Rezeki

Assalamualaikum.

Sekarang . Di sini . PASUM . Eighteen .
aku baru nampak apa yang orang panggil rezeki . *oh god , aku rasa nak nangis time taip entry ni*
rezeki is something like dah ditentukan . Allah dah tetapkan rezeki masing masing . even kita usaha kuat mana pun , kalau takat tu je rezeki kita , takat tu je yang kita akan dapat . jangan pertikaikan kenapa . itu dah pun ditakdirkan untuk kita.


like me , Alhamdulillah. rezeki aku masih murah . sampai sekarang . aku tak pernah betul betul rasa susah . terutama dalam bab pelajaran . alhamdulillah aku dikurniakan otak yang pandai . I'm not that kinda genius freak or what . I'm still human . but maybe with higher IQ . like cara belajar aku just fokus dalam kelas than insyaallah benda tu aku dapat faham . and once aku faham aku ingat .

but lain orang lain cara . aku sedih tengok kawan kawan aku . sedih yang macam benda tu kita yang rasa untuk diorang . aku sedih tengok mereka yang struggle gila gila . tapi bila dapat result..... rezeki mereka kurang . padahal diorang lah muka muka yang tak pernah ponteng lecture . yang selalu datang awal . yang tutorial selalu siap and betul . even tutorial aku selalu copy diorang punya . but bila exam , markah aku way higher than them . sedangkan mereka study dari awal awal lagi . aku ? malam before exam baru nak belajar . bukan ulangkaji . tapi belajar . baru nak tahu macam mana nak buat benda tu . baru tahu benda tu rupanya macam tu . baru tahu yang topik tu wujud selama ni -,-

It is kinda not fair right ?

Yes , kalau aku jadi kawan kawan aku sendiri pun , aku mungkin akan menyampah dengan diri sendiri . usaha kurang , dapat lebih .

but i did . even aku maybe study last minute but hari hari aku tidur pukul empat kot time final hari tu . hehe , pasal last minute kan . tapi itu dikira usaha lah jugak kan ?

dan alhamdulillah , result aku boleh la . memuaskan . doa aku dimakbulkan . 4.0 tu memang tidak ler . dengan usaha macam aku . soalan past year beli RM17 tu membazir macam tu je tak usik langsung . study pun malam before exam . ada hati . tapi alhamdulillah lebih dari 3.5 . bersyukur sangat dah tu . kawan kawan aku lagi teruk kot .

but another half of me still terdetik rasa tak bersyukur . like... alah... kenapa tak 4.0 . kenapa subjek ni boleh dapat macam ni . kenapa.... padahal sedar je memang itu selayaknya dengan usaha aku . sebenarnya tak layak pun dengan kecilnya usaha aku .


dan bila aku dah nampak this 'rezeki'  ni , aku jadi takut . kita hidup kan macam roda . aku takkan selamanya ada kat atas . once aku akan ada kat bawah jugak . dan menanti waktu tu yang buat aku sangat takut . I wonder apa keadaan aku time tu . aku takut aku tak boleh terima bila Allah tarik rezeki aku . kawan aku cakap mungkin rezeki aku kat pelajaran . maybe nanti aku jatuh dekat benda lain . like... marriage ? Nauzubillah . mintak dijauhkan !

aku ni dah la selalu je tak bersyukur . sebab selalu ada kat atas . even still di atas tapi kurang sikit je , dah rasa tak bersyukur . astaghfirullah . harap harap lepas ni dapat istiqamah diri sikit .


dan kepada kawan kawan aku yang kurang berjaya . jangan sedih . itu rezeki dan takdir korang . maybe bukan disini . maybe jalan hidup korang lepas ni lebih baik . who knows right ? jangan peduli apa orang kata . diorang tak boleh nak kawal kita pun . teruskan hidup macam biasa. tak kisah lah start semula pun . yang penting bangkit . tunjukkan yang kita masih boleh buat . walaupun dalam bidang lain . masing masing ada kelebihan sendiri . insyaAllah.




Photobucket

3 comments:

  1. Nicee and Cutee Blogg ^.^ ~ Anyway, Do Follow me back : myfairytale0806.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bestnye phone baru ! wooo ~
    aku baru je tag kau untuk GA :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)