Accompany


Aku sejenis manusia yang tak suka suasana sunyi. i like to play songs all the times when i'm alone, atau lepak dekat tempat yang ada orang. kalau dekat kolej, since bilik aku dekat dengan highway aku suka buka pintu so that aku dapat dengar bunyi kereta lalu, dan bunyi burung petang petang, or bunyi cengkerik malam malam. I don't know, but noises make me feels alive. buat aku sedar yang aku hidup dalam dunia yang wujudnya hidupan lain jugak. kalau dalam sehari aku tak bercakap dengan orang and duduk dalam bilik je, aku automatik akan rasa mati. aku akan jadi takde mood and just baring je atas katil for the whole day. So I guess, i prefer to have company. not company syarikat tu, tapi someone.


but when it comes to the company preferences, it is kinda tough to find the perfect person. aku ada ramai kawan, tapi tak semua aku rasa selesa nak lepak dengan diorang. cuma ada beberapa orang je yang aku betul betul rasa selesa. some people prefers to sit and talk. maybe about themselves, or about other people, or just about the universe. well, aku prefer just diam je. and buat kerja sendiri. now this is the tricky part. sebab selalunya bila dua dua diam, mesti akan rasa awkward. that's why only certain people je yang aku boleh rasa selesa lepak sesama. sebab benda ni hanya akan terjadi if and only if orang tu pun fikir macam mana aku fikir. selalunya 'lepak' aku akan berakhir dengan aku dengar cerita the other person. dari awal sampai habis lepak. well, if only that person keep telling stories and i just listen, then I'll know that dia bukan my 'type-of-company'.


I prefer long walks, sitting next to each other, eating, listening to songs, window shopping, watching movies, or scenery together... all that with not much talking. just enjoying each other's company. and when I'm sad or feeling down aku suka kalau someone datang dekat aku, just pat my head or hug me then just sit by my side. you dont have to console me or ask anything. sebab aku jenis yang kalau aku rasa nak cerita baru aku akan cerita. and kalau aku gaduh dengan someone aku prefer kalau orang tu just tinggalkan note cakap dia minta maaf. preferably with some chocolate, or maybe a burger. hahaha . aku harap nanti kalau aku kahwin bila bergaduh dengan husband, bila nak baik baik balik he'll just come and hug me. because i hate sitting down and having a serious conversation, explaining yourselves and stuff... since i'm not good with words.


and why tetiba aku membebel panjang panjang kat blog ni pasal company? sebab these few days, or maybe weeks I kind of feel sad. for some reasons and for no reason. and I don't have someone to lepak with to make me feels better. well I do have friends here and they are always willing to hear me ranting about life. but I just don't know nak mengadu apa and they can do nothing pun. So all I need right now is just someone tetiba datang and duduk sebelah aku sampai aku rasa ok. or maybe datang bawa caramel frappucino. that's better. that's all I need. asap. coz gosh my chest feels so much in pain right now. i don't know if it's because I constantly feeling sad and trying not to cry, or I just have something wrong with organs in my chest.

gambar sekadar hiasan :P


Photobucket

Monday quote




Mostly because of reason number 2...

Salah siapa?

Ini kisah benar, dan juga satu metaphore.


Aku ada satu bag mahal ni. sebab bag kecik so aku macam jarang sikit guna bag tu. then sebab aku duduk  college, lagi la aku jarang guna bag tu since aku perlu carry banyak barang kan. so aku tinggal je bag tu kat rumah. sebab sayang. bila aku balik rumah kadang kadang aku guna la.

So cerita dia aku simpan je bag tu elok2 kat dalam bilik aku. tapi aku macam perasan yang beg tu warna dia macam makin lusuh and kulit dia macam nak menggelupas. tapi tak kot... sebab aku jaga elok kot. aku rasa la. padahal aku tinggal je kat bawah meja. hahaha.

