Teronline Shopping

Assalamualaikum :)

I may or may not have done some damage to my bank account these few weeks . Walaupun aku kerap merungut berat aku dah naik , tapi setiap minggu aku mesti pergi keluar makan Nando's lah , Boat Noodle lah , Sakae Sushi lah . Itu belum kira bab mencekik nasi lemak malam malam lagi . Other than menghabiskan duit untuk menketedarah , aku jugak ada shopping benda benda lain lagi . Rasanya kalau aku buat September + Oktober Haul entry ni akan berlarutan hingga larut malam . Eh ?


Anywayssss ,
Last week aku ada online shopping . You know , bila jam 2 pagi kau stress buat assignment tak siap siap lalu kau buka new tab and scroll website online shop . Lalu kau terberkenan kat satu dua barang dan otak kau dah tak cukup oksigen untuk buat keputusan yang rasional maka kau pun terus click add to cart and confirm order . Esok pagi kau teringat kejadian jam 2 pagi lalu menangis dalam shower meratapi pemergian duit kau .

That did happen . Tapi part menangis dalam shower tu tak lah . Gua rock mana boleh nangis sebab duit bhai . tskk *kelip kelip mata berair*



Ehem... Sila jangan terkejut dengan gambar di bawah....


nampak banyak tapi sumpah aku order satu je !!! oh... ya , satu set.


behind the scene . thanks Syafa jadi background hahahaha XD

So... nak start dari mana ya ?

Handbag
Aku memang dah lama nak cari bag design ala ala macam ni warna hitam . Tapi aku gutted sikit sebab dia tak ada besi nak cangkuk tali kat tepi . Salah aku tak check betul betul masa order (dah kata order pukul 2 pagi) tapi dia ada provide tali . but maybe untuk clutch bag tu . So sama ada aku cangkuk tali kat handle depan belakang tu atau pegang je macam mak datin . ihiks

Clutch
Bag ni agak besar jugak rupanya . So kalau aku fefeeling tak nak pakai hand bag boleh lah bawak yang ni . Tapi bila tu tak sure hahaha

Wallet
Wallet ni paling aku suka . And ni sebenarnya salah satu sebab kenapa aku beli set ni . hahaha

Pouch
Yang ni misteri . Aku tak sure bila di mana dan bagaimana aku boleh guna benda ni .

Card Holder
Yang ini confirm akan duduk dalam almari sampai reput lalu dibuang .


Next is sejumlah face mask . hahahaha . Bagi mengelakkan delivery fee sebanyak RM11 , aku pun tambah face mask yang dalam kotak tu . Harga dia RM18 for 10 pieces tapi total order jadi free delivery . Aku tak tahu lah sama ada aku buat keputusan yang bijak atau tak hahahaaha T_T
 yang lain lain tu semuanya free gifts . Omoooo . Sukanyaaaa . dah lah mask tu comel >,<

And dapat free kipas USB jugak yayyy ^_^

Lepas ni tak boleh lah mengadu berpeluh buat assignment lagi dah . Hahaha . And makin seronok lah nak karaoke depan laptop macam ni . Sebab nyanyi depan kipas sumpah seronok . Siapa tak setuju sila main jauh jauh.



Tapi dalam semua benda dalam bag postage tu , ini yang paling exciting dan menggembirakan.... bubble wrapper yayyy ! 

ok bye nak pergi sambung picit benda alah ni sampai habis . heee ~


P/S : Semua ni aku beli dari Avenue86 . Go check their website . Service diorang memang laju and selalu je dapat free gift setiap kali order :D
Photobucket

2 comments:

  1. hamboi mak jemahh, kenmain shopping tak ngajak.. hahahah woah banyaknya?
    dugaan betul order barang pukul 2 pagi ni kan.. hahaha kalau gua, maunya terkejut tetiba dapat parcel, ingtkan ada org buat seprais, rupanya diri sendiri order tp tak hingat, wkwkwkw

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)