Awkward moment that I hate



Setiap orang mesti pernah mengalami moment moment yang janggal gila nak mati . senang kata awkward lah . alah , kau tak kan tak tau awkward tu apa ? noob gila ! noob pun tak tau apa ? kesiannya....


bagi aku , awkward moment yang aku tak suka is when...

\first/
bila aku nak order makanan tapi tak tau nak order apa . lagi lagi bila benda yang perlu beratur kat kaunter . bila dah sampa turn tapi still tak tau nak order apa . then waiter tu akan.... "ya cik nak order apa?"
me: errr.... emmmm.... jap jap... hmm.... apa ek... aaaa tak tau . jap jap .

=..=''

kadang kadang bila kaunter kosong aku takkan terus beratur and berdiri jauh sikit dari kaunter sampai tengok list makanan . I have problem , a big problem in deciding what I want to eat . dilema gila . kadang kadang sampai orang kaunter tu tegur suruh order kat kaunter... And I was like... "jap jap . tak tau lagi nak makan apa"

\second/
bila tengah nak pilih barang , orang kedai tu ikut je... kadang kadang tu kita saja masuk tengok tengok bukan nak beli pon . tapi dia ikut je belakang bontot ni macam kalau dia toleh lain sekejap dengan sekelip mata aku akan lesap bersama kesemua barang dalam kedai tu . and anything yang aku sentuh dia akan bagitau harga and tanya nak ke tak . terutama kedai tudung and baju la . sakit jiwa betul .


\third/
bila aku gaduh dengan someone , then bila dah berbaik semula , aku jadi awkward nak macam biasa dengan orang tu . jadi awkward nak senyum ke tak nak . awkward nak tegur ke tak nak . awkward nak duduk dekat . awkward segalanya lah ! That's why I tend to be stranger kat orang orang yang pernah ada konflik dengan aku . kalau orang tu bukan jenis yang peramah senang nak tegur tegur balik lepas sesi bermaaf maafan tu memang tak lah aku nak tegur dulu . hahaha .

\fourth/
time aku makan , baik kau makan . i mean makan yang memang betul betul makan lah like lunch or dinner . I don't really like when I eat and people just sitting in front of me watching I'm eating . in silence . kalau orang tu jenis banyak cakap tak pe lagi . kalau dapat dengan orang yang tak banyak cakap awkward gila kot . aku ni pulak dah la jenis makan ayu gila nak mati . rasanya kalau ada pertandingan siapa makan paling sopan dan lambat memang akulah pemenang dia kan . kawan kawan aku pon ramai yang tegur cakap aku makan cover . nak cover buat apa depan diorang je kot .
aku: aku memang makan macam ni -,-

\fifth/
paling paling awkward bila tetiba classmate confess dekat kita yang dia suka kita . padahal aku dah habis friendzone dia dah . tapi kebal jugak tu . tak sedar sedar jugak yang aku tengah friendzone dia . so terpaksalah aku musnahkan detik detik kenkonon nak indah tu dengan...
"hahahahahha kau dah gila ke apa suka kat aku ? kalau aku pun tak kan suka kat diri aku . sorry lah aku dah ada boyfriend"

burnnnnnn ya burnnnn !


Photobucket

Take a Walk


hearing to this song , makes me feels like... hey , how about we just take a walk ? Alone . A walk like.. just to see , to enjoy . so , petang tadi , lepas hantar dila kat KL central , I decided to talk a walk to klcc . haha . entah tiba tiba datang mood nak tengok air pancut . sorang sorang pun aku bedal je . tengah tengah bulan ni memang angin lain macam sikit maklumlah . haha .

ini je gambar dengan dila yang sempat tangkap . ni pun singgah mid valley kejap nak pergi pharmacy . 


dekat klcc tadi , aku saja je lah jalan jalan tepi tepi air pancut tu . tetiba makin lama makin jauh . and aku just jalan je . tak fikir pun jalan tu menuju ke mana . tetiba jalan jalan jumpa playground . omg eksaited gila nak mati kot rasa . I know ada taman and kolam mandi dekat klcc but i don't know where . dulu pergi pun masa kecik dengan family . tau tau dah sampai kat taman tu .  so bila jalan saja saja tetiba jumpa punya lah seronok . hahaha

dan last last aku sesat -,-
nasib baik jumpa jalan balik . lol sangat Husna .