Tetiba dua minggu lepas, adik aku pandai2 ambik and guna bag tu. aku dah cakap jangan guna tapi dah terlambat, dia guna dulu baru bagitau. damn it. bila aku tengok bag tu, memang dah buruk habis. aku rasa last time aku check bag tu (probably about 3 months ago) elok je lagi. tak ada pun kulit dia terkupas camtu. then apa lagi, of coz la aku marah adik aku. aku beli mahal mahal dia buat rosak. tapi adik aku asyik defense diri cakap kononnya bag tu dah memang macam tu masa dia ambil. tak kan lah. masa aku tinggalkan dulu elok je.

So dalam kes ni rasanya salah siapa?

At first aku salahkan adik aku. sebab dia guna sampai jadi macam tu . kalau dia x guna, even benda tu dah hampis nak terkupas tapi tak kan terkupas kalau tak usik. tapi bila fikir balik adik aku tak salah pun. dia just guna je bag tu. kalau aku guna pun bag tu akan jadi macam tu jugak. so salah aku lah, yang tak jaga bag tu baik baik dari mula.

I guess kalau kita betul betul appreciate something tu, kita akan betul betul jaga dia. because everything will fade eventually, sooner or later. memang tempoh masa tu tak boleh tentukan. tapi kita boleh expect. sebab variable masa tu responsive, bukan manipulated.



Photobucket

Aeon dan Sports Bra

Assalamualaikum :)


Wahh, sungguh bergaya ya tuan blog dah sebulan menyepi tak update blog tetiba muncul dengan muka tak bersalah beserta tajuk entry yang agak kontroversi. Hahahaha I'm sorry guys. Aku just assume yang majority pembaca blog ni adalah perempuan dan semua orang sedia maklum (baik lelaki mahupun perempuan) yang 99% menusia berchromosome XX memakai sejenis pakaian dalam di bahagian dada yang dipanggil bra. Noktah.


So, hari ni alkisahnya aku cuma nak keluar lunch dekat mid valley. Tetiba lepas lunch, aku dan kawan kawan aku spend masa dekat Aeon lama gila. Aku tak pernah lepak Aeon lama lama and ni frist time aku rasa macam wahh banyaknya benda menarik dekat dalam Aeon ni. Asalnya kawan aku nak cari botol air je, tapi biasalah perempuan. Jalan kami macam highway. kalau nak pergi dari titik kilometer ke 36 ke 37, perlu melintasi titik 36.1, 36.2, 36.3, ... saaaampai lah akhirnya 37.0. We found soooo many cute things there (which we obviously can't afford, so we just like "omg look at this so cute !!! " and then later "omg look at that so cute!!" around the store).

and guess what, I found my kind of species, in plushies form.


cari apa yang sama

yes, that pipi tembam sebelah and dark circles. legitly macam aku. cuma aku tembam belah kiri, dia tembam belah kanan. awhh, we complete each other :3

And I found the cutestttt sofa ever. like what the heck it even got ears.. scuteeee !!
of course, sitting on it are the cutest rilakkuma ever and the cutest girl ever eh XD



sofa ni dia letak betul dekat entrance Aeon so masa nak tangkap gambar ni ramai gila orang lalu lalang pandang aku tapi aku tak kira sebab sofa ni comel sangat. wajib tangkap gambar !
I also found a cute pink princess-ess sofa with hello kitty on it but kawan kawan aku dah tak nak tangkapkan gambar . ceh !

Kitorang siap pergi berjimba dekat tempat games tu. sempat la main mario kart (which I won *emoji pakai shades*) then main basket ball and stuff. aku first time main basket tu and maigadd sumpah penat. rasanya macam tu exercise yang paling berat untuk aku minggu ni. hahaha.

