FREEDOM


Assalamualaikum
hey you ! yeah you ! you yang tengah buat muka mengantuk baca blog I tu . ye , you la , jangan nak pandang orang belakang pulak . apsal tak jawab salam ? haish , berdosa tau !!

okay , let's begin
dengan ini , beta tuan puteri Husnaland dengan sukacita supereksaitednya mengumumkan , FREEDOM IS MINE . yeah baby ~ *drum roll pliss !

akhirnya akhirnya ~~ dah lepas azab SPM . siyes SPM ni memang buat mata sembap , muka ngantok , jari terseksa , badan lenguh , dan yang paling penting sekali , otak meletops . ohh , ini bukan rancangan meletops yang ada neelofa tu ya . ini siaran langsung dari berita tergempar diraja Husnaland . eh , apa yang aku karutkan ni -,-

haih , petang tadi dah pulangkan semua buku teks . ok tipu , tak semua . The Curse hilang . macam mana la boleh hilang . padahal tak pernah baca pun buku tu . err . yang penting lega ! no more buku teks sekolah . ahakk . no more pakaian seragam , no more hijau PSS , no more stoking putih tapak hitam , no more kasut sekolah line seven , no more...no more..

dan no more tiru homework Abang Po . no more kacau dia tidur dalam kelas . no more pijak kasut dia yang sebenarnya tak pernah berkilat pun . no more main kejar-kejar pasal dia bawak lari kasut . no more main kerusi roda Faiz sama sama , haha tak senonoh perangai macam tak de benda lain nak main . no more makan cornetto dekat koop . no more jalan kaki balik sekolah sama-sama . no more... no more...

rasa macam baru je semalam daftar masuk sekolah menengah . ghrupenye mok cik dah habis sekolah . terasa macam tua sangat diri dahku sekarang . bukan lagi kanak kanak sekolah . uhuk uhuk . but isokey , I awet muda . ahakk . nanti bila orang tanya , ohh , dah habis sekolah . time tu baru lah tersedar yang diri ni dah besar rupenya . dari segi umur la , bukan saiz . teeheee ~
lepas ni , nak pulun buat semuaaaa benda dalam list-to-do-afterspm haku tu . yeah !

oh yea , one more thing . sempena ke-freedom-an I , saya nak bagi korang semua satu tawaran hebat . uuuuu , bunyi macam gempak sangat je . haha . x x , ini bukan giveaway . you nak give away , you can go away . I tak de duit . krohh krohh .

ok ok , back to the point . saya ada jual teddy bear gilapunyabesargedabak . with a very really super duper triper wow price .

mempersembahkan ~~


tadaaa ~ i'm selling the bear okay , tiga kanan . not the chick yang kiri pakai baju hijau tu . yang tu mahal , harga ikut kilo . sekilo RM15 . ahaha .

well , siapa siapa berminat boleh pm saya di facebook . JANNA CUNA okay nama facebook beta . huhu . atau just tinggalkan comment di sini .

pilihan warna tiga tu la . dark brown , brown and white . ada dua saiz .
1.2 meter : RM150
1.6 meter (which is much taller than me -,-) : RM190
penghantaran ke semenanjung is free yuh . sabah sarawak plus RM10 .

so , tolong bagitau mak kakak bini adik sepupu adik ipar anak sedara atok nenek pasal ni . hehe . best price ok . memang susah nak dapat harga ni untuk bear sebesar ni . kalau dekat kedai pun RM200++ .

Photobucket

List-to-do AFTER SPM :D

apsal beg tu choomel sangat haa ? grrr ~

Assalamualaikum 
Nampak tak ke-eksaited-an nak habis SPM tu ? hahahah . siap dah buat list-to-do lagi . pffftt . padahal list ni dah terfikir sebulan sebelum SPM lagi . hahah . teruk teruk .

so , let's begin XD

\first/
nak kerja ! tak kisah la kerja apa pun . 
but kawan ibu ada mintak princess teddy jadi cikgu tusyen untuk anak dia . cikgu tusyen ? err , macam tak sesuai je . apa kata , tukar jadi "orang yang tolong mengajar" . bhahaha , peliks la pulak . haih , ingat lepas SPM boleh bukak meja depan rumah . lelong buku . tapi nampaknya macam kena guna lagi je nak mengajar anak orang pulak . huu , baru nak joli sakan tanpa buku -,-

btw , sape sape nak join , silakan . tapi bayau la . ini bukan perkhidmatan awam . telefon awam , bas awam pun semua kena bayar tau !

