni tak habis habis mengemis dekat blog sendiri -,-
P/S lagi : malam ni ada BBQ . yey ~ makan makan makan . and boleh lepak dengan Abg Po :P
Photobucket