Ok back to the main point of this entry. hahahaha macam selalu, always termerepek.
I want to find a sports bra. For some reason rasa penat pakai bra ada besi (this is so TMI sorry) and nak try sports bra. I never have one before since.... aku tak pernah bersukan. so we just strolling around the bra aisle, when suddenly the makcik promoter datang. and she suggest me a RM60 sports bra (hell no I won't spend RM60 for a bra). I was like oh I just nak tengok tengok but she insisted me to try one. I never tried a bra in stores before. selalunya just pilih and bayar. Oh well, aku pun pergi jelah try. bukan rugi apa apa pun, bukan kalau try wajib beli pun.

so aku pun pergi la fitting room untuk try sports bra tu. Ya Allah awkwardnya rasa hahahahha. After a bit of a struggle, akhirnya aku berjaya 'masuk' dalam bra tu. mencabar jugak rupanya nak pakai sports bra ni since dia tak ada cangkuk dekat belakang tu and very body fitting. bila dah try aku rasa macam.... meh, I looked weird. and feels very suffocated. so decided not to buy it. kalau lawa pun memang takkan beli jugak pun, mahai !

kalau masa nak pakai tu dah cukup mencabar, masa nak cabut tu laaaaagi mencabar. tahap mencabar dia sampai aku rasa nak menangis and call kawan kawan aku mintak tolong. I legitly stuck in that bra. There's no way I can get out of it. aku cuba tanggal banyak kali tak lepas. bermacam macam angle aku cuba tanggal tak boleh.siap melompat lompat pun tak boleh. masa tu aku rasa macam ah sudah macam mana ni. tak kan nak keluar pakai bra ni. takkan nak panggil orang mintak tolong tanggalkan. gila geli. masa tu aku dah rasa lemas gila dah. first time rasa macam kena clautrophobic. in a bra !

After all sweats and tears, finally aku berjaya meloloskan diri dari bra itu. first time rasa bersyukur dapat tanggal bra ;'D
keluar keluar aunty tadi tanya macam mana nak ke tak. dan aku laju laju jawab tak nak la aunty. I legitly stuck in it just now. I struggled so much in the fitting room. but dia still macam nak pujuk aku beli and nak tunjukkan aku steps to get the hell out of a sports bra. but no thanks, aku sumpah tak sanggup.

maka dengan ini, aku dengan rasminya menggugurkan sports bra dari shopping list aku and never want to wear one. ever again. sekian.



Photobucket

Asian Movie Marathon

Assalamualaikum !
Dan Selamat Hari Raya Korban guyssssssssssss !!! Gosh, how lovely it is to spend hari raya at uni, alone. ha ha ha.


so tahun ni, aku tak balik raya . kenapa ? Sebab aku malas nak beli tiket bas . Kenapa? Sebab uni aku bagi cuti sehari je hari Isnin. And hari Jumaat ni nak balik lagi. And family aku semua pergi balik kampung so no ones home. But I'm okay. because it is just raya korban. kalau raya puasa tu ye lah aku dah meratap di tepian gantang. eh ? ke tu melukut? I don't even know anymore.

what to do on weekends and a full free day? without anything to do. because well, it is still the first week of the new semester, so tak de kerja lagi. jawapannya...... of course lah shopping dan movie marathon ! duhh. I'll share all the barang-yang-tak-patut-beli-tapi-terbeli tu later. sekarang aku nak share pasal movie yang aku tengok. teehee ~


kalau korang tengah dalam mood nak tengok movie tapi semua movie yang latest dekat wayang korang dah tengok and rasa macam, mehh dah bosan lah tengok movie omputeh. tak de movie thai ke korea ke cina ke ? ada... ni nak kasi tahu lah ni.


/one/ Our Times (Taiwan)




Movie ni agak recent jugak. released tahun 2015. Its about that girl, Lin Truly yang ada crush dekat budak laki baju merah tu, OuYang. Cerita ni start bila Lin Truly tu dapat surat berantai dan dia kena pass dekat 5 orang lain kalau tak dapat nasib malang. biasalah budak budak naive khen so dia pun cari la 5 orang nak pass surat berantai tu. So antara orang yang dapat surat berantai tu, adalah Tai-yu. Laki yang nampak macam jet jet gangster kat belakang tu. Kebetulan, lepas dapat surat tu Tai-yu terus kena langgar kereta. So dia macam bengang la dengan orang yang hantar surat tu kat dia. So later on Tai-yu dapat tahu yang Lin Truly yang hantar surat tu. Since then Tai-yu ni buli Lin ni dan gunakan Lin untuk dapatkan perempuan yang dia suka, which is OuYang's 'girlfriend'.