Abang Po pulak , ajak haku jadi pekerja dia . konon nak bukak ala ala cafe kecik dekat butik pengantin mak dia tu . ok jugak , nanti boleh melantak wafer , cake , eskrem , jagung sume sepanjang hari . muahaha . rasanya nanti bukan kerja sangat , makan je lebih . kikiki .

\second/
nak ambik lesen ! motor kereta sekali semua . then nanti boleh la drive pergi jalan jalan . ahakk , bestnye .

\third/
yang ni malu nak cakap , nak belajar memasak . ahaha . tapi yang ni , tak sure lagi la nak buat ke tidak . hehe .

\fourth/
nak beli keyboard ! habis je spm , memang terus nak ajak ibu beli keyboard . tak kira tak kira ! then nak belajar main semua lagu . hehehe

\fifth/
nak pulun baca novel . target sekurang kurangnya dua minggu nak beli satu novel . jyeah !

\sixth/
kalau rajin , nak tulis novel . ahak , dah lama tak tulis cerpen . rinduuuuu ~

\seventh/
nak belajar mengait . tapi tak tahu mana nak cari sumber yang boleh tolong ajarkan . saya ni bebal sikit kalau bab ikut tutorial dari buku . dari utube , belum tengok lah pulak lagi .

\eighth/
nak holiday puas-puas ! at least nak heret ibu pergi bukit gambang pun jadilah . kalau ibu tak nak bawak , aku nak pergi merempat rumah maklong ke makngah ke . nak ajak diorang pulak . ahak , dasar anak sedara tak tau malu . but , what i care . hihi.

\ninth/
nak menternak lemak sesuka hati . nak makan puas puas . maggi asam jeruk semua nak telan . kalau semut tu sedap , pun aku nak makan . lantak lah otak bebal pun . nanti nak sambung study basuh la balik otak guna air zam zam . ape susah . huahaha .

\tenth/
nak kahwin ! eh ? huhuhu , gateiii >,<
Photobucket

Wordless Wednesday





Photobucket

Sementara itu...


Assalamualaikum...

Haish ! spoil betul ! tengah serunuk serunuk ambik mood nak meraban taip entry , tiba tiba kucing datang cakar bontot wa  . pffftt , tak guna . macam tak ada bontot sendiri je nak cakar bontot orang pulak . grrr ~

btw , berbalik kepada niat asal taip entry . sementara ada gap masa empat jam sebelum paper 2 addmath , haruslah kita take one hour berbloging sat . huahaha . sungguh tak sedar diri ! wahai diri sendiri , ini paper addmath , bukan math mod ! tapi tuntas , diri sendiri tak mau dengar nasihat diri sendiri . diri sendiri kata , "alah , rilek la bhai . addmath je kot ~~~"

dan sekarang aku sendiri tak paham ape yang diri sendiri cakap dan diri sendiri nasihat dekat diri sendiri yang diri sendiri tak nak dengar -..-''

tapi lagi sekali , princess teddy rasa , siyes ni , tak tipu , tak nak percaya ke , ohh tolong lah percaya ! , addmath kertas 1 tadi senang . betul , senang . selama ni buat soalan soalan trial negeri satu malaysia pehh susah tak ingat . dy\dt dy/dx cot kuasa dua sin(A+B) pum pang pum pang segala . last last keluar soalan yang basic je . choi ! alhamdulillah :)

tapi malangnya , ada juga segelintir kanak kanak sejagat yang selama ni drill soalan killer , sekali bila dapat soalan senang , pane , blur , hang , loss , jammed , semualah . diorang asyik buat yang susah , sekali dapat yang senang dah lupa macam mana nak buat . haih , macam tu pulokk =..=''

konklusinya readers , tolong doakan kertas 2 pukul 2 nanti senang jugak ! aminn , puh kiri puh kanan ~

Loving him was red ~

mempersembahkan ! the gergasi and the kiut slim princess .
*drum roll plizz*
taraaa ~ =..=''





kekekeke ~ disebabkan kami gedik , haruslah pakai baju sedondon yang buat semua orang silau mata . secubit tahniah patut dianugerahkan kepada Abang Po kerana berjaya cari baju melayu warna merah . walaupun kenyataannya , itu sebenarnya baju kahwin pakcik dia . dan dia dah pun merasmikan baju tu dulu . pffft , sangat tak patut =..=''

actually ni time graduasi hari tu . hahah , dua minggu kemudian baru nak upload gambar . dah lapuk weii ! tapi tak pe . gambar simpan dalam pendrive je pun . tak de lapuk lapuk nye .  bak kata pepatah , tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas . eh , ke terbalik ? entah , ahhhh confusing !!

