Hari paling aktif

Assalamualaikum

Semalam adalah hari paling aktif aku dalam bulan ni . selalunya aktif lah jugak . jalan kaki pergi balik dari fakulti ke kolej kediaman . tak pun pergi berjimba . kira exercise lah jugak tu kan . tapi semalam aku macam over active pulak . bangun pagi aku terus mandi and pergi turun bawah . untuk apa ? main water roller . water roller tu apa ? ni haaa




basically kau guling guling dalam tu macam hamster dalam roller lalu jatuh tergolek lalu menjerit lalu ketawa sampai penat tapi masih tak bergerak dari position asal lalu kau give up lalu kau just baring dalam tu .

benda ni ada kat tasik kolej aku sempena event Frenster seminggu ni . so apa lagi , sementara ada chance ni kita main lah kan . giant bubble pun ada tapi tak sempat main lagi . malam ni last frenster . so InsyaAllah kalau sempat aku main malam ni . huhu .

petang tu pulak , entah angin apa yang lalu , dengan tiba tiba aku dengan kawan kawan aku decide nak buat yoga . kami dah lama mengamalkan yoga . tapi cuma satu position je lah yang kami tau .

this one :



tapi semalam kami decide untuk jadi extream sikit buat macam ni :

serta ini :


and something like this :


dan ini :



we had so much fun . so much laughter .


BUT

kesannya hari ni masing masing sakit perut . dan tangan aku macam tergeliat . tulang kat pergelangan tangan kanan aku macam terkeluar sikit banding dengan belah kiri . dan sekarang aku tengah freak out tak tau nak buat macam mana . nak cari tukang urut kat mana kat UM ni ? tak kan nak pergi PPUM lagi . hari tu da malu sebab mengadu kat doktor pipi bengkak sebelah . kali ni ?

"Doktor , saya rasa tulang tangan saya terkeluar dari landasan yang betul."

"kenapa boleh jadi macam ni ? awak buat apa ?"


"....erm.... saya buat yoga...."








Photobucket

New bae

Assalamualaikum ♡


Aku selalu declare diri aku as a good listener . perasan betul la kan . Hahaha . Tapi mungkin lah kot . Sebab kalau orang cerita or mengadu apa apa dekat aku , even cerita dia hambar gila pun, aku tetap akan bagi reaksi positif . orang buat lawak paling hambar pun , aku akan gelak jugak . And kalau dalam group , if ada orang tengah cerita and tiba tiba semua orang macam tukar topik and dah tak ada siapa nak dengar dia cerita , aku akan suruh orang tu habiskan cerita dia . Sebab aku rasa kesian kalau someone nak share something tapi tak ada orang dengar . Sebab aku selalu rasa macam tu . Sebab tak ramai kawan kawan aku yang good listener . Selalunya i'll be like weyyy korang dengar la ni aku tak habis cerita lagi !!! And they'll be like mehh we dont wanna hear your crap stories .


#sadlife


So apa relevannya entry ni dengan good listener ? Hahaha . Kaitannya mungkin salah satu traits good listener dia boleh tahan pakai earphones berjam jam . I literally live with it . Aku suka habiskan masa terluang aku dengan gadget. Means laptop and phones . and aku suka tengok movies , youtube , dengar lagu and so on . But I dont like sharing the sounds with others . Even aku sorang sorang dalam bilik, tetap pakai earphones . Tidur pun pakai earphones . Bangun pagi wayar tu dah terbelit belit kat leher aku . Alhamdulillah setakat ni belum ada yang mati terjerut earphones . Hehe


tapi sejak dua tiga minggu lepas , pendamping setia aku sudahpun patah sebelah sayap. tskk . faham tak? Maksudnya earphones aku rosak sebelah . So boleh dengar sebelah je . Dan minggu ni , dah memang ajal dia , rosak dua dua belah . Kalau cuba main main dengan wayar dia still boleh dengar lagi . Tapi takkan aku nak pegang je wayar tu the whole time kan .


