Puasa dan Study

Assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik ehh dah study week . Sumpah sem ni rasa macam cepat sangat masa . Rasa macam baru je dua tiga minggu belajar tahu tahu dah nak dekat final . Entah apa yang aku belajar sepanjang sem ni aku pun tak tahu . hahahahaahahaha ha ha haaa..... T^T


Ujian setiap sem 2 each year adalah final exam time puasa . sem ni lagi awal , start study week dah puasa . So apa yang ujiannya ? Lagi bagus apa kalau puasa, boleh guna masa makan untuk study. lepas sahur boleh stay up, sambung study . bulan puasa syaitan kena ikat , so takde lah syaitan nak hasut kita buat benda lagha.......

kononnya.....


tapi hakikatnya, nak study perut lapar . baru baca satu page dah tak boleh nak fokus . almaklumlah iolls sejenis species kalau nak study kena sambil mengunyah . tapi kadang kadang fokus utama tu dah terpesong sikit, bukan study sambil mengunyah, tapi mengunyah sambil study . ihiks .  tu belum lagi nak lepak study kat library . perut aku dia perangai sikit . kalau time duduk sorang sorang elok je dia behave , tapi kalau time duduk kat tempat sunyi ramai orang , time tu lah dia nak bergendang bagai . macam macam bunyi keluar .


lepas tu lepas berbuka nak bertarawikh pulak . balik solat tarawikh dah mengantuk pulak.. ok tidur dulu lah , lepas sahur kita jangan tidur , study. kononnya sekali lagi . elok lepas sahur terus laju laju tarik selimut semula . perut kenyang , hati senang , mata dan otak pun melayang . bangun bangun eh dah tengah hari . lepas tu dah lapar , tak boleh study .

repeat.


maka seketul Husna pun hanya mampu tersenyum mengenangkan 8 subjek yang perlu distudy tapi masih belum tercuit walau sedikitpun. examnya minggu depan. boleh slow slow tukar tagline "yeahh dekan sem ni!!!" kepada "lulus pun jadi lah noks"

btw anyone ada tips study yang bernas tak ? like how to focus study ? macam aku ni baru baca 10 minit dah tertidur tidur. lepas tu tau tau eh dah depan laptop menaip ni haaa . hahahaha ok ok sambung study kbye !


Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)