so pada hari berkenaan , segala guru-guru sejagat pun menegur baju kami yang sedondon .

cikgu : amboi , dua dua merah ! janji ye ?
Abang po : ehh , mana ada . kebetulan je ni .
cikgu : ceh ! kebetulan apa nya dah sedondon macam tu .
me : pffftt , no comment XD

ini khianat . penat aku senyum 

fine . awak jer yang tinggi . foine ! foine !

le me and le him bersanding . those pengapit kipas kami pakai file graduasi . tak main pelamin pelamin ni . duduk dekat tangga sudah . barulah rock . muahaha XD


Abang Po : kawan I cakap muka I macam Johan Asaari .
me : yeke , uwekk *tutup mulut tahan nak muntah :P*
Abang Po : sampai hati *genggam penumbuk*

wahahaha XD


dah la tu . tak boleh banyak banyak . nanti korang muntah pink pulak tengok . kekeke ~

p/s : seriously the baju made me look like pregnant !
Photobucket

Wait for me , handsome ~


tak tahu kenapa , tapi Robert Pattinson nampak siyes handsome dalam gambar ni . ahak . padahal dalam movie tak pernah pun terasa macam dia ni handsome . maybe sebab make up pucat sangat kot . ahakk . 

wei , tolong la cepat sikit habis SPM . nak pergi tengok wayang . tskk T_T
jangan lah habis SPM nanti wayang dah tak mau tayang dah Breaking Dawn Part 2 . kalau tak , memang menangis lah kan depan kaunter tu .

wuuu , Abang Robert , wait for me eh ? *puih ! 'Abang' siuuuut ~ sejak bila tau ayah aku kahwin senyap senyap dengan mak Robert Pattinson :P*


Photobucket

Being small is GREAT ♥





Kadang kadang , bila jumpa balik dengan kawan kawan lama....
"ehh , Husna ! tak berubah pun kau yeh ?"
yea , i know la you sekarang dah tinggi . pfftt , padahal dulu zaman hingus hijau meleleh titew sama tinggi je . sekarang kau meninggi dengan rapidly . eh , tapi i cool , sebab tu i grow slowly and smoothly . barulah cool . chill lah . haha . hey , tapi act tinggi princess teddy bertambah apa . masa darjah enam 140 something . sekarang 150 something . so dalam 10 cm lah , if bahagi lima , rate of reaction pertambahan ketinggian dahku dalam 2cm per year . ohh , so-a-cool rate huh ?

but sekurang kurangnya i lagi tinggi dari my grandma and mum okeh !! itu satu kemajuan tahu !

lagi lagi bila jalan sebelah abang po . i feel like , ohh  , comelnye dahku . comel dalam erti kata lain , kurang tinggi alias kecil (tak mau cakap pendek :P) dan selaku tunang *puih , tunang !!* yang sangat baik hati , wajibul ghunnahlah dia selalu memperkecilkan kekecilan dahku yang sedia kecil ini . tahu lah anda gergasi . jangan nak bangga lah kan . pfffttt =..=''

tapi , bila fikir fikir balik , being small (and cute also . ahakk) is not that bad . being small is actually great . really . great . yeah , saje nak sedapkan hati sebenarnye nih . heh..

\first/
if ada gathering , kawan kawan yang lain nampak sangat , matured . coz they all big . padan lah kot dengan umur . and me , still the same . tak banyak berubah since darjah enam . so that time , terasa macam awet muda seketika . ahakk . when muka semua orang dah macam pakcik pakcik dan makcik makcik , but i still macam baby , ahakk . ok ini sah over perasan .

then , since my younger sis a bit chubby , so i looked so slim babeh . ahak . bila jumpa kawan kawan ibu je , first tanya adik ni darjah berapa , darjah 4 . yang kakak ni pulak darjah berapa ? err , makcik , i dah teenager ok . i dah nak habis sekolah dah pun . then makcik akan cakap , ohh , ingat sekolah rendah lagi . badan lebih kurang je .

time macam ni siyes terasa sungguh slim dan awet muda . terasa macam nak isi borang jadi model london weight management and jamu mak dara . kehkehkeh . krohkrohkroh .

