Final Sem Haul

Supp ?

So , seperti yang dijanjikan... walaupun lambat , cerita pun dah lemau . barang shopping pun dah bosan pakai . heh.. whatever , kita teruskan cerita.
Ehem , buat sesiapa yang tak tahu , haa meh sini ceq nak habaq something . i'olls dah habis sem 1 . woohooo ~ tinggal satu sem je lagi and then habis dah acaci . but yeah , tak boleh nak woohoo sangat pasal final hari tu aku jawab macam haram . menyesal sekarang tak guna dah . huaaa . dah , tutup cerita . ini pengajaran , sem 2 janji dengan diri sendiri kurangkan berjimba , buat tutorial je . 

harap harap tak mungkir janji dengan diri sendiri lah T_T


habis exam hari jumaat , petang tu terus aku berambus pergi mid valley . baju pun tak tukar . kisah pulak aku pakai jubah pergi mid . ramai je minah arab kat mid tu , boleh la jet jet minah arab sikit kan . ahak . and hari tu agak ramai yang terkejut tengok aku pasal aku pakai eyeliner macam metal . hahaha , maaf lah . titew berkabung pasal final dah nak habis and aku tak dapat buat elok elok pun . rasanya 4.0 flat tu memang harapan lah . harap harap result tak teruk sangat . tawakal jelah yang mampu..

dan esoknya , seperti yang dirancang sejak final belum start pun . muehehe , aku telah pun pergi release stress dengan menyumbang kepada ekonomi negara , yakni copping ! i loike copping ~ ahak ! misi utama kononnya nak cari beg . tapi malangnya tak kutemui jua beg idaman hati . haih , sesiapa tahu mana nak cari backpack coral floral ? plisss share dengan aku . dah puas cari tak jumpa .

last last end up dengan beli benda lain . hehehe , memang selalu pun macam tu . but sokey , rasa seronok gila dapat habiskan duit . hmm hmm , nampak tak sikap mazmumah di situ ? bakal suami harap sediakan poket tebal tebal . hujung minggu nampak dah plan nak habiskan masa dengan family kat mana . mana lagi kalau bukan shopping mall . muehehe .

eh eh , termerepek pulok . konon nak tayang barang barang copping je . kalau dah nama husna gini la gayanya , merepek je kerja .

nampak tak benda benda yang aku beli tak motif gila ?

kasut tu , memang dah lama aku nak . pasal nampak kawan pakai cantik gila , so memang aku dah cakap aku nak jugak beli kasut macam tu . and I did . aku pusing tiga tingkat ok cari kasut tu . aku masuk setiap kedai yang ada . walaupun jalan sambil tahan sakit kaki , tetap ku gagahkan jua . and at last , jeng jeng jeng . come to mama . di mana ada kemahuan di situ ada jalan . usaha tangga kejayaan . walaupun actually aku naik escalator . lol , lawak hambar .

hahaha , melampau tak effect bling bling dia ? memandangkan purse aku dah buruk sangat , nak pandang pun sakit hati , so aku beli la purse ni . sebab macam comel je . hehe . tapi purse RM10 , rasanya tak lama nanti aku beli baru lagi . kekeke


dan rabbit ni... err, lagi unmotif gila . tapi... tapi... tapi... ahh , tak boleh la ! dah lama aku usha rabbit ni . comel gila . tapi yang aku jumpa dekat mid mahal sangat . dekat time square murah sikit . pulak tu tempat yang aku beli tu ada discount . konon konon nak beli yang kecik je , tapi TERbeli yang besar . hehe . tak de lah besar sangat . alang alang . lagipun aku dah lama tak spend duit untuk benda benda macam ni . apa salahnya. kot .

memandangkan barang barang yang aku beli hari tu semua bling bling , so aku namakan rabbit ni glitter . hahahahha . apa ? dah 18 tahun ? eh kesah pulak haku =..=

dan banyak la lagi benda kecik kecik yang aku beli like gelang and so on . tak perlu lah kot tunjuk . hehehe . ok lah , daa~

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)