So petang tadi , aku pun pergi cari pendamping yang baru . ewahh . So mari kita perkenalkan kawan baru ittew . Teehee ~



warna pink sebab eh suka hati aku lah .
hakak hakak abang abang yang asyik rosak earphone and rasa membazir yang beli baru pasal mahal sangat , adik Cuna recommend yang ni . sound dia best (sony memang tak pernah mengecewakan) dan yang paling penting murah . yang ini cuma RM28 . tapi earphones ni tak ada mic lah . yang ada mic semuanya lapan ploh lebih . nanti kaya lebih sikit kita beli . hoho .

and Samsung , please please pleaseeeee learn to make earphones like Sony . I mean , dia punya tempat cucuk tu . hahahaha bahasa tak electronic betul . apa nama dia ? plug ? sebab yang Sony punya dia bengkok , it is more convinient lah . samsung punya sebab tegak je . then nanti lama lama rosak and bila check , wayar kat situ yang macam dah nak putus sebab asyik terlipat . 

so aku harap yang baru ni tahan lama sikit lah . tengok wayar dia halus nau macam tak selamat je nak bawak tidur . karang terbelit sikit dah putus .

Misteri wayar heater

Assalamualaikum :)


Aku ni sejenis kawan yang teramat sangat lah baik hati dan berjiwa murni . atau mungkin tidak . memang rezeki orang yang jadi kawan kawan aku , dapat pakej khidmat kaunseling , tutor , serta pembuli secara percuma . siapa yang pernah jadi kawan aku rasanya tak ada lagi yang masih terselamat daripada ditipu , atau dibuli . alahh , itew ni bukan jahat sangat . gurau gurau manja je *gelak setan*


Alkisah bermula di tengah hari . Aku pun pergi ke bilik kawan aku untuk ajak pergi lunch . sambil mereka bersiap siap , tiba tiba aku diserang .
"Cuna, aku ada benda nak tanya kat kau ni... kau suspek utama aku . kau kan yang curi. baik kau mengaku cepat !"
Aku pun cuma terkebil kebil sambil pasang muka innocent habis . sumpah tidak kumengerti apakah yang dimaksudkan oleh beliau . Setelah dituduh berkali kali bahawa aku yang ambil 'benda' tu tapi aku tetap pasang muka tak bersalah , kawan aku pun ceritakan hal yang sebenar.


rupa rupanya wayar heater bilik diorang hilang . alah , wayar yang cucuk kat bontot heater air tu . dan memang teramat sangat lah pelik untuk benda tu hilang . tak kan lah ada pencuri yang nak curi wayar heater kan ? padahal laptop bersepah je sebelah heater tu . bebal sungguh pencuri tu . So diorang ni puas lah cari satu bilik tak jumpa . sampai check tong sampah takut takut terbuang . dah dua hari misi pencarian wayar heater ni berjalan . sampai tidur pun tak lena. bangun bangun pagi pun terus teringat wayar heater hilang .


maka aku pun pergilah melawat kawasan kejadian untuk melawat mangsa (heater)........
aku belek belek heater tu... eh macam pelik jugak macam mana wayar dia boleh hilang . misteri ni.. memang misteri . how can ah ? dan tiba tiba.... aku teringat something.....
"Weh.... aku rasa kan.... memang aku ada ambil wayar heater korang.... hehe"

dan serentak dengan itu terus aku kena serang .
"Haaa kan aku dah agak dah ! Mesti kau punya . tak ada orang lain dah yang masuk bilik ni selain kau ! kau kan memang suka sorok sorok barang ni !"


Hahahahaa . sumpah aku menangis sampai ketawa . eh ? ketawa sampai menangis . sebab kali ni memang sumpah bukan aku sengaja ambil wayar heater tu . tapi terambil . weekend minggu lepas aku ada menginap kat bilik tu . makanya aku angkut lah sekali segala laptop charger bagai . pagi tu bangun mamai mamai aku kaut je semua benda atas meja tu bawak balik bilik aku . dah sampai bilik tiba tiba ada jumpa satu wayar asing . ingatkan kabel laptop diorang ke apa . so biarkan jelah dulu sebab nanti diorang nak guna laptop mesti lah cari kan . tapi senyap je sampai la dah seminggu . aku pun dah lupa yang aku simpan wayar tu . ghrupenye wayar heater . manalah aku nak expect yang wayar tu wayar heater khooon ~


lagipun dalam banyak banyak jenis prank yang aku boleh kenakan , dalam banyak banyak barang yang aku boleh sorok , buat apa lah aku nak sorok wayar heater . kejadah ? haha . tapi kan , macam best je sorok benda macam tu . sebab dah lama baru orang perasan pastu kalut cari . hmmmm.... *senyum muka setan*


Photobucket

Masih hidup

Assalamualaikum


Fun fact : individu dalam gambar di atas baru saja pulang dari kelas dan basah kuyup ditimpa hujan maha lebat disertakan bersama angin ribut tak berapa nak sepoi sepoi bahasa . habis kain terbang , tudung melayang dan beberapa lagi adegan lari lari anak sambil menahan diri dari rebah ditiup angin .