Actually aku ada rakam video adventure lah sangat aku tu . Tapi malangnya entah kenapa tak boleh nak upload . Tskk . 









Photobucket

Malam Emas

*warning : entry ni banyak gila nak mati gambar . sila kuatkan semangat anda*


Assalamualaikum !
haih lama gila tak update blog . sumpah busy sekarang . Malam emas yang kes minggu lepas pun baru minggu ni nak update . dah basi woi . haha 

so last Saturday night , kami rakyat pasumians were having a great night . ye la , selalu malam malam astik bersengkang mata buat tutorial , so malam tu kasi chance la kami nak berjimba . *ecey ecey ayat macam hari-hari study je padahal dok berjimba jugak*

Malam Emas tu buat kat dewan merdeka , PWTC . activity macam biasa la , makan , show , makan , speech , makan , award , dan makan . and oh ! tetiba ada surprise Lan pet pet datang . havoc woi . and loved all the performance . sumpah best .

so.. can't talk too much . kita layan gambaq je la noohhh

number yang langsung tak lucky . heh . 
sumpah jeles dengan orang yang menang lucky draw . kau tau dapat apa ?? ipod nano weh !


and budak yang dapat anugerah pelajar top semua tu tau dapat apa ?

Galaxy Note 3
Rm1000
bla3...

ok
.
menyesal
.
tak
.
belajar
.
rajin
.
rajin








FOOD !
ada server tau u'olls . tapi tukang serve aku bangla tak hensem . tskk . i'olls is sad.
menu malam tu is chinese food . and tau tau dia serve benda yang aku dah lama teringin tapi takut nak makan . janin octopus . haha
ok it is not janin actually . tapi aku panggil macam tu sebab dia kecik dan merah ? err.. selalu nampak dekat sushi king tapi geli nak try . tapi malam tu try sedap je . macam sambal sotong je rasa dia . haha

and ada banyak lagi makanan . shark fin soup , nasi goreng ape tah , desert manis nak mati , udang goreng berempah , air kelapa longan bla bla . 
tapi tak puas makan pasal dia serve ciput ciput . tengok la pinggan kecik mana . pastu tak sempat nak tambah lagi bangla tu nak mintak nak kutip pinggan , nak serve makanan lain pulak . ciskek betul .
dan aku mengharapkan segunung desert like cake , pudding , chocolate , something liddat but ngak ada . titew cedih . titew tak puas hati . balik dari dinner tu nangis sambil makan coki coki je. tskkk


#OOTN
baju i'olls simple je . tak rajin nak pergi tempah dress cantik cantik macam orang lain . tskk



PASUM kurus.. keh keh . patut gemok lagi tapi dah cair.




phew ~ penat ? aku pon . hahahahaha
Photobucket

2014 wishlist


hey yo . so I think 2013 was just a shopping year . hahaha . memang banyak benda yang aku dah habiskan duit tahun lepas . *sigh* kalau duit tu semua aku simpan tak spent untuk benda benda tak patut , sekarang patut ada lima ribu kot at least . haish...

so last year aku rasa semua wishlist aku dah boleh potong .
I've got a laptop *even tak pink.. sobsob* , 
galaxy note 3 *ambik kau nak sangat phone baru . lepas ni jangan mintak mintak dah*
lots of accessories 
bagsssss
shoesssssss
make up ssssss
clothsssssss
dan aku dah berjaya mengait . hohoho


ni lah jadinya bila hidup sendiri . selalu wishlist tak terpotong potong pasal maklum lah mintak dengan parents selalu tak dilayan . bila ada duit sendiri ambik kau , semua aku beli . kakakakah
disebabkan keborosan last year , tahun ni harus lah hidup berjimat cermat . habis asasi ni aku berazam nak kerja . dan nak ambil kursus menjahit . errr mana satu ni ? harap harap boleh dua dua . insyaallah sempat . so , boleh lah aku shopping untuk potong wishlist tahun ni pulak . ahaks ahaks .

so setakat ni ini wishlist aku untuk tahun ni .

