Assalamualaikum ♥
Haish ! Sumpah dah bosan tahap gaban ni . Rasanya gaban pun belum tentu pernah bosan tahap ni . Bayangkan , secara ajaibnya hari ni aku tak boleh nak tidur lepas subuh . Selalunya habis assalamualaikum warahmatullah.. gulung telekung , terus terkam katil masuk dalam selimut . Tapi hari ni terkebil kebil pulak . Padahal malam tadi tidur pukul empat . Err -,-
Dan lebih menggembirakan , ayah tak bayar bil astro lagi and segala lappy diangkut ke sekolah oleh parents aku . Yeay for me -,- . Duduk rumah sorang sorang . Tak boleh nak tidur . Nothing to do . No tv , no lappy . I'm doomed ! Mujur ada phone .
Makanya dari pagi tadi aku meroyan . Main game sampai pukul sembilan . Then dah bosan pakai masker . Sambil sambil tu baca novel . Then dah bosan sangat pergi mandi . Hahaha . Dah laaaamaaaaaaa tak mandi pagi ! Akhirnya ! Habis semua jenis sabun aku pakai . Siap syampu rambut lagi . Cuci muka sampai dua kali ! Haha
Lepas siap mandi aku buat sesi mandi lotion pulak . Kekeke . Padahal selama ni jarang gila pakai lotion pasal malas . Tapi bosan tahap hardcore punya pasal habis satu badan aku sapu lotion . Then pakai toner , pakai krim tu krim ni . Sembur perfume siket . Pakai baju lawa lawa . *padahal curi curi pakai baju adik (tapi baju ni same size ok , cuma corak je lain dari yang aku punya) :P*
Now i'm so so wangi and so so comel . Ahak . Ini statement mintak kaki . Maaf semua . Bukan selalu nak bajet comel . Tapi siyes wangi kot . Mana tak nya , semua benda yang wangi aku pakai . Hee ~
Dah cantik cantik macam ni nak pergi mana ? Of coz lah pergi sidai kain . Then memasak -,- disebabkan hari ni mood cantik , haruslah memasak sambil pasang lagu and menari nari di dapur . Ohh sungguh drama . Tapi aku kesah ape . Bukan ada orang nampak pun . Kahkahkah
#Padahal goreng ikan je poooooon~
p/s : my sis baru balik , and bila bukak je pintu and nampak muka comel aku dia terus cakap, "pakai baju Huda ! Eeeeish , suka hati je ! "
Heheee . Pinjam la . Alah baju ni kalau aku yang pakai lagi longgar kot dari kau pakai :P *nak cakap slim sebenarnya . Ngeee*
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)