Assalamualaikum :3
Semalam , kanak kanak gegerl ex-5BETA melawat sekolah secara berjemaah . hal ini berikutan kerana ketidakfahaman serta kebebalan kami dalam mengisi borang UPU yang sungguh rumit lagi banyak songeh . so kami jumpa dengan guru kaunseling bagi mendapatkan khidmat nasihat beliau .
tapi tuntas , ghrupenye cikgu cakap nanti dah dapat result baru isi . pasal takut isi ikut suka hati lemak perut serta ginjal tetiba result yang keluar tak padan dan tak layak untuk pilihan course yang kita mintak . ceh , kami ni dah eksaited tahap mega nak pilih macam macam -,-
makanya lepas jumpa guru kaunseling , kami pun cari cikgu kesayangan kami , yakni mama beranak dua puluh sembilan . siyesly kami macam... omaigad , jakun gila . nampak cikgu tu , "CIKGU!!!" *muka eksaited habis* nampak cikgu ni "TEACHER!!!" *sambil lambai lambai macam orang jumpa retis* haha . gamaknya memang gini lah eh rupa orang yang dah habis sekolah pergi melawat sekolah balik .
then kami pun berlabuh di kantin . berkat kemahiran membodek serta mengambil hati , dapatlah minum air sorang segelas free . hahak . tengs cikgu Huda dah belanja kami . but seriously , tender kantin baru sangat tak best . service gila slow and pilihan makanan pun tak ada . kalau macam dulu dulu agaknya semalam dah selamat kami mencekik mee goreng sorang sepinggan . choi !
so bila jumpa balik kawan kawan , mulalah . dok peluk peluk bajet rindu sangat lettew . but I was like... just tengok semua orang riuh macam tak jumpa sepuluh tahun . pasal tak ada geng aku kot kat situ . haha . but the best part *cough* semua orang *cough* cakap I ayu semalam . hua hua hua krohh krohh . maybe sebab semalam I diam je . selalu terlompat lompat berlari lari macam budak hiper . tapi semalam senyap je duduk pun kepit . hahah . entah angin monsun mana datang sampai jadi macam tu . maybe jugak sebab I jarang pakai baju kurung . and jarang pakai tudung bawal . selalu pakai shawl tak pun tudung syria . so semalam , terserlah lah keayuan beta . selama ni yang terserlah ke-gojes-an beta jaa . muahahaha \sila muntah segera/
then borak borak borak borak . tak cukup borak sambil melantak dekat kantin kami bedal pergi mencekik dekat marry brown pulak . siyes bising satu MB dengan suara diorang . okay suara diorang . because obviously I tak cakap sangat semalam . haha . bukak lah cerita semua . ada yang kerja dekat kilang kerepek , ada yang kerja dekat kedai kasut , kedai makan . but majority jadi bibik aka penternak lemak yang berjaya dekat rumah sendiri serta dalam proses ambil lesen . like me . hahah
dan yang paling paling best cikgu Huda cakap I nampak makin kurus dah bila duduk rumah . muahahaha . gila tak kurus . bangun tengah hari , then baru nak masak . bila dah siap masak , sidai kain basuh pinggan bla bla bla . pukul tiga baru nak mandi . lepas mandi baru I makan . masa tu maybe dalam pukul empat lebih . and tu lah breakfast , tulah lunch , tu jugaklah dinner . and semenjak dua menjak tiga menjak ni rumah ni bebas dari sebarang bentuk kerepek serta jajan . so tak ada apa nak mengunyah bila bosan .
konklusinya , kerjaya aku sebagai penternak lemak masih belum sukses . hari tu dah naik tiga kilo . tapi sekarang dah turun balik dua kilo plus plus . kalau turun sikit lagi , I dah tergolong dalam golongan kurang berat . aww , terasa diriku sangat slim . bhahahaha =..=''
kita doakan akk jadi penternak lemak yang sukses XD [ serious ta ada kerja ! ]
ReplyDeletehaha . tq tq :P
Delete