Loner



Assalamualaikum :)
Dekat kolej kediaman ni ada banyak sangat kucing . dekat floor 9 pun ada dua ekor kucing menetap kat sini . tapi aku ada perasan ada sekor kucing ni dia macam sorang sorang je . lonely sangat . tak ada pun kucing lain nak main main dengan dia . orang pun tak datang usap usap dia pasal dia tak comel . everytime dia akan lepak dekat tempat yang sama . alone .


so semalam aku dengan roommate pergi sapa kucing tu . ngehehe . and guess what , dia manja sangat . kalau kucing lain , kau letak atas riba , konfem meronta nak turun . tapi dia sedap pulak landing siap boleh tidur lagi . wat lek wat pis je bak kata lecturer aku . haha . dia macam suka sangat bila orang manjakan dia . sampai bila nak turunkan semula dia pulak yang tak nak . nak beriba lagi . awww , so cute ~~

disebabkan cair dengan kemanjaan beliau , kami dah sepakat untuk bawak kucing tu naik floor sembilan . ngehehe . hoi berdebar gila kucing tu time bawa masuk dalam lif . maklum ler , selama ni dia hidup kat persekitaran yang sama . tak pernah meneroka kot . kucing lain semua pandai guna lif . haha . kadang kadang tunggu lif , bukak bukak ada kucing dalam tu . then selamber je keluar . haih , kucing zaman sekarang dah maju . kau kalau jakun lagi nak naik lif malu la sikit dekat kucing.

tapi tak lama . lima minit lepas tu kami mula terfikir acano nak jaga kucing ni ? kalau dia berak merata cane ? siapa nak bagi makan ? nak bagi dia tidur kat mana ? dan tiba tiba kami baru sedar yang kucing tu kotor and ada kurap =..=''
cepat cepat sarung tudung balik and hantar kucing tu turun semula . naik bilik terus basuh baju and pakai hand hanitizer . hahaha . kejam sangat hoi . kesian kucing tu . mesti dia sedih . baru je nak disayangi dah kena buang balik . tapi nak buat macam mana kan . kami belum sedia bagi sebarang komitmen . kui kui kui . heh , macam ni berangan konon nak bela hamster la apa . mati kering la hamster tu nanti dalam bilik . lagi lagi berangan nak kahwin awal . belajar sambil jadi bini orang ? heh , lupakan je la .

hmm , harap harap ada lah sesiapa yang kutip kucing tu and nak jaga dia nanti . aku cuma mampu mendoakan kesejahteraanmu wahai kucing loner . hahahahaha .

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)