Lepas tu, lepas tu tengok lah sendiri. tak kan aku nak cerita sampai habis -__-
Genre cerita ni is romantic comedy. ada lah scene macam sedih sikit. overall best lah. boleh challenge A little thing called love.
aku kasi 4/5 bintang *clapclapclap*


/two/ The Werewolf Boy (Korea)



Ni cerita tahun 2012. Zaman Song Joong Ki belum femes. Cerita ni pasal Soon-Yi watak perempuan tu yang jumpa Chul-Soo (laki tu) dekat rumah dia. laki ni werewolf, so dia tak pandai bercakap or act like normal people. Then family perempuan tu decide untuk tolong Chul-Soo tu dapatkan tempat kat rumah anak yatim ke mana mana ke. Sementara tu, diorang bela Chul-Soo ni kat rumah diorang. Sebab Chul-Soo ni macam liar sangat, Soon Yi tu cuba untuk tame kan dia dengan train Chul Soo macam anjing. As a werewolf perangai dia lebih kurang je macam anjing. Jadi makin lama Chul Soo tu makin behave and jadi sangat baik and loyal dekat perempuan tu. Then ada lah keluar watak watak jahat yang cuba nak halau Chul Soo dari kampung tu. Cerita ni sumpah best. Mula mula aku agak skeptikal sebab first dia werewolf, second dia korean. dalam hati mesti macam karut gila cerita ni. but nooo, it's very good. Aku even menangis tengok cerita ni, depan kawan aku. Which is something yang sangat rare sebab aku susah nak menangis, apatah lagi nak menangis depan orang.
Genre: Drama, a bit of romance and comedy.
Rating: 4.5/5


Kalau nak tengok trailer boleh tengok dekat youtube. Kalau nak tengok movie dia, boleh tengok dekat kissasian.com
Sekian :)
Photobucket

Little Back To Uni Haul

Since there're just a few days left (only a day from this moment to be exact) for me to drag myself back to uni, it is the time for some exciting activities. 

BACK-TO-UNI-SHOPPINGSSSSS

shopping is never boring. tak kisah lah shopping apa pun. hihi. but being a nerd, stationary shopping adalah salah satu nikmat dunia bagi aku. aku could spend hoursssss just pilih nak pen yang mana satu, nak beli file yang mana satu and stuff. But hari ni aku cuma mampu beli sikit je barang sebab ayah cuma bagi RM50 and believe it or not, total semua barang ni over RM50. like whattttt?? I just bought files, A4 papers, a stapler, highlighters and pens kot. so aku terpaksa tahan diri dari beli sticky notes comel, paper clips comel, buku nota comel, pencil case comel dan segala macam lagi benda comel yang aku tak perlukan tapi aku nakkkkkk T_T

 I know I don't need this. and I won't be using all the colours but.... I just have to buy it. hehe
 highlighters adalah benda WAJIB beli. aku pakai benda ni macam gila. cepat betul kering. sebab highlighting skills aku memang teruk. setiap patah perkataan aku highlight hahaha.

A mini stapler. which I really hope will get its job done. sebab stappler lama aku hampeh gila nak stapler tebal sikit je langsung tak boleh. harap besar je. 

And filessssss. Tahun ni aku decide untuk beli one for each subject. sebab tahun lepas aku cuba untuk beli file yang ada section kat dalam tu, and binder. tapi me being me, lama lama aku sumbat je semua benda kat satu tempat dan malam before exam lah aku baru terhegeh hegeh nak susun segala mak nenek dalam file tu ikut subject. time tu semua dah bercampur aduk.


last but not least, seketul jam Daniel Wellington cap pasar malam (of course, iolls tak mampu yuh. tskkk) yang aku beli last week.


I did buy other stuffs for college room like bin, hangers, cloth clips and stuff and they are not that cute so........

Photobucket

Running Away



I always find myself running away recently.
-as I mention running, bare in mind it's not physically. obviously. kalau tak mesti tak kan ada lemak-lemak yang sedang berbahagia bergelimpangan di sekitar pinggang dan peha aku sekarang.


