Cute Nails


Assalamualaikum :)

Sorry for abandoning this blog miahahahaha like always . It has been quite busy these 3 weeks . I have 2 labs per week , and classes from 8 a.m. till 6 p.m. daily . Guess like second year is not that relaxing huh ? 


Btw, I always have been loving painting my nails . I know , some might think "eh , mana boleh warna kuku , tak sah nak ambil wuduk yada yada." Well folks , there's this thing called nail polish remover . And I only wear nail polish while I am 'uzur' . So I can keep my cute nails for the whole week ! ^_^


But these days people is more understanding about our problem , So they invent peel-able nail polish . Hell yeah ~ I know this peel off thingy dah lama ada kat pasaran . Saja je nak share sekarang . Cause obviously I am trying to not make this blog super bersawang . hahaha . 


mint and pink are my current fav colour right now . And of course I add a little bit of glitter coz I am that fabulous :P



Say hello to the cutest thumbs up ever .

So sad that I have to peel those cute nails (polish) off after only an hour cause I need to solat .


btw , for those yang pernah beli peel-off nail polish ni , berapa harga paling murah korang jumpa ? I bought the pink and glitter one for about RM6 each . and the mint one I just bought for RM4 .





Photobucket

Anxious Post

Assalamualaikum :)

I'm feeling anxious right now . tapi disebabkan tak ada siapa untuk aku mengadu *sobsob* makanya aku mengadu dekat rakyat jelata Husnaland sekalian je . Korang mungkin akan bukak blog aku and nampak satu ruang entry yang kosong . tapi kalau korang pandai , korang mungkin dapat baca luahan perasaan dahku ini . siapa dapat baca mohon tinggalkan komen . hahaha .


cerita dia macam ni , petang tadi aku teman roommate aku keluar jenjalan . for the first time ever kot aku keluar dengan dia . padahal dah ber-roommate sejak last year . LOL . then masa keluar tu tetiba office call roommate aku . and tanya dia dah ada roommate ke belum . then orang office tu mention nama aku . diorang suruh aku datang office segera tapi disebabkan aku kat luar , so diorang suruh aku datang office hari isnin . wajib !


The problem is , aku ada kelas hari isnin dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi diikuti dengan lab saaaaampai pukul 5 petang . so there's no time for me to datang office . kecuali aku ponteng kelas pagi tu . So I called office balik and tanya apa yang diorang nak sebenarnya . then surprise surprise....

bla bla bla
me : saya tak dapat datang hari isnin . saya ada kelas straight dari pukul 8 sampai 5.
akak office : haa awak nak duduk kolej ke tak ni . awak rayuan kan ? awak belum confirmkan nama awak lagi ni . kalau tak daftar by Isnin nanti kita akan masukkan orang lain kat bilik awak .
me : ehh , tapi saya bukan rayuan ! nama saya ada dalam list .
akak office : yeke ? habis tu kenapa nama awak tak ada dalam sistem ni ? awak tak hantar borang pink ya masa masuk kolej ?
aku : saya dah hantar lah !
akak office : pot pet pot pet


Aku syak orang yang kumpulkan borang tu dah cicirkan borang aku so that's why nama aku tak ada dalam sistem . then office call tuduh aku tak hantar borang bagai . padahal aturan masa pendaftaran kolej , kau isi borang , beratur , hantar borang , lepas tu kat kad matrik kau akan ditampal nombor bilik yang dah ditetapkan , then kau kena pergi kat next kaunter and tunjuk kat matrik and dapat kunci . kalau aku tak hantar borang pink tu , takkan lah aku dapat kunci . and kalau aku ni pelajar rayuan , jadah apa nama aku ada dalam list bilik tu .


So hari isnin nanti , aku wakilkan roommate aku je untuk setelkan hal daftar aku kat office . harap harap semuanya ok je lah . kalau tak terpaksalah aku bercamping di sekitar uni . 


sedih betul lah . kolej ni memang betul betul nak pedajal aku ke apa . hari tu masa nak diterima pun sistem banyak kali missed nama aku . sampai kena call office 3 4 kali baru diterima . ni dah daftar nak cakap tak daftar pulak . eeeee geramnya !!!!! nak mengadu kat Abang Po , dia pun tak nak layan aku . mengadu kat kawan kawan , diorang semua ingat aku buat prank hambar . sorang pun tak nak percaya . pastu siap suggestkan page untuk cari rumah sewa lagi . alamak , agaknya ni lah effect kalau kau selalu prank orang . nanti cakap benda betul pun orang ingat kau main main . 

tetiba teringat cerita yang budak jaga kambing tipu ada serigala datang tu . eh panjang betul tajuk cerita tu . hahaha . ok dah puas membebel . sekian . bye !




Senior

Assalamualaikum :)


Percaya atau tidak aku dah pun tiga hari memulakan kehidupan sebagai pelajar degree tahun dua ? Tidak ? ya , aku pun tak percaya .