\second/
bila beli baju , size baju dengan my sis lebih kurang je . i slim kan . that's why la . ahak . so , memang semua baju dia, haruslah mendapat pelepasan terlebih dahulu dari big boss . so semua baju dia , memang ikut taste haku lah kan . jadi makanya , haku boleh pinjam baju dia . my clothes my clothes , your clothes also my clothes . kekeke . this is heaven . nasib saiz kasut dia tak sama . kalau tak , ngehehehe ~

lebih membanggakan bila terjadi scene seperti ini...

sis : ibu , baju yang beli tadi tu ketat la . bagi kaklong je lah .
ibu : haah la , ketat . bagi jelah kaklong .
sis : kaklong ! nah baju .
me : apsal?
sis : tak muat .
me : *terus try pakai and pozing depan my sis*
see , aku muat je . pandanglah lihatlah , pinggangku yang ramping ~~~ muehehehe
 
\third/
then bila kecik ni , tak susah nak cari baju yang sopan . sebab semua baju pun akan jadi muslimah bila dahku yang pakai . . ahahak . lebih menjimatkan , i still boleh pakai baju yang since sekolah rendah . memang jimaaaat sangat ~

\four/
i boleh menyelit nyelit . kalau dalam tempat yang sesak dengan orang ramai , haku sedap je menyelit . tak macam orang lain , susah nak lalu . ini sangaat menguntungkan . tapi bila dalam tempat menunggu , contohnya kalau naik bas ke lrt , yg perlu berdiri , haruslah sentiasa pakai mask . kalau tak , memang dapat sponsor penyaman udara sokmo la . pasal memang duduk bawah ketiak orang . kecik lah kata khooon ~

Those Fake Moment

this is baby montel yang sudah pun membesar . dan sangat buas -,-''

Assalamualaikum ~~
bila tengok gambar ni , teringat zaman prasejarah princess teddy kecik kecik kiut kiut dulu . ahakk . zaman rambut pendek , suka tumbuk orang , pembuli , dan.... tomboy ?

ok tu dulu . sekarang i princess  okay . kekeke ~ i suka warne pink , i suka shopping , i suka berangan , i suka semua lah yang gurl gurl ni . i siap ada boyfie lagi yuhh . tapi i cool la , i tak gediks . ahakk . yeke ? ye la !

tapi dulu , siyes bila ingat balik terasa fake gila kot zaman kanak kanak ni . 
bila gaduh dengan kawan je..... keesokan harinya , datang sekolah , semua classmate tak layan .

lil' me : wey , apsal ko tak nak kawan aku ?
fren : peah tak bagi kami kawan ko la .
lil' me : so ko tak kawan aku la ni ?
fren : eh , tak lah . aku kawan je ko . sebab aku kawan olok olok je dengan peah tu .
lil' me : bagus bagus . kita kawan tau . tapi depan peah ko buat buat la tak kawan aku .
fren : ok :D
*peah datang , pura pura tak kawan dengan fren .*

bila dah besar fikir fikir balik , tak ke bengong tu . time kecik kecik suka pakai statement kawan olok-olok . sampai sekarang tak tau ape function dia . tapi macam fake gila lah . kawan dengan A , kawan olok-olok dengan B . tapi bila B suruh tak kawan A , kita pun pura pura tak kawan A depan B . siapa kawan siapa sebenarnya nih ? -,-''

dan lagi . kalau member tak nak kawan je , boleh main ugut ugut pulak . 
ko tak nak kawan aku , aku tak nak bagi kau pinjam mainan dah .
ko tak nak kawan aku , aku suruh abang aku belasah kau .
*yang paling best*
kau tak nak kawan aku , aku report cikgu !

then cikgu masuk...
A: cikgu ! B tak nak kawan saya !
B: mana ada !
cikgu : B , kenapa awak tak nak kawan dia ?! salam cepat , mintak maaf !
A and B bersalam .
A (bisik) : muahaha , padan muka kau
B : bangang kau !!

nak lagi best , report dekat mak . 
then esoknya antara dua je . samaada si emak yang over backup si anak tu serang kanak kanak yang tak mahu member dengan anaknya yang sakai , atau serang emak kepada kanak kanak yang tak mahu member dengan anaknya yang sakai tu .