Apart from running away from responsibilities- which I do constantly- I am running from these creatures called friends.


Korang mesti akan cakap "Husna why on earth are you running away from your friends? Don't you want one? Everybody wants a friend." Yes. I do want friends, indeed. Aku even pernah ramble dalam blog ni pasal betapa desperatenya aku nak kawan. and aku selalu mengadu dekat Abang Po yang aku tak ada kawan nak ajak lepak and betapa left out nya aku rasa kat uni. well, I must sound so pathetic right now hahahaha ha ha...


Well, kawan yang aku larikan-diri-daripada tu adalah golongan mereka mereka yang hanya cari aku bila diorang nak something dan golongan yang terlalu clingy. Ya, aku memang orang yang kau boleh cari pukul 3 pagi untuk share masalah kau. aku memang tak kisah. tapi aku bukan orang yang akan ada 24 jam sebelah kau. Yes, aku memang takutkan komitmen. Hahaha. sebab tu aku rasa aku tak pernah declare yang aku ni bestfriend sesiapa, mungkin seumur hidup aku. serapat mana pun aku dengan orang tu, aku tak pernah tanya or mention perkataan bestfriend dengan sesiapa. sebab aku segan and takut kena reject. hua hua. Aku lebih berani untuk tanya crush aku "kau nak jadi boyfriend aku tak?" daripada tanya kawan aku "kau nak jadi bestfriend aku tak?"


So aku ada these few friends. yang aku rasa cuma cari aku kalau diorang perlukan aku. bila nak share masalah. bila nak tanya pasal study. bila nak minta tolong. aku tak kisah kalau sekali sekala nak minta tolong. tapi ada species yang macam terlalu consume masa aku. like constantly datang cari aku and talk about themselve, all the time.
"weh nak tau tak aku bla bla bla"
"weh si polan tu kan dia bla bla bla"
"weh aku sedih sebab bla bla bla"
and never ask me how I'm doing. aku tau aku ni sejenis yang poker face. aku sangat jarang untuk tunjuk ekspresi yang betul yang menggambarkan perasaan aku. So kawan kawan aku selalu cakap "Eh Cuna aku suka lah tengok kau, cool je memanjang. kalau aku sumpah dah cuak gila." Ya aku memang selalu play it cool pada saat saat mencemaskan atau tukar situasi gerun jadi joke. but only God knows how I'm trembling inside.


Kadang kadang aku rasa rimas sangat dengan kawan kawan aku, sebab like I said, they constantly searching for me, to talk about themselves. And some of them are very, VERY clingy. tahap rimas dia sampai aku rasa macam nak menangis and menjerit OMG boleh tak kau blah sekarang and bagi aku masa untuk diri sendiri. even boyfriend aku pun tak seclingy macam ni. Urghhh. Tapi malangnya aku jenis manusia yang tak pandai nak push orang. So aku terpaksa lah jugak hadap. Other alternative: ignore. well, aku boleh cakap yang ignoring skill aku memang dah makin hebat semenjak dua menjak ni. aku even dah hide last seen aku dekat whatsapp. and just intai intai mesej orang dekat notification, not even open them. ahaks. lepas ni aku rasa aku nak hide bluetick pulak.

paling aku sakit hati bila exam season. time tu ramai lah yang tetiba berkunjung ke bilik aku. diingatkan untuk kali yang ke enam ratus juta kali yang aku seorang procrastinator. aku tak akan study something tu sebelum malam before exam. so bila mereka mereka ni keep on tanya aku soalan past year itu dan ini, kau fikir aku yang belum study pape ni tak stress ke?? lagi lagi sejenis yang bila aku cakap aku tak study lagi tapi diorang alah tak pe jom kita buat kejap sambil selak nota. Urgh I'm so not mentally ready for that. Lagi teruk species yang suka cari aku malam exam. tolonglah faham malam before exam adalah malam di mana aku akan gunakan kuasa serapan maklumat aku pada tahap maksimum. aku ada lagi beratus slides belum baca tau . tolonglah jangan tanya aku macam mana nak jawab soalan time time macam tu. Please lah. Aku ada banyak lagi benda lain nak kena study.

