Nak bebel | Part 2

Sebelum start bebel , saja nak cakap beg ni comel tapi memandangkan aku sejenis manusia yang suka simpan sampah dalam beg and barang barang aku semua tak comel , so...... erm...


Ok sambung bebel semalam . dekat ward adik aku tu ada sorang budak perempuan ni , sembilan tahun . masuk ward sebab kaki kena jahit . luka jatuh buat apa tah , pastu kena infection bla bla bla . budak ni rasanya macam tinggal dekat rawang dengan mak dia tapi sebab mak dia busy tak boleh nak jaga , so bawak pergi hospital sini . sebab ada nenek and ayah dia .

kisahnya budak ni selalu kena tinggal sorang sorang . sebab ayah dia kerja and maybe ada lah hal hal yang tak dapat nak dielak . so dia terpaksa ditinggalkan . nanti petang ke malam ayah dia datang lah . tak macam budak budak lain , semua ada penjaga tunggu kat tepi katil doploh pat jam . tapi budak ni pandai je bawa diri . bangun tidur , pergi mandi sendiri . tegur tegur orang . bila makanan sampai dia makan sendiri . and pulak tu pandai dia simpankan makanan untuk ayah dia . dekat hospital ni nurse akan kutip balik makanan after about sejam setengah macam tu . so sebab ayah dia datang lewat , dia akan punggah makanan untuk ayah dia dalam tupperware . tak ada pun menyusahkan nurse ke apa ke . 


bila aku tengok dia aku terbayang aku . rasanya even dengan umur sekarang ni pun aku rasa aku tak mampu nak urus diri sorang sorang . mesti nak ada orang temankan . plus sedih kot bila kau sakit dekat hospital lepas tu tak ada siapa jaga kau . dah lah tak ada hiburan . tv tak ada , phone tak ada , buku cerita tak ada . memang mati kebosanan lah aku kat situ . so aku memang salute lah dengan budak tu sebab pandai berdikari . zaman sekarang ni susah nak jumpa budak budak yang pandai berdikari macam tu . semuanya clingy asyik nak melekat dengan parents sentiasa . macam adik aku sendiri pun , kalau ibu aku hilang kejap je dia dah menjerit jerit terlolong cari ibu aku . rasanya kalau kena tinggal macam tu memang dia meraung je lah sampai ada orang datang .


so how eh sebenarnya nak didik anak so that dia boleh bawa diri kalau ada emergency ke something . selalu budak budak yang pandai berdikari ni budak budak yang terbiar . mak ayah busy kerja . kena tinggal dengan nenek . nenek pun jenis tak melayan sangat . aku boleh nampak kawan kawan aku yang penjaga diorang macam tu memang pandai berdikari . tapi as parents , tak nak lah macam tu kan . mesti lah nak jaga anak baik baik . tapi bila terlalu dijaga dan parents pulak jenis overprotective , anak jadi manja and tak pandai berdikari .


dulu-dulu aku selalu rasa tak sabar nak kahwin awal . nanti dapat anak awal , so nanti anak dah besar aku still muda . ufufufufu . masa tu rasa macam kalau dah umur 23 camtu macam dah besar sangat lah dah boleh kahwin semua. tapi semakin aku membesar (secara batin , bukan zahir . LOL) aku rasa macam kalau boleh nak kahwin lambat lambat pulak . because I'm sooooo not ready for all the responsibilities . aku sepatutnya dah 21 tahun untuk tahun ni . tapi nak bangun pagi pun susah lagi . nak kemas rumah , memasak apatah lagi . aku even still bergaduh dengan adik adik aku sebab hal remeh remeh . rasanya kalau aku kahwin sekarang for sure hari hari anak aku lambat bangun pergi sekolah , no breakfast . lunch kita makan luar . dinner kita makan nugget je . dan semua kerja rumah husband aku yang kena buat sebab aku pemalas . HAHAHAHAHAHA k tak lawak . k bye.




Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)