"hei tipah ! apsal anak kau tak nak kawan dengan anak aku ? kau ajar sikit anak kau tu !" kata emak si kanak kanak sakai .
"dah anak kau suka buli orang , memang lah orang tak nak kawan" kata emak kanak kanak lagi sorang .
bla bla bla pot pet pot pet 
*di akhir rancangan , drama tarik tarik rambut pun berlaku . sekian *


then bila dalam kelas , cikgu suka puji melambung lambung fav student dia and hentam habis habisan student yang paling dia tak suka . 

cikgu : awak ni kenapa malas sangat ? (sambil tarik telinga) kerja rumah tak siap (tarik tarik lagi) cuba awak tengok Husna tu , tak pernah tak siap kerja rumah . kesian dia masa dia habis sia sia sebab kena dengar saya membebel kat awak .
lil' me (dalam hati) : sape suruh kau membebel . pffft =..=''
depan cikgu : tau tak pe *senyum sambil pasang muka heaven*
bila cikgu keluar je , terus keluar taring . duduk atas meja , berlari lari , buli orang , terjerit jerit . then bila cikgu masuk balik...

cikgu : siapa yang buat bising tadi ???
lil' me : *terus pasang muka heaven* ntah cikgu . budak budak ni main kat belakang tadi .
cikgu : awak tolong tulis nama siapa yang berjalan dan buat bising . 
lil' me : ok :D

terus bangun tulis kat papan hitam . buat dua border , berjalan and bising . muahaha . masa tu memang rasa paling berkuasa sekali ah . memang diktator . pantang orang buat bunyi sikit , terus tulis nama . padahal sebelum tu , dia lah yang paling hantu sekali .


ahakk , teruk sungguh zaman zaman jahiliah dulu . kekeke ~ tapi sekarang tak . sekarang i cool uolls . ahakk .


terjumpa gambar ni dekat FB . LOL , time ni form 3 kot . zaman i slim . kekeke ~

sekarang zaman i superslim :P




Photobucket

Imma EX now...

Assalamualaikum...
hmmm , sedih betul . mulai hari ni , bermulalah hari hari dahku sebagai seorang EX . hmm , ya , EX . atau omputih panggil bekas . orang hitam pulak panggil sang mantan .

ooohh , imma EX STUDENT . yeahhh ~ gembira sebenarnya ;D
tapi sebagai kanak kanak ayu lagi sopan yang berhati , pancreas , limpa , perut serta gall bladder , haruslah ada sikit ya sikit je rasa sayu bila dah tinggalkan alam rahim persekolahan ni .

so , hari ni dengan separa besar paru paru hati i nak share gambar graduasi dengan uollss . ahak , gediks .


mempersembahkan !
time ni siyes rasa macam harry potter . muahaha

one two three

spot me ! yeah ~ u wrong man . mana ada aku dalam pic ni -,-

pasal time ni i beratur depan sekali . so tak ada siapa sempat snap gambar . sadis . hoi , tak best kot duduk depan sekali . pasal bila nak masuk dewan tu...

mempersilakan masuk , para graduan smkjp...
then i step in 
kena jalan atas red carpet 
kena pastikan yang aku jalan centre . kalau tak orang belakang pun semua ikut macam ular bengkang bengkok . kena cover jalan . kalau jalan kengkang nanti orang nampak . pasal tak de orang depan boleh cover 

then semua mata parents kat tepi tu pandang aku dulu memandangkan aku jalan depan sekali . the best is , i dont see their face . rabun kot . nampak muka kosong je . so tak lah neves sangat . muahaha . apa yang aku nampak just kasut haku yang sama warna dengan red carpet je .

then dengar suara-suara...
"amboi merahnya~"
pffttt =..='' suka hati akulah nak pakai merah ponn ~

super eksaited :D

nyanyi hoi jangan tak nyanyi ~


tak tahu bila . tapi i suka i suka . ahak . #mrblurrr ~

with my bonda . ya tahu , memang tak sama -,-

rosham eksaited nak bergambar dengan aku . tau la aku gojes . ahakk XD

Lin sebok nak merah jugak ! btw , did the baju make me look like pregnant ???


