Assalamualaikum :D
September memang sangat hectic bagi aku . Sebab aku masih dalam mood menternak lemak di rumah tetiba dah kena start semester baru . Hasilnya , bulan tu sangat tak produktif sebab otak aku mogok . asyik nak bermalas malasan je . Anyway, hari ni aku nak share benda benda yang aku enjoy sepanjang bulan September . kira macam September favourites lah .
1. Loreal Paris True Match foundation
Aku macam ada love-hate relationship dengan foundation ni . Foundation ni ada banyak range warna . So kau memang boleh cari warna nak sesuai dengan kulit kau . Maybe sebab tu lah nama dia true match kot . Tapi disebabkan warna dia banyak sangat , makin confuse lah aku nak memilih . Last last aku terpilih warna yang tak match sangat pun dengan warna kulit aku . hahaha . Lantak lah !
Love
Foundation ni memang blend nicely lah kat kulit kita . So tak ada lah nampak macam kau sapu cat atas muka kan . Dia akan nampak more natural . Dari segi coverage pulak dia macam light to medium . Tapi dia buildable . So contohnya kalau aku macam nak coverage lebih, letak lah foundation lebih sikit . Tapi kalau kulit kau banyak jerawat and kau cuba nak tutup jerawat tu pakai foundation ni , rasanya tak boleh lah kot . And foundation ni jugak macam agak moisturizing . So tak ada lah rasa kering sangat muka .
Time aku pakai foundation ni , mesti ada orang tegur aku nampak flawless sikit . hohoho . Kalau lah time tak make up pun ada orang tegur flawless jugak kan best T_T
Hate
Foundation ni semacam ada glitter particles dalam dia . Tapi tak ada lah obvious gila sampai muka aku nampak berkelip kelip . Tapi bila terkena cahaya atau tengok dekat dekat memang boleh nampak . Dia kengkonon nak bagi effect glowing lah . Tapi aku dah rasa macam Edward Cullen pun ada =..=''
And foundation ni jugak tak stay lelama sangat pun kat muka . Sebab kulit aku agak berminyak and aku berpeluh mendaki bukit bukau nak pergi kelas , so 4 5 jam sekali nak kena touch up jugak la dengan bedak . Maybe lepas ni aku kena try pakai dengan krim primer...
2. Essence Lipstick
Semenjak dua menjak bermenjak menjak ni aku jadi suka pulak kat lipstick yang warna gelap gelap atau nude . Warna nude okay , bukan nude lain . So bulan ni aku selalu pakai lipstick ni . Biasanya aku pakai sikit sikit je , just bagi bibir aku tak nampak pucat. Tapi kadang kadang kalau aku rasa bold sikit aku pakai all out . hahaha ;D
BTW, aku nak cakap sikit pasal product Essence . Aku baru sedar yang Essence ni product range dia besar gila . kau cakap je kau nak apa , berus make up , make up remover , nail polish , foundation , concealer , eyeliner , mascara bla bla semua ada . And range harga dia pun murah berbanding dengan Maybelline and yang lain . Contohnya lipstick yang aku beli ni dalam RM13 kot ? Aku lupa . Tapi banyak lah yang harga just dalam RM10 . Tak tahu la kenapa Essence macam underrated gila, padahal product dia jual worldwide kot .
3. Music Box
Bulan ni aku discover something yang baru . Selama ni aku selalu dengar cover lagu in piano version . And I love it . Tapi entah macam mana , aku jumpa cover lagu version music box . Tahu tak ? Alahh , yang korang pusing pusing screw pastu dia keluar bunyi tu . So here are 3 songs yang aku suka dengar dalam version music box
Annnnnnd of course . I've been loving these two new songs by 5SOS, Fly Away and Jet Black Heart . tapi tak ada video dari youtube sebab copyright . mehh . So boleh dengar cover kat youtube atau dengar original songs dekat Spotify
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)