klishe

sekarang ni semua orang terpengaruh dengan drama kat tv . semua . SEMUA orang . tak kira lah budak ke remaja ke orang tua ke . sama je .

paling klishe ialah bila cerita yang tengah femes kat tv sekarang . lepas tu nama watak tu sama dengan nama kau .

"nama siapa?"

"Husna"

"owhhh .  macam Nawwal Husna ke? . hehehehe"

"ha ha"


agaknya kalau ada cerita baru watak dia nama Jemah ke Rogayah serta merta nama mereka pun kedengaran sedap . kan ?

tahap terpengaruh dia tu sampai makcik pejabat PASUM ingat nama aku . kisah dia pasal aku ambil voucer buku je . then time tulis nama tu dia tengok .

"Nur Jannatul Husna . sedap nama , macam Nawwal Husna"
"hehehe" (makcik ni pun pengaruh tv gak ke....)
"tahun lepas pun ada budak laki nama ayah dia zazali . abang awak ke ?"
"eh tak la.."

then lepas tu biasalah nama pun Husna , suka makan semut kan . aku tertinggal payung kat pejabat tu. then mintak la tolong kawan aku ambil kan balik payung tu alang alang dia nak pergi pejabat. balik balik kelas kawan aku tanya "eh cuna , kau ada buat kes apa haa?? asal orang pejabat semua tau nama kau ?"

rupanya kawan aku cakap dekat orang pejabat tu , ni payung kawan saya , dia tertinggal tadi . nama dia Husna . dan dengan lajunya makcik pejabat tu jawab,

"ohh , Jannatul Husna binti Zazali tu eh ?"


yes . tak sia sia nama femes . see , sekarang ada jugak orang ingat nama penuh aku . tskk , terharu T_T





dan yang lagi terharu , aku boleh pergi update blog maghrib maghrib ni . aku patut solat sekarang . and study . esok final . good job husna *pat my back*


Photobucket

little makeover

Assalamualaikum :D
instead of studying.... aku buat benda lain yang langsung tak penting . ngeh . normal-husna-be-like....

owh , next week exam

jom kita tengok semua movie yang ada

jom decorate

jom download juta lemon game baru

jom main game arcade . bukak restaurant bukak farm . setengah jam sekali tengok restaurand and farm.

jom download game story . empat jam sekali bukak phone baca episode baru

jom online sampai lebam


dan malam-before-exam-be-like.....

MAMPOS LAA BANYAK LAGI AKU TAK STUDY T_T !!!!!!!



well , it is a true sad story though.. hmm...
so tadi dengan jayanya aku dah make over laptop aku . bosan pulak asyik background sama kan




so colour theme aku sekarang mint or turquoise . i dont know but I'm really like siyesly really into this colour recently . besides pink . semua barang baru yang aku beli warna mint or turquoise.. and hari tu aku nampak jam kat vincci warna mint cantik gila nak mati dah la murah . next time aku keluar aku nak beli tak kira ! tapi takut dah habis pasal hari tu macam tinggal satu je T_T



so , next week aku dah start final exam . for two weeks . then no more asasi . no more PASUM . no more . habissss . finishhhhhh . phew ~ so , wish me luck ! doakan aku dapat poplet amin muah muah .



Photobucket

Empat

Assalamualaikum :)

phew ~ sedar tak sedar dah empat tahun . rasa macam baru je lagi . i never thought this relationship can last this long . dulu jet jet macam ala kita kasi can la . trial dua minggu ke satu bulan ke . saja acah acah nak couple . zaman gatal miang lah kata khooon ~ but last last end up sampai sekarang -,-

at first I thought maybe i can stick with him sebab terbiasa . ye lah , hari hari jumpa kat sekolah . so just go with the flow camtu . masa form five hari tu yakin tak yakin je sebenarnya boleh tahan after sekolah . yelah , lepas spm masing masing dengan hidup masing masing . dua dua sibuk . duduk jauh . jumpa kadang kadang . 

ya kadang kadang bosan . ya kadang kadang fed up . ya kadang kadang menyampah . 
tapi entah lah .

dia macam ada satu stage tu rasa macam dah takde feeling . kalau break pun tak pe kot . tak kisah . tapi last last nanti rasa tak sanggup . tak boleh . cari balik -,-

dan rasa kosong tu akan refill balik setiap kali call . setiap kali jumpa .


pelik kan ? entah , aku memang pelik .