*tambahan*

opss ! tertinggal gambar diba dibut ! nak , hambek kau ~





Photobucket

Bekalan tenaga untuk SPM



Assalamualaikum...
eh eh eh , countdown SPM tinggal berapa hari lagi ya ? what ?? negative empat hari ?? pfftt *sekeh kepala sendiri*
ok fine . terima hakikat . SPM dah start dah pun . dan terima lagi hakikat . disebabkan fokus untuk SPM haruslah blog ni bersawang . aceyh , konon study . ye la tu husna . study . pfftt lagi sekali .


hari ni tak nak share pun pasal paper SPM yang yang lepas . satu fakta yang anda anda dan anda semua harus tahu , soalan susah . sangat susah . aras tinggi kot . bertawakal je lah wahai calon PMR dan SPM 2012 sejagat . huuu ~ T_T

hari hari ni princess teddy nak share pasal preparation seminggu sebelum SPM . yeah ! eksaitednye nak cerita ni . ngehehe .


Rabu , 31 October 2012

Majlis graduasi sekolah . Hoi , hari ni graduasi . minggu depan SPM . tersangat lah graduasi . haha . tak patut langsung . tapi tak patut tak patut pun , haku dressup macam mak datin jugak . over betul pakai merah merah . mujur pagi tu masih ada kesedaran untuk batalkan niat curi curi tenyeh gincu merah ibu . kalau tak.... asdfghjkl

yang atas tu , terima sijil graduasi .
yang bawah tu , i dapat anugerah pelajar paling kiut . harap jeles -..-''
p/s : aku tak tau topi apa dia pakai . tapi macam best je . kat mana ada jual ek >,<


heh , ayah ni memang tak berbakat dalam dapatkan angle shot yang hebakk . setakat nampak pipi , tak nampak muka chomel haku nak buat apa . ceyh !

untuk gambar lebih lanjut , sila tunggu lain hari . malas nak upload . huhuhu

yang penting , lepas je habis majlis graduasi ni , semua kanak kanak serta mak bapak sejagat pulun berambus pergi dewan makan . sebab apa lagi kalau bukan untuk mencekik . acara macam ni , haruslah semua orang kejar dewan makan tu macam ayam dalam tray tu nak lari . rilek la bhai . tapi aku pon kejar ayam tu jugak . huahuahua .

Khamis , 1 November 2012

Jamuan KGKT pulokk . memandangkan dahku gadis yang sedang berdiet abad ini , mana mungkin aktiviti menternak lemak macam ni nak miss . hoi , siyes seronok . memang makan tak ingat sampai bulat perut , terjojol pusat , serta mengalami sindrom tidur terlentang sebaik saja balik dari majlis . 


jujur , ni bukan semua yang haku makan . tapi ada lagi sebenarnya . tapi tak muat skrin nak snap .
ada rojak , mee udang , mihun sup , nasi ambang , koktail , sate , kek sepuluh jenis , ais krim mingo mingo , air asam air anggur , air sarsi .
err , semua sekali haku bedal...

 makanya wajibul ghunnah pakai dress . justeru , orang tak nampak sangat pusat terjojol . hahaha

Jumaat , 2 November 2012

dekat sekolah , ada rehat minda . orang lain rehat minda pergi lawatan . buat majlis agama . forum perdana ke . kami rehat minda , majlis menternak lemak . lagi . baru dalam pukul lapan lebih , cikgu dah ajak kami semua mencekik nasi lemak and nasi impit dekat dewan makan . konon cakap nak makan sikit je . kenyang lagi pagi pagi . sekali , nahh hambek . kaut nasi macam tak makan seminggu -,-''

balik sekolah , bersiap siap pulak nak pergi jamuan kelas .

opss , kantoi recycle shawl malam semalam . kekeke ~


ni baru pemanis mulut sebenarnya . balum masuk main cost . haha . 
ni gambar cilok dari fb kawan je act . gambar dalam DSLR , esok lusa tulat insyaallah i upload .

SABTU , 3 November 2012

patutnya cikgu Che Wil nak buat makan makan . nak masak sup ekor . tapi batal atas sebab sebab tertentu . fuhh , syukur . kalau tak.... cukup sampai hari isnin 5 Nov aku jadi calon hospital . masuk ward sebab obesiti secara mengejut .


dan sekarang pun , balik je rumah dari habis exam , terus call ibu . suruh belikan nasi goreng tutt , nasi goreng teettt , mee goreng tott setiap hari . lapar sangat gamaknye . habis tenaga dok perah otak . huahaha . haish , selalunya oranng gemok lepas habis SPM . tapi aku ni ada harapan jadi montel semasa SPM . lepas SPM.... erkkk... tak sanggup nak bayangkan betapa bulat comelnye dahku .
Photobucket