Hai . sorry again dah seminggu tak update blog . aku dah kata aku bakal busy minggu ni . dan memang busy gilos pun . sebaik saja aku update last entry yang konon kononnya aku masih goyang kaki pergi kelas senyum senyum tew , keesokan harinya terus aku stress tahap gaban sebab rasa macam sudah jatuh ditimpa assignment . rasa macam nak menjerit ASTAGHFIRULLAHALAZIMMMMMMMMM BANYAKNYA ASSIGNMENT !!!!!


pulak tu ditambah pulak dengan penyakit pipi bengkak secara tiba tiba . mungkin effect terkejut sebab rutin harian tetiba berubah . dulu bangun tengah hari tidur pukul 4 pagi . sekarang bangun subuh tidur pukul 12 malam . ahaks . mula mula tu confuse jugak . betul ke pipi aku bengkak . pasal pipi aku belah tu memang tembam banding dengan sebelah lagi . tapi hari tu nampak super besar pulak . tanya kawan kawan semua cakap memang nampak bengkak . makanya cepat cepat aku pergi klinik kesihatan pelajar kat PPUM . bukan apa risau jugak lah . sebab tak sakit gigi pun , takut kena beguk ke apa . mana lah tahu kan .

penat aku explain kat doktor tu aku sakit pipi . hahaha . last last dia bagi aku banyak gila ubat . kalau nak tahu ni lah first time aku pergi klinik bila sakit and first time dapat ubat banyak macam ni . jenis capsule pulak tu . tak pernah hayat aku makan ubat macam ni. tapi demi nak surutkan pipi yang bengkak ni cepat , aku telan lah jugak dengan susah payahnya. walaupun sebijik ubat memerlukan sebotol air . habis telan semua ubat perut aku dah macam orang pregnant .


doktor cakap makan antibodi sampai habis . tapi aku dah stop makan sebab pipi dah elok . hihihi . nasib lah ubat semua free tak payah bayar . tak ada lah rasa membazir sangat . LOL .


disebabkan stress tahap nak hantuk hantuk kepala kat dinding , hari Ahad tu aku decide untuk keluar pergi tengok wayang . bagi adik-adik kakak-kakak serta abe-abe yang masih belum tengok cerita Kingsman , gua sarankan lu pergi tengok cepat . sumpah tak rasa menyesal . cerita tu best gila kot . dah lah hero dia hensem . macam Jack Harries . awww . hahaha . eh tapi adik-adik tak boleh tengok kat cinema pasal cerita ni 18SX . tapi Hakak Cuna kasi je you olls tengok sebab tak ada adegan ghromentik semua tu . cuma tembak tembak potong potong orang je . tapi tak menyeramkan pun . lawak ada lah . adik adik yang teringin nak tengok tu boleh lah klik sini ya.  >SINIWOISINI<


dan disebabkan stress juga , perasaan untuk menghabiskan duit tu semakin membuak-buak . pulak tu elok sebelum aku keluar check account bank , duit JPA untuk sem 2 baru masuk . lagi lah rasa tak bersalah gila nak pergi berjimba kan . hahaha . oleh yang demikian , aku dengan tidak sengajanya terrrrrbeli beg . sumpah tak ada niat pun nak shopping . ingat nak usha-usha PADINI yang baru bukak kat mid valley tu . tetiba ternampak satu bag yang memang lengkap ada semua ciri ciri bag idaman kalbu . pulak tu memang tu satu je lagi yang tinggal . terus pejam mata bawak pergi kaunter hulur kad bank (tak guna cash sebab duit dalam purse tak cukup tapi gua tak peduli nak beli jugak)



plis ah cakap beg ni comel *cakap sambil tunjuk pisau*
oh ini bukan jenama PADINI pun . tapi Vincci . aku ingat tu kedai PADINI yang super besar . ghrupenya dalam tu ada macam macam brand . tipah tertipu bang . and bag ni kecik je . besar sikit je dari purse aku . aku pun tak tau bila nak pakai . ahahahaha . harga enggak usah ditanya . mahal sikit dari bag bag aku yang lain sebab dekat mid valley apa yang murah ? tapi tak ada lah mahal sangat.. kot...


Photobucket