Cerita 5 pagi



Assalamualaikum ☺

Setelah dua cawan nescafe (check plastik nescafe.. yup , tak salah eja) dan semangkuk maggi telur ehsan roommate aku (thanks roommate *shed tears*) , here I am. Dah pishang study dari petang sampai sekarang (5.30 a.m.) tak habis-habis study lagi. Esok paper. Seorang Husna dan study last minute berpisah tiada. Syabas diucapkan :'-)


Dalam keadaan mata mengantuk, otak rasa berat dan rasa macam berpusing pusing floating atas angin, tiba tiba aku teringat satu kisah yang amat menyayat hati. Ianya berlaku 14 tahun yang lalu... lebih kurang. Aku fail sikit bab agak agak tahun ni. Eh tetiba rasa tua sebab nak cerita kisah hidup 14 tahun lepas. Just FYI , I'm not that old okay!

Ceritanya begini.. suatu ketika dahulu , zaman aku sekolah rendah , aku ada usha sorang mamat ni. Handsome beb. Muka suci sangat. Aku rasa masa tu aku darjah 1 or 2 . Haha . Kecik kecik dah gatal kan. Eh sukati lah ! At that time aku tak kenal semua orang pun kat sekolah tu. Padahal berapa ketul je pun manusia sekolah kat situ. Maklumlah , sekolah felda je pun . And mamat yang aku usha tu maybe masa tu darjah 5 or 6 something . Aku pun tak tahu. Nama dia pun aku tak tahu. Sebab masa rehat pun asing kan so memang jarang lah terserempak dengan dia. Kalau terserempak tu memang suka gila lah kan dapat cuci mata.

So kisahnya aku ada seorang kawan ni. I told her about that guy I saw very handsome bla bla bla. So one day aku ada ternampak mamat tu. And kawan aku pun ada dengan aku time tu. So aku sangat lah eksaited tunjuk kat kawan aku yang tu lah mamat yang handsome gila tu. Handsome en , en...??? Tapi kawan aku just tengok dan diam je. Ah tak kesah lah tu. Dia memang jenis tak bercakap sangat. Masa aku kecik aku becok sikit. So aku memang cakap je macam macam dengan dia . Dia diam je pun aku keep on bercakap .


Then one day aku otw nak pergi sekolah. Then I saw that guy...... but wait. Why that guy pergi sekolah sama sama dengan kawan aku tu. So aku pun tanya ibu aku.

"Eh ibu, kenapa budak tu pergi sekolah naik satu kereta dengan AAA ?" (nama kawan aku terpaksa dirahsiakan demi kesejahteraan bersama)

"Tu kan abang dia." Kata ibu selamba.


Dan aku pun terkaku. Dalam kepala main bunyi petir macam masa klimaks dalam drama tamil.


Sejak dari hari tu aku dah tak mention apa apa pasal crush aku kat kawan aku tu (yang ghrupenya abang dia!!!)
Damn , malu siot.

Dan semenjak hari itu aku tak pernah cerita kat orang kalau aku ada suka kat siapa siapa...... sampailah aku masuk sekolah menengah dan jadi tak tahu malu semula dan cerita pasal crush kat kawan merupakan suatu aktiviti yang amat menarik dan tak siapa kesah kalau kau minat kat abang sesiapa malah boleh mintak adik dia kirim salam dan dengan tak malunya mula panggil anak orang adik ipar padahal abang dia tak tahu pun kewujudan kau di muka bumi ini.



Sekian.

1 comment:

  1. saya tak boleh amik caffeine especially nescafe dan cappuchino sebab saya akan rasa kepala saya makin berat dan pening. even masih ada chapter yang belum cover, i choose to sleep and wake up early in the morning. kalau tak sempat nak cover jugak, berserah jela. sapa suruh study last minute hahaha

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)