Alone T^T


Di saat adikku sedang terkangkang main tablet . di saat baby montel sedang menjerit berebut karipap . di saat kazen ku sedang tacing sorang sorang tengok cerita korea . di saat perut haku tanpa segan silu suka hati sel tisu serta otot dia je nak buat konsert . kuat pulak tu bunyi nye .  masalahnya baru je makan . nampaklah kadar metabolisme badan tinggi membuatkan ai rasa tak bersalah makan sepanjang masa . ahak XD #tapi rasa macam start cuti ni badan makin naik -,-''

dan di saat itulah ada seorang tuan puteri bajet kiut pakai baju pink suka suki update blog dekat rumah orang . berbekalkan notebook satu malaysia kazen ku yang sedang mengepam gemok , bergantung pada plak di dinding rumah mak ngah untuk mengecaj notebook ni , dengan semua nilah aku gigih mengupdate jugak blog untuk melaksanakan misi penting . 

ya , misi penting . yakni misi untuk merapek di tengah hari . dan misi ini telah pun dengan jayanya dilaksanakan pada dua perenggan di atas . tiada kemalangan jiwa dilaporkan :D

setelah ditinggalkan Abang Po sejak tiga hari yang lalu , aku sikit sikit bertukar jadi zombie . ni semua gara-gara penyakit bosangilababengtaktahunakbuatapa . selalunya bila bosan boleh cari point . ejek dia makin gemuk ke , cakap dia banyak lemak bersepah macam hippo ke , panggil dia dugong ke , cakap diameter lubang hidung dia bertambah ke... tapi bila dia dah busy , tak boleh nak contact , hah mulalah . tak de siapa nak tuju . akhirnya baby montel yang jadi mangsa . habis semua mainan dia aku yang main . ngehehe ~

nak pergi shoppng , duit dah habis . ibu macam tak nak kasi aku kerja je . makanya minggu ni nekad nak pergi jugak buat lesen . duduk rumah asyik menternak lemak je , tak boleh jadi jugak . nanti kalau gemuk jatuhlah reputasi ai selaku princess paling bajet kiut abad ini . bahaya bahaya .
Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)