sebenarnya hari tu kengkonon nak buatkan card ke movie ke apa . nak jet jet sweet lah konon . dah lama tak buat benda sweet sweet ni . tapi nak buat card tak de kertas warna . nak buat movie tak reti . habis apa yang aku reti ? menaip . hehe . ya , menaip pukul lima pagi dalam gelap =..='












haaaa ko . kita kasi timeline sikit . ni je gambar yang aku jumpa . haha . 
oh oh . tgk la perubahan muka . aku nampak sama je kan kan kan ? well , i'olls awet muda. abang po pulak nampak makin tua . haish cemana ni . nanti besar dah macam bergambar dengan ayah sendiri pulak . haish , kena suggest kan abang po beli pencuci muka anti aging lah pasni . 



akhir kata , (chewahh macam karangan pulak ada penutup)
selamat empat tahun . 
eh sama je macam pendahuluan ?
ok la kita tambah sikit.
ehem.
i love you.
:P
Photobucket

Wordless wednesday






Photobucket

You are not alone

Ok entry kedua untuk hari ni .

ahaks



so tadi kan aku keluar . sorang . pasal tak de siapa nak ajak temankan . kawan kawan semua ramai balik . tak de duit . busy . nak siapkan tutorial . bla bla bla . so ahh tak peduli sorang pon sorang lah . dan sebenarnya aku lagi selesa keluar sorang . sebab aku ni jenis suka merayau and masuk semua kedai . so kalau dengan orang tu tak dapat la nak buat semua tu . kesian la dekat orang kena ikut aku ke hulu ke hilir . belinye idok jugok . hahaha .

so tadi sampai sampai terus serbu sushi king.. even dari jauh nampak sushi king penuh gila orang siap beratur panjang tunggu seat tapi aku tak kira . aku nak jugak makan sushi . dah sebulan kebulur nak makan sushi . kang mati kempunan tak ke naye ? so beratur lah .

kebetulan row aku makan tu , semua perempuan , and semua makan sorang sorang . hahaha . so tak de lah rasa forever alone sangat kan . ada la borak borak dengan akak sebelah . memula ingat kan umur lebih kurang je rupanya dah 26 . lahai kecik je akak tu . nama dia wani . pot pet pot pet rupanya dia ni kawan pakcik aku . ok fine . keciknya dunia -,-

time borak tu banyak kali dia tanya aku makan sorang je ke . dah tu kau tengok sebelah aku ni ada bunian ke . ye le sorang . apa masalah ? dia macam pelik budak budak sebaya aku keluar sorang sorang makan sorang sorang . tskk . jangan lah dikau membuatkan dahku berasa sangat forever alone akak . janganlah . nehi . don't . haipp . dia cakap bahaya sorang sorang . I dah la kecik je . pastu dia cerita pulak ada cousin dia kena tarik dengan driver teksi nak bawak lari pergi tempat lain . nasib baik kuat lawan balik and lari . lepas tu aku jadi takut nak balik UM . dah la malam . terima kasih banyak akak -,-

lepas tu pergi mph . lepas tu pergi solat . on the way pergi solat tu ternampak tropicana life buat promotion baju sehelai RM15 . tiba tiba secara spontan lagi tidak sengaja dibawah kawalan dan tidak sedar , kaki aku melangkah masuk lalu tangan aku memilih baju dan dompet aku mengeluarkan isi perut nya di kaunter . dah keluar tu... baru mulut berkata kata "apahal aku pergi beli benda ni -,-"
tapi hati jahat nak sedapkan tuan badan pun berkata "tak pe lah . baju kau dua helai dah rosak kat ampaian . ada pompuan gila sidai baju dekat dekat habis luntur warna . elok elok pink jadi tompok tompok hijau ."

mangsa ketidaksengajaan


lepas tu hari ni banyak gila sale dekat mid valley . buat aku rasa nak gila jugak . kalau bukan sebab aku dah spend RM200 kat MPH , ada harapan aku beli macam macam tadi . fuhh , gugur iman . dah la sensorang . tak de siapa nak halang . and then pergi watson nak beli sabun . time tu baru sedar niat asal nak keluar jugak hari ni pasal pagi tadi time mandi sabun keluar malu malu je . 

aku ni selalu dilema gila nak mati setiap kali nak beli something nak ada bau . macam sabun ke lotion ke minyak wangi ke . aku akan duduk kat situ paling kurang 15 minit dok cium cium bau mana paling best . dan aktiviti ni sangatlah tak best dilakukan kalau ada orang menunggu . so tadi tak de orang tunggu lagi lamalah . hehe . tapi tadi time aku nak pilih tu , ada sorang mamat ni pon dilema nak beli sabun yang mana . aku rasa kami berdiri tercegat depan rak tu almost 10 minute kot . kejap berdiri . kejap duduk .. kejap cium sabun tu . letak balik . cium sabun yang lain . letak balik . ambil balik sabun yang tadi cium lagi . terpejam pejam mata nak buat keputusan mana paling wangi . last last aku jumpa dulu sabun pilihan hati . ahahaha

time tu sumpah rasa heaven gila nak mati . rasa macam ohhh akhirnya aku dah jumpa orang satu species dengan aku . rasa macam nak ajak dia high five time tu jugak . rasa macam nak mintak tolong dia decide yang mana paling wangi . rasa macam dah jumpa soulmate je . depan rak sabun -,-

dan balik balik penat penat i found this on my door

this really made my day . thanks to whoever yang spread this . rajin betul print , gunting , spread door to door . may Allah bless you .

hari ni buat aku rasa yang I'm not alone . ada je orang macam aku . bukan aku sorang je susah . bukan aku sorang je sedih . orang orang yang menanti family diorang yang hilang naik MH370 tu lagi berat ujian mereka . #prayforMH370





dan sekarang , pukul dua pagi , aku dah lapar balik =..=

Licin

Assalamualaikum :)

Hari ni aku keluar dengan niat untuk terapi diri... err... atau erti kata lain , pergi shopping . kebetulan aku baru dapat baucer buku... so... hari ni.. saya Nur Jannatul Husna dengan jayanya menghabiskan semua baucer buku . semua . habis . licin . tahniah Husna :)

ini before pergi...

ni time balik . hahah . nampak tak perubahan mood di situ . kekeke

ko tengok betapa panjang resit aku -..-''

aku tak tau nak belikan buku apa untuk adik pasal dia tu pemalas . ingat nak belikan buku mewarna thomas and friends tapi bila mengenangkan yang dia tu malas nak mewarna so tak jadi . last last belikan buku ni je . maybe dia berminat pasal ada puppet . comel je . haha .

and then , buku ni . yeay ~ orang cakap best tapi aku malas nak beli selama ni pasal rasa macam membazir . tapi bila dapat baucer ni apa salahnya kan tak keluar duit pon . hehehe

and buku ni aku tak nak pon sebenarnya tapi dia dah balut sekali dengan man form mars, woman are from venus tu . tak ada yang single . dan sekali lagi disebabkan baucer buku , apa salahnya -,-''



 and guess what , mestilah beli novel kan . like... come on . semua orang guna baucer buku beli novel . tipu lah kalau tak .
files..

new notebook :3
and yeay ~ akhirnya terbeli jugak buku ni . dah lupa banyak kisah nabi . so this gonna be my new bedtime story 
#harapharapbacajangansimpancelahkatilje




and this . sebenarnya aku tak nak pon semua ni . tapi pasal tetiba rupanya boleh guna kas siswa so ada lagi RM20 untuk cukupkan RM200 . menyesal aku tak tanya awal awal . asalnya aku teringin nak beli sharpie warna gold and correction tape tapi tak jadi pasal dah lebih dua ratus . tetiba ada lagi RM20 but benda benda tu semua jauh gila dari counter and aku sorang . so memang tak boleh nak pergi ambil . tak boleh nak hold pasal ramai gila lagi beratur kat belakang . kalau nak terpaksa beratur balik . aku beratur nak dekat sejam kot . aku tak sanggup nak beratur balik . so pasrah je lah ambil je apa yang ada dekat counter tu . tak pe lah , pen boleh guna buat jawab final nanti . sob sob...


tapi sumpah terkilan tak dapat sharpie T_T

lagi Rm50 aku beli buku Q&A maths dekat lecturer aku . baik kan aku -,-
so balance lah . ada buku agama , ada buku belajar . ada novel . ada buku gedik gedik . ada buku nota . ada buku untuk adik adik . tak de lah aku spend untuk diri sendiri melaghro je kan ? kan kan ? plis lah cakap kan . (nak sedapkan hati baru dapat minggu ni minggu ni jugak habis)









Photobucket