So I thought I want to run away from those people. How? Easy, spend less time with them. How? Take different subjects from them. How? just plan a different schedule. How? I don't know........ sebab sekarang diorang keep on tanya pasal jadual yang aku plan untuk next sem sebab diorang nak ambik subjek sama sama dengan aku ! Oh dear ! aku tak tau macam mana nak larikan diri sekarang. Now aku menyesal hari tu bising bising mengadu rasa macam sorang sorang kat uni. thinking about this, aku lebih rela jadi lone ranger dari dikerumuni orang orang macam ni. halppp mehh!!!




Photobucket

Street Arts and Cats | Part I

WARNING: THIS ENTRY CONTAINS A HELL LOTSSSSS OF PICTURES


So last week, I went to Laman Seni at Seksyen 7 Shah Alam. It was very random. Tetiba je kawan aku sebut eh teringin lah nak pergi laman seni and I was like, ok jom esok. And esok tu kitorang main pergi je. I don't even know where the heck Seksyen 7 is, all thanks to Waze, we made it there, alive.


Mula mula aku ingat tempat ni macam satu jalan berdinding yang penuh dengan lukisan or something. Rupanya street arts ni diorang buat dekat tepi tepi bangunan je. so setiap belakang kedai kedai kat area situ diorang decorate. memang nice lah. tapi dengar cerita dulu dulu lagi lawa. but bila dah ramai orang datang and melawat tempat ni, lama lama dah macam makin kotor and banyak yang dah rosak. But still nice lah. So kalau korang rasa macam nak pergi tempat yang macam agak lawa and santai santai je boleh lah datang ni. Around 30 minutes dah boleh siap pusing semua dah. tapi kalau nak bergambar juta lemon tu mungkin jadi lebih lama lah. yang paling penting datang sini tak payah bayar apa apa pun sebab jadah apa kau nak kena bayar untuk lalu dekat jalan belakang bangunan kedai orang. and area sini jugak ada banyak kedai makan seronok, BANYAK BUTIK BAJU MUSLIMAH LELAWA MACAM YANG DALAM INSTA TUUUUUUU, dan dekat dengan i-city.

Of course, I took a pafjaiepfeuhzillion of picture there. semua lelawa so kalau boleh nak tunjuk semua . tapi nak post kat insta semua sekali takut orang cakap aku spam pulak. so aku pun share kat sini. At least ni blog aku yang punya so sukati lah khenn. FYI, ada banyak lagi arts lain kat tempat tu yang aku tak include kan dalam entry ni. so jangan risau, memang ada banyak wall yang cantik cantik.

So first, of course kita start dengan seketul dua (atau lebih tepat berketul-ketul *burst mode on*) OOTD. Walaupun semua gambar aku ended up nampak sangat tak ready dan awkward and kaki aku nampak pelik macam terpeleot pun ada.


         



well..... it's a cool graffiti wall. why not tangkap sepuluh juta gambar kat situ khenn...



Check insta jap tengok ada orang like gambar tak...

Urghhh tak ada satu pun ? Hodoh sangat ke aku T_T


Haish sebok je dia ni

Mampus kau lah aku nak posing sensorang jugak. Let's pretend she's not there hahahaha 


           omoo takutnya!!                             haih dah capture ke belum 
                                                                cepatlah aku dah penat posing ni

Heyyyyy bij ;-)







this is me fangirling over the words Fly Away coz  it's one of 5SOS's songs.




dan ini adalah bukti paling kukuh maha nyata yang aku LEBIH TINGGI walaupun sebanyak satu cm berbanding kawan-kawan aku. diorang selalu perasan yang kami sama tinggi. NO OKAY NO. I can slightly see your atas kepala so I'm TALLER





so kita end entry ni dengan gambar aku cuba melompat tapi tak jadi dan seluar aku jadi kembung sebab lubang dia besar sangat so angin masuk masa lompat.
.
.
.
.
to be continued.......


Photobucket