Pejam celik golek golek , layan drama korea , layan youtube , makan berak , pejam lagi dan celik lagi dan ulang . Tetiba pada suatu malam yang hening bapaku bertanya suatu soalan yang kedengaran amat pedih di telinga dan ngilu di hati....

Dah siap packing barang dah ?


Tu dia soalan keramat beliau . lalu aku pun dengan muka malas jawab belum lagi . Padahal satu habuk aku tak start pack lagi . Jam dah menunjukkan pukul 11.00 malam . esok pagi dah nak mendaftar kolej . Ahhh , iolls tak sanggup nak pack barang ! Nak cuti lagi !!!









adik macam seronok je aku dah nak balik uni
sob sob
*brb crying*



Photobucket

Drama Pendek




Adik : Kak long, aku dah ada bf *nada bangga*
Aku : Hm, kesah pulak aku.
Adik : Cuba la teka siapa nama dia *nada eksaited*
Aku : *Sebut semua nama common yang selalu muncul dalam buku teks sekolah*
Adik : Bukan lah ! Nama dia @#$%^ (nama ex-bf aku)
Aku : Aku tak restu !
Adik : Eeee kenapa pulak ?? Kak long tak marah ke Huda ada bf?
Aku : Marah la !
Adik : Kenapa ?
Aku : Sebab nama dia @#$%^ . Aku report ibu !



Sekian . Selamat malam.




Photobucket

Entry Berasap

Assalamualaikum :)


Tadi aku baca entry ZyraRoxx pasal common sense , terus teringat hari tu ada something yang aku nak cerita tapi tak tercerita dekat blog ni . so here it goes ~


Family aku memang bebas dari asap rokok . Ayah aku dulu merokok tapi lepas kahwin dia stop merokok . kena pulak ayah ada athma and masa aku kecik aku semput so memang say no tu asap rokok lah kan . As time goes by , my younger bro pun ada athma sekarang . he can't even smell anything strong . aku pakai perfume pun ibu aku suruh aku duduk dua meter jauh dari adik aku kalau tak nanti dia start batuk .


nak dijadikan cerita hari tu aku, ibu and adik pergi bandar beli barang sikit . ala tak ada lah bandar sangat pun . pekan kecil je . nenek aku panggil town (sebutan: 'ta wun')
So we walked pass some shops . And masa kami lalu depan satu kedai ni , pekerja dia tengah lepak kat depan kedai sambil merokok . dan masa kami lalu depan diorang pun , diorang masih selamba yaya hembus hembus asap rokok . rasa macam kami ni halimunan je . selain daripada tak ada kesedaran yang tak semua orang suka bau asap rokok , asap rokok tu lebih membahayakan orang yang menghidu , tak ke diorang tahu yang perbuatan diorang tu sangat kurang sopan ? At least..... at least , stop smoke kejap , bagi laluan kat kami . bila kami dah lalu baru lah kau nak hembus buat bentuk O ke W ke apa . much better lah kan.


tapi dalam situasi tanpa common sense macam ni , adik aku lah yang paling win sekali . sebab dalam ramai ramai manusia yang aku hidup bersama abad ini , adik aku lah manusia yang paling tak ada common sense. Iya lah , kanak-kanak empat tahun yang sedang membesar dengan buas serta dikurniakan akal yang nakal dan mulut yang becok , nak buat macam mana kan...
So masa lalu depan para perokok tu , adik aku dengan spontan terus tutup hidung lalu batuk-batuk yang kedengaran sangat dibuat-buat lalu mengibas-ngibaskan tangan beliau . Abam abam yang tadinya tengah syok main hembus hembus asap rokok tu pun nampak macam tersentap . Aku dengan ibu aku yang perasan perbuatan adik aku tu terus jalan laju laju and bila dah jauh sikit terus gelak kekek kekek mak iloi iloi .


Hahahahaha , nak buat macam mana kan . Dah memang adik aku tak boleh bau asap asap ni . LOL .


Btw , cakap pasal asap . sebanyak mana aku menyampah dengan orang yang merokok bersepah , aku lagi menyampah dengan para vapers . walaupun asap vape bau macam sedap , tapi kalau asap keluar kepuk kepuk sampai aku rasa dah macam kena jerebu , tak ke annoying . And vapers ni diorang ada sejenis perangai di mana diorang suka menunjuk nunjuk betapa banyaknya asap yang boleh dihembus dengan sekali sedut . dan mereka ada satu style untuk menghembus asap vape tu yang mana aku rasa sakit menyakitkan mata untuk dilihat . lepas tu post gambar dekat instagram dengan hashtag #vapeon . gambar yang tak ada kena mengena dengan vape pun turut ada #vapeon , menunjukkan betapa bangga diorang sebegai penge-vape . hahaha . pelik pulak bunyi dia bila aku cuba translate vaper in BM .



#akuyangpostentrykauyangpanas #blogakusukahatiakulah #haters #suweg #habislahakudibencilepasni #janganunfollowplis
Photobucket