Nak bebel

Assalamualaikum :)

Sooooooo , aku dah pun tamat semester 3 seminggu yang lalu . hell yeahhh ! tapi tak berapa nak hell yeah sangat lah sebab aku tahu aku screwed up masa jawab exam . out of 7 papers , 2 papers je yang aku confident . hahahahahahaha mampus lah nak :')


Maka dengan itu keesokan hari setelah tamat last payyyper gua , gua pun pulang ke kampung halaman . aku baru je merancang hari lepas exam tu aku nak pergi berjimba dan shopping sampai menangis bila balik tengok dompet . tapi malangnya ayah tetiba nak ambik awal sebab nak terus pergi balik kampung atok aku . sob sob . terpaksa lah tangguhkan hajat yang tak berapa nak murni aku nak memboros . walaupun hakikatnya walaupun aku tak pergi 'shopping' , aku sentiasa beli something bila keluar setiap minggu . tu tak termasuk barang barang yang aku terrrrbeli bila terrrrclick "add to cart" button di mana mana online shop . teehee ~ tapi feeling dia tak sama macam bila kau keluar pergi shopping mall dengan mindset aku nak shopping . mihmihmih


tapi aku tak kisah sangat balik rumah awal memandangkan aku cuma dapat cuti dua minggu sebab aku kena balik kolej awal untuk kem projek kolej for ONE FREAKING MONTH . there goes my holidays . meh... tapi yang tak best bila balik rumah is adik aku tak sihat . dia batuk batuk dan demam for about a week then last friday kena warded . saaaaaampai lah hari ni . dah masuk lima hari hoi . lama gilos . but kids being kids , dia bukan kisah duduk ward lama lama . nampak macam suka lagi ada lah , sebab boleh ilek ilek atas katil doploh pat jam silang kaki sambil main game . plus semua orang layan karenah dia and kat ward tu ramai kawan. yang merana ibu and aku lah , nak tercabut pinggang menunggu dekat kerusi hari hari . bukannya boleh join dia baring atas katil pun . sofa ke apa ke memang tak dapek lah kat hospital kerajaan camtu . memang teramat sangat tak selesa nak menunggu .


so adik oi cepatlah keluarrrrrr .

aku sebenarnya nak cerita pasal ada sorang budak perempuan ni dekat ward tu tapi aku punya intro je dah panjang berjela . ya , yang atas bebel panjang panjang tu semua intro . aku memang ada masalah dalam buat cerita ringkas . rasa macam tak complete kalau tak cerita dari mula sampai akhir disertakan dengan setiap perincian yang mendalam . nampak ni aku dah membebel lagi . so next entry lah aku cerita pasal tu . haha kbye .


Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)