Wakey wakey
Assalamualaikum :D
Seminggu dua ni aku lemau betul dalam kelas . tak kesah lah aku tidur awal atau lambat mana sekali pun , tetap rasa mengantuk dalam kelas . So rasanya aku patut amalkan balik tips-segar-dalam-kelas aku . Aku tak sure lah aku pernah share ke tak dalam blog ni . Tapi selama aku hidup ni , ni antara benda benda yang aku buat untuk hilangkan rasa mengantuk dalam kelas :
Mengantuk dalam kelas ni ada stage stage dia tau . dia ada stage ringan dan ada stage yang lebih parah dan akhir sekali innalillah . stage innalillah tu adalah stage di mana kau boleh dengar dengkuran halus berserta bunyi tenang air liur mengalir keluar dari takungan . dan akhir sekali terdapat bunyi petir iaitu bunyi jeritan cikgu atau lecturer kau yang berbunyi "NOKHAROM BANGUN !!!"
Stage 1
Bila aku start rasa bosan , rasa mengantuk pun mula mencuit cuit mata hati dan otak . eh macam ayat novel pulak main cuit cuit . first thing aku akan buat is cuit orang sebelah pulak . mula mula cuit lengan dia , pastu cucuk pinggang dia , tak lama pastu tampar peha dia . Ya , siapa duduk sebelah aku dalam kelas memang malang.
Stage 2
Stage ni atas sikit je dari stage 1 . ini stage di mana aku dah tak boleh nak fokus dan perlu lepaskan rasa mengantuk dan bosan aku di mana mana . So tangan aku pun mula bertukar landasan dari menyalin nota ke men-doodle gambar kucing dan sebagainya . bila kertas aku dah penuh , aku mula conteng nota kawan sebelah pulak . ya , diulang sekali lagi , memang malang siapa duduk sebelah aku dalam kelas .
Stage 3
ini stage di mana aku mula rasa berat mata . aku akan start goyang goyang kaki . kalau duduk kat kerusi yang bersambung tu , biar goyang sampai orang hujung pun dapat rasa gegaran lemak kaki aku . then aku akan mula tanya semua orang di sekitar aku , siapa ada gula gula ? dan semua orang tak ada . cehhh . ya , di sini lah stage di mana aku patut amalkan tips yang dah agak lama aku tinggalkan . apa tips dia ?
sentiasa bawak mints atau chewing gum
This somehow really works for me . aku adalah sejenis manusia yang kalau dah mengantuk orang tikam aku pakai pisau pun aku cuma akan hilang mengantuk selama 0.47 saat je lepas tu mata berat semula . okay tipu , kalau kena tikam mungkin aku akan hilang mengantuk terus . hahaha , so kena tikam boleh masuk dalam list tip-hilangkan-mengantuk-dalam-kelas kita okay semua .
Stage 4
stage ni jarang jarang berlaku kalau aku amalkan tips makan mints akan chewing gum pada stage 3 . tapi kalau berlaku jugak , aku terpaksa upgrade senjata anti-mengantuk aku kepada yang lebih hebat (baca:jajan) . ya , inilah saat dimana kau akan dengar bunyi orang cover cover buka plastik jajan dan kemudian kau boleh nampak orang pura pura menguap setiap 10 saat atau laju laju sumbat jajan dalam mulut bila lecturer pandang slide .
tapi selalunya amalam makan jajan dalam kelas ni aku tetap amalkan even tak mengantuk . hahahaha . agaknya ni lah punca berat aku naik sekarang . kalau setakat jajan tak apa tau . dekat koop fakulti aku ada jual roti sardin , sosej gulung , bubur nasi , nasi lemak , bihun goreng , nasi ayam bah kan nasi kerabu pun ada . jadi bila dalam lecture hall kau tengah kusyuk merenung wajah lecturer yang tak berapa hensem kat depan tetiba terbau nasi lemak itu normal . dah lah dalam lecture hall tu pasang air cond . sekali orang bukak tupperware bihun goreng , satu hall boleh bau . aku tak sure lah amalan makan makanan berat dalam kelas ni bagus ke tidak . maybe boleh hilangkan mengantuk , tapi sedikit sebanyak boleh hilangkan fokus kau sebab kau akan lebih fokus untuk asingkan cili cili dan ikan bilis dalam nasi lemak kau dan curi curi menyuap . aku setakat ni cuma pernah makan roti jelah paling paling busuk pun . tapi kengkawan aku kiri kanan semua makan bubur nasi bagai . aku rasa kalau koop tu jual chicken chop pun akan ada orang beli dan makan dalam kelas .
Stage 5
kalau rasa macam dah nak mampos tu , pergi jelah keluar sekejap hirup udara segar yang tak berapa nak segar sebab sekarang jerebu teruk . ataupun pergi lah toilet basuh muka ke buang air ke . kadang kadang kita mengantuk sebab otak tak cukup oksigen . So minum lah air . kalau aku , aku suka minum air yang bergula . biar ada tenaga semula . tak ada lah lemau sangat . tapi kalau kau on diet , minum air masak je lah . siapa suruh diet . hahaha
Stage 6
Ini adalah stage di mana aku tak mampu bangun dari tidur dan meneruskan tidur lalu langsung tak datang kelas .
Sekian.
♥ sweet writer ♥~
Janna Cuna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)