 aku dah lama teringin insta polaroid camera . tapi harga dia murah je tapi selalu tak terbeli pasal rasa benda ni membazir . tapi... nak jugak ! bila pandang dari sudut positive bagus jugak pasal sekarang asyik tangkap gambar pastu simpan dalam laptop . lepas tu tak print pon . lepas tu laptop rosak . lepas tu semua gambar hilang . hilang semua kenangan . kalau tangkap terus print kan ke bagus ? dan comel . teehee ~


dah lama nak beg chanel ni , tskk . tapi tak ada lah nak beli yang betul betul chanel . kopak dompet aku . hahah . aku nak cari yang replica je . aku dah jumpa dekat time square . memang jauh lagi murah dari yang jual online . tapi tapi... sekarang tengah berjimat . so pejam mata pura pura tak nampak . but aku akan pastikan before habis asasi aku akan bawak balik satu . ngeh ngeh .

an island vacation . 
aku dah cakap dengan ibu boleh tak kalau lepas habis asasi nak pergi bercuti kat pulau mana mana dengan kawan . and guess what , ibu cakap OK . like seriously ??? ibu demam ke apa tetiba senang je nak bagi . hahaha .  lagi lagi kalau nak pergi langkawi . lagi lah ibu bagi . dengan harapan mintak aku balik bersama periuk belanga dan pinggan mangkuk baru . ya , baik ada sebab . aku dah agak =,=''


get a job.


belajar menjahit . 
and mission aku nak cuba jahit sendiri satu baju raya untuk tahun ni . agagaga . 


so , that's all . sikit je kan . sikit tapi semua besar . haha . 
and oh , tertinggal lagi satu . ini mana boleh lupa . yang satu ni akan sentiasa ada dalam wishlist sampai aku besar nanti *jet jet sekarang kecik lagi je*


teehee ~
Photobucket

Paling rindu....




Assalamualaikum :)

Bila dekat Kuala Lumpur , ada satu perkara je yang aku paling rindu . ya of course selain daripada peti sejuk, family , bilik aku , dan Abang Po . (nampak tak ranking mereka ? hahahhaa) dan benda tu ialah bintang . ya , bintang . like siyesly kau rindu bintang Husna ???

yes I am =..=''


siyes wa cakap sama lu , duduk sana haram sebutir pun tak nampak bayang bintang . ok tipu , bintang bercahaya macam mana nak nampak bayang dia kan . ahaks . maksud aku tak nampak pun kelibat bintang mahupun se.... urmm , apa penjodoh bilangan bagi bintang ?


aku tak tau lah pulak kalau dari area lain . tapi kalau dari UM , memang tak nampak . maybe sebab UM kat tengah tengah bandar kot . bila aku tengok langit malam malam , langit kat sana tak segelap langit kat sini . langit kat sana cerah . dia macam oren . pasal banyak sangat lampu mungkin ?  pukul dua belas malam kat sana sama cerah macam pukul tujuh malam kat sini . langit memalam macam langit time maghrib je .


so , memang tak lah nak nampak bintang kan kalau dah terang macam tu . that's why benda yang aku paling rindu ialah bintang . so setiap kali aku balik rumah , aku akan tengok bintang . hahaha . and semenjak dua menjak tiga menjak ni aku suka ambil bas pukul 7 . first sebab aku tak nak skip lecture petang jumaat tu (baik kan i'olls tak ponteng lecture . teehee ~) . second sebab aku nak tengok bintang sepanjang perjalanan balik . hahaha . naik bas terus lelaju cop seat tepi tingkap .


kenapa aku suka tengok bintang ? saja . mengagumi indahnya ciptaan Allah mungkin ? haha . well , bila tengok nature ni haruslah ada terbit rasa takjub and kagum dalam hati tu . baru rasa betapa luasnya dunia and betapa kerdilnya kita . dan lagi satu aku selalu terfikir siapa yang tengah tengok bintang yang sama dengan aku . hahahaha . bila dah datang mood koya koya berangan tu haa mula lah . faham faham sendiri lah ye :P

*tau korang tak faham . padan muka :P*



P/S : aku tengah jeles ni ada orang tu seronok berjimba pagi petang siang malam kat tepi pantai kat pulau . aku ni bosan duduk rumah . pagi tadi seronok seronok nak tengok barbie mariposa pun tetiba ada orang alih cerita aisyah 50 sen . haih apa lah